Tamat sudah perlawanan kedua separuh akhir Piala FA antara pasukan Kedah dengan Terengganu dan juga pasukan Negeri Sembilan dengan Selangor. Dan sudah pasti, perlawanan akhir Piala FA pada tahun akan menemukan pasukan Sang Kenari dan Sang Kijang setelah kedua – dua pasukan itu menumpaskan lawan masing – masing.

Kedah yang berbekalkan jaringan 2 – 0 semasa ditempat lawan dan N. Sembilan pula membawa bekalan 2 – 1 dari Selangor telah bermain bersungguh – sungguh untuk memastikan kelebihan yang dibawa oleh mereka ke tempat sendiri dapat digunakan sebaiknya.

Walaupun Negeri Sembilan tewas pada perlawanan malam ini di Paroi, mereka mendapat kelebihan Gol ditempat lawan setelah mereka berjaya menewaskan selangor pada perlawanan peringkat pertama. Kegagalan Selangor menjaringkan dua gol pada malam ini memusnahkan ego jurulatih K. Devan untuk merangkul Piala FA pada tahun ini.

Kedah pula yang membawa bekalan selesa dari Terengganu pula bermain baik pada malam ini. Seawal minit ke – 4 mereka telah memecah kebuntuan sekali gus menjarakkan aggregat gol kepada 3- 0. Penyerang Kedah, Syaffiq Jamal pula telah menambah luka Sang Penyu apabila menyumbat gol penamat pada minit ke-24 hasil hantaran Badrol Bakhtiar. Gol saguhati Terengganu hadir diminit – minit akhir perlawanan separuh masa pertama. Malang bagi Terengganu, apabila dihujung perlawanan, dua pemain mereka telah dibuang padang. Satu akibat terjahan keras terhadap pemain Kedah dan satu lagi disebabkan membantah keputusan pengadil.

Kesudahan game malam ini, Kedah layak ke perlawanan akhir setelah menewaskan Terengganu 2 -1 dengan agregat 4 – 1 manakala, Negeri Sembilan walaupun tewas 0 – 1 dengan pasukan Selangor pada malam ini, mereka layak menerusi peraturan gol ditempat lawan.

Jadi, buat penyokong kedua – dua pasukan, tahniah diucapkan dan nantikan perlawanan akhir Piala FA yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Stadium Bukit Jalil.

Keputusan separuh akhir kedua Piala FA:

KEDAH 2 TERENGGANU 1

(Kedah mara agregat 4-1)

NEGERI SEMBILAN 0 SELANGOR 1

(Negeri Sembilan mara agregat 2-2 kelebihan gol tempat lawan)

p/s: Harap, Pasukan Kedah dapat mengulangi kejayaan 2008, merangkul Piala FA

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]