Murky is On The Way!
Menjelang Perlawanan Akhir TM Piala FA 2010 : Negeri Sembilan vs Kedah
Mesti ramai penyokong kedua – dua negeri ini tidak sabar menunggu tarikh keramat 10 April 2010 ini apabila berlangsungnya perlawanan akhir TM Piala FA diantara Negeri Sembilan dan Kedah. Ramai peminat tidak menyangkakan bahawa kedua – dua pasukan ini layak ke peringkat akhir setelah media – media massa banyak menjangkakan yang perlawanan akhir bakal menemukan Selangor dan Terengganu. Tapi itulah hakikatnya, bola itu bulat, apa pun boleh jadi.
Menjelang perlawanan akhir sabtu ini, pasti persiapan rapi sedang dilakukan oleh kedua – dua negeri ini baik para penyokong ataupun pasukan negeri yang bertanding nanti. Bagi penyokong yang menetap di Lembah Klang, pasti tiada masalah untuk datang menyokong pasukan negeri masing – masing. Tapi penyokong – penyokong yang datang dari negeri lain pasti sudah berkira – kira budget untuk ke sana. Ada yang terpaksa memecah tabung, ada juga yang meminjam dari kawan atau adik – beradik. Tak kurang juga ada yang berkongsi – kongsi duit untuk datang ke stadium dan ada juga menyewa bas untuk bertandang ke stadium Bukit Jalil. Itulah ragam yang kita boleh lihat setiap kali berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak di Malaysia.
Bagi pasukan negeri pula, jurulatih kedua – dua pasukan dilihat sedang mencongak strategi untuk merangkul kejuaraan Piala FA. Jurulatih Kedah, Abdul Yusof pasti mahu memenangi trofi kejuaraan sulungnya sejak menjadi ketua Jurulatih dan membawa kembali Piala FA dibumi Kedah manakala Wan Jamak Wan Hassan pula sudah tentu mahu menambah koleksi kejuaraan peribadinya dan juga Negeri Sembilan.
Bagi Wan Jamak, persiapan pasukannya dilihat berada dalam landasan yang tepat. Kembalinya tiga tonggak utamanya dari pengantungan sudah pasti memudahkan beliau untuk merangka strategi merobek gawang pasukan Kedah yang dilihat begitu kental sejak akhir – akhir ini.
”Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Rezal Zambery Yahya dan Idris Karim sudah boleh kembali untuk bermain setelah digantung satu perlawanan.
Tapi khabar gembira kem Negeri Sembilan itu tidak mengusarkan pengurus pasukan Kedah. Malah beliau sempat mengingatkan para pemainnya agar sentiasa memberi tumpuan apabila menetang pasukan Negeri Sembilan nanti. Ahmad Yusof juga mengingatkan para pemainnya supaya tidak mudah selesa sekiranya mendahului pihak lawan malah meminta para pemainnya tidak mengulangi kesilapan tewas ditangan Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super.
“Pasukan saya sudah bersedia dan yakin mereka tidak akan mengulangi kesilapan sama yang menyebabkan kekalahan itu,”’
Para pemain juga dilihat bersungguh – sungguh mahu memenangi Piala FA ini. Walaupun ada peminat yang menganggap Piala ini piala cap ayam, tetapi tidak bagi pemain. Piala FA ini sama pentingnya dengan Piala Malaysia dan Piala Liga dan mereka tidak ambil mudah dalam menghadapi perlawanan yang bakal berlangsung sabtu ini. Bagi ayam tambatan Kedah, Baddrol Bakthiar, beliau tekad mahu mengulangi pencapaiannya bersama Kedah pada tahun 2007 dan 2008 dimana beliau turut bersama pasukan Kedah sewaktu pasukannya menjadi juara Piala FA pada tahun tersebut, Di kem Negeri Sembilan pula, para pemain tidak mahu dikecewa sekali lagi pada tahun ini. Selepas terlepas Piala Sumbangsih di tangan Selangor, ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya menyuarakan yang pasukannya tidak mahu berputih mata lagi dan berazam mahu menjulang Piala FA tahun ini.
Walauapapun persiapan yang sedang dilakukan oleh kedua – dua negeri ini dalam menghadapi perlawanan akhir nanti, diharap kedua – dua pasukan dapat memberikan mutu perlawan yang terbaik dihadapan ribuan penonton dan penyokong. Dan buat penyokong pula, sorakan anda teriakan anda pasti mengamatkan Stadium Bukit Jalil yang jarang – jarang sekali digunakan. Cuma satu je pesanan buat para penyokong, berdisplinlah semasa di stadium. Last but not least, sini diletakkan sekali liku – liku perjalanan kedua – dua pasukan dalam cabaran ke peringkat akhir, ada yang mudah ada juga yang sukar. Tapi yang pasti, kedua – dua pasukan adalah yang terbaik dalam kejohanan TM Piala FA ini.
KEDAH DARULAMAN (Secara Agregat)
2nd Round:
Kedah 2 – 2 Kelantan (Kedah Layak menerusi jaringan gol tempat lawan)
Quarter Final
Kedah 6 – 1 ATM 1
Semi Final
Kedah 4 – 1 Terengganu
NEGERI SEMBILAN (Secara Agregat)
2nd Round
N. Sembilan 7 – 2 PDRM
Quarter Final
N. Sembilan 4 – 2 KL Plus
Semi Final
N. Sembilan 2 – Selangor 2 (Negeri Sembilan Layak menerusi jaringan gol tempat lawan)
Final
Negeri Sembilan vs Kedah
(10 April 2019)
25 ribu tiket akan dijual di Kedah dan 30 ribu tiket dijual di Negeri Sembilan manakalah baki 15 ribu akan dijual di Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan bermula 09.00 pagi
Dewasa : RM 20
Kanak – kanak: RM 5
Popularity: 12% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on April 6, 2010 at 9:02 pm, and is filed under Sukan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 1 year ago
salam..
aku orng kedah..so, aku yakin sangat la kedah akan menang,…
hehehe..go,go,go kedah..
apa-apa pun. memang kalah adat permainan…
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 7th, 2010 at 9:44 pm
sama bro..haku pun berharap kedah menang =)
[Reply]
about 1 year ago
sokong kedah kot sebab jiran
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 7th, 2010 at 9:46 pm
caya lah bro..semangat orang utara..hehe
[Reply]
about 1 year ago
Aku rasa kedah menang kot, apa pun tunggu final..
.-= Anjung Web´s last blog ..Apa itu MyLook.com? Boleh Buat Duit !!! =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 7th, 2010 at 9:48 pm
insyallah kedah menang.. tapi bola tue bulat..team pun sama2 kuat..xleh nk predict sapa menang..huhuu
[Reply]
about 1 year ago
harap2 isu pengadil baru2 ni tak lagi jadi sebab perlawanan jadik tak best..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 7th, 2010 at 9:49 pm
tau xpe..pengadil malaysia neh lemau sket.. FAM kena pilih pengadil yg betul2 adil supaya tak jadi mcm hari tu..
[Reply]
about 1 year ago
aku rase, kalau ikut prestasi semasa..susah nak teka..sbb dua pasukan yg ke final ni dah jadi killer pada 2 pasukan teratas dalam liga super..
kalau diikut pengalaman, rasanya player kedah lebih ramai player yg jadi wakil kebangsaan, tapi harus ingat, N9 dah kalahkan pasukan yg ramai player berpngalaman..
jadi aku teka, kedah boleh menang tahun nie..2-1..
p/s – sedeh ganu kalah ngn kedah..huhuh
.-= hafizmd´s last blog ..Selamat Hari Lahir Sayang =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 7th, 2010 at 9:50 pm
yup bro.. N9 dan kedah kalau dilihat sama2 kuat..lagipun ramai xpredict yg kedah ngan n9 masuk final.. tub2 jadi team underdog neh lah yang beraksi di bukit jalil .. pepehal pun kita tunggu last 90 minutes untuk Piala FA neh..
[Reply]
isma96 Reply:
April 9th, 2010 at 10:05 am
bro sapa kata JEDAH blh mng esok arh bro …saya x sokong %.tngk lah KEDAH kena ayam ngn N9 nnti
[Reply]
about 1 year ago
Terengganu kalah dgn kedah time semi.. aku sokong negeri sembilan la.. haha..
.-= Amir´s last blog ..Populariti Murahan Rafiqin Darwisy =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 7th, 2010 at 9:52 pm
ahaha..adess .. kedah kena main bersungguh neh..
[Reply]
about 1 year ago
mesti la aku sokong n9~ go n9 go! 4-2 n9 mng!
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 7th, 2010 at 9:52 pm
gud luck kepada kedua – dua pasukan..menang kalah adat permainan..hehe
[Reply]
about 1 year ago
sokong lepas perlawanan xstim bro..dia kena seblm perlawanan..baru feel nak menyokong..hehe
[Reply]
about 1 year ago
Hoben jang hoben..! Jangan ada aksi membakar kerusi lagi sudah
.-= imran´s last blog ..Pondok Warisan di IKIM.fm =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 9th, 2010 at 11:47 am
harap2 mcm tu ler.. kena ada semangat kesukanan dikalangan penyokong juga..jgn terlampau emosional..hehe
[Reply]
about 1 year ago
kedah go go go kedah!
.-= luth textile´s last blog ..4 Perkara yang perlu dielakkan ketika blogging =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 9th, 2010 at 11:47 am
yeah bro..sokong kedah jugak ke?? hehe
[Reply]
ecah Reply:
April 10th, 2010 at 10:15 pm
n9 go go go.. hahaha..
[Reply]
about 1 year ago
hoben jang hoben..hoben jang hoben..hoben jang hoben…
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 9th, 2010 at 11:50 am
gogogo..hehe
[Reply]
about 1 year ago
hai semua ??? saperw kata KEDAH mng esok arh…KEDAH x kn mng tau.. N.SMBLN YG MNG 4-0
[Reply]
about 1 year ago
kedah menang la besok… 3-2
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 10th, 2010 at 1:29 am
harap2 begitulah..
[Reply]
about 1 year ago
pulun kedah pulun……..
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 10th, 2010 at 1:29 am
yeah!
[Reply]
about 1 year ago
tak dapat aku nk tegok
[Reply]
about 1 year ago
btol2.. sokong yg menang jek… hwahaha..
[Reply]
about 1 year ago
aku nak tgk bola….
[Reply]
about 1 year ago
maaf sumer peminat kedah yek.. hihi…
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 11th, 2010 at 10:56 pm
tahniah kepada fan n.sembilan..ngee
[Reply]
about 1 year ago
cilakak punya ref.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 12th, 2010 at 4:31 pm
tau xpe bro..ref berat sebelah..geram plak tgk..huhuuu
[Reply]
about 1 year ago
jumpa blog mu time google piala malaysia..selamat kenalan eh mcm pernah datang sebelum ni rasanya..
[Reply]
Zul Murky Reply:
October 27th, 2010 at 11:52 pm
selamt berkenalan, rasanya pernah sebab setiap pengunjung yang pernah datang ke blog ini, komennya akan muncul tanpa perlu di”approve”kan..hehe
[Reply]
about 1 year ago
bro nak tanya plugin “top’ yang paling bawah sekali tu x berfungsi ke? kenapa arr? aku punya pun sama gak..
[Reply]
Zul Murky Reply:
October 27th, 2010 at 11:53 pm
mungkin tiada link kot kat c2 .. saya try ejas kat editor, kalau boleh saya akan tunjukkan kat bro.. =)
[Reply]