Murky is On The Way!
Mini Siri Terbaru Astro, The Pacific memang Best!
ASTRO bulan ini membawakan satu siri cerita yang dijangkakan akan mendapat sambutan paling tinggi dikalangan subscriber mereka. Lupakan Akedemi Fantasia, lupakan drama lakonan Fasha Sandha, Spa Q dan lupakan rancangan – rancangan lain di Astro. Mini siri yang haku maksudkan ialah The Pacific.
Dari penerbit mini siri Band Of Brothers iaitu Steven Spielberg dan Tom Hanks, jalan cerita The Pacific boleh dikatakan hampir sama dengan cerita Band Of Brothers, cuma yang membezakannya ialah peperangan yang berlaku ialah di pasifik bukannya di Eropah. Mini siri ini berdasarkan pengalaman veteren Perang Dunia Kedua yang menceritakan bagaimana keadaan mereka semasa bertempur dengan tentera Jepun di Pasifik.
Bagi yang pernah menonton mini siri Band of Brothers di Astro suatu masa dulu, pasti tidak mahu melepaskan peluang menonton mini siri terbaru ini. Mana tidaknya, cerita – cerita dan filem – filem dari Steven Spielberg memang semuanya terbaik terutamanya apabila beliau membuat filem – filem atau cerita – cerita perang. Malah, aksi – aksi pertempuran dalam mini siri ini cukup real, seperti filem- filem perangnya yang lain.
Rancangan mini siri The Pacific ini boleh ditonton disaluran HBO iaitu saluran 411 dan ia sudah pun ditayangkan pada hari Sabtu yang lalu iaitu 3 April 2010 dan setiap episod baru akan ditayangkan setiap hari sabtu, jam 09.00 malam. Dan untuk makluman anda juga, terdapat 10 episod dalam cerita The Pacific ini. Sekiranya anda terlepas salah satu episod yang ditayangkan setiap hari Sabtu, jangan risau, rancangan ini mempunyai siaran ulangan. Contoh siaran ulangan yang boleh ditonton ialah setiap hari Isnin bermula jam 10.00 malam sehingga jam 12.00 tengahmalam.
Owh, tak lupa, Astro juga menjalankan contest untuk mini siri ini. Contest nya cukup mudah, hanya jawab satu soalan mudah dan kemudian lengkapkan slogan yang diberi. Prize nya? cukup menarik, anda boleh rujuk laman web astro ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tapi, contest ini khas untuk subscriber yang melanggan Astro Movie Package sahaja seperti haku (haha).
Bagi yang tiada pakej movie tapi mahu menonton mini siri ini, anda boleh menelefon pusat perhubungan pelanggan Astro ataupun melayari laman web Astro untuk melanggan secara online.
Popularity: 3% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on April 5, 2010 at 11:12 pm, and is filed under Info Filem. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |





about 1 year ago
astro pun buat contest
tapi sygnya masa aku abis depan tv hanya sejam lebih sehari
.-= Wan Perlis´s last blog ..Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 6th, 2010 at 12:37 pm
wah..banyak abiskan masa kat blog ke bro??
[Reply]
about 1 year ago
aku dah lama tak nengok astro..mcm mana nak mng contest..hehe
.-= aizuddin´s last blog ..Keputusan Lengkap Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 6th, 2010 at 12:37 pm
hehe..contest dia berdasarkan mini siri tue je..
[Reply]
about 1 year ago
memang terbaik siri The Pacific ni selepas Band of Brothers…sekarang tengah kumpul collection mini siri ni…
.-= Azrul´s last blog ..Ehh….sama la template kita (^_^) =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 6th, 2010 at 12:38 pm
haku mmg dah ada collection dua2 mini siri perang ne.. cuma layan kat astro lagi sbb ada subtitle bahasa melayu..hehe
[Reply]
about 1 year ago
ley la usha web tu jap lg..hehehe
.-= azizan4444´s last blog ..Trend Percakapan Masa Kini Versi Cerdik Pandai =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 6th, 2010 at 12:39 pm
hehe..sila bro =) ..
[Reply]
about 1 year ago
A’ah best. Tapi rasa 10 episod tu sikit sangatla. Tgok 2 Episode kejap je rasa. Kat blog sy pun ada review pasal the pacific ni + buat list tuk download cite ni. Curi la dari sana murkiester n letak kat sini.
.-= MyFunDarkSide´s last blog ..Now Listening To Belinda Seize The Day (Carpe Diem) Dance Pop =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 6th, 2010 at 12:40 pm
mmg arr ..sekejap sgt 1 siri tapi kualiti dia mmg best..
wah ada donlod link sekali ye?? bole2 ..nnt haku letakkan kat sini sekali
[Reply]
about 1 year ago
ku ada astro!! tp xde HBO macam mana pula erk???
.-= uchi´s last blog ..Artikal Mengutuk Kematian Arwah Din Beramboi =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 6th, 2010 at 12:41 pm
kena subscribe movie package ..hehe
[Reply]
about 1 year ago
salam zul..
nampak menarik cerita ini..
mesti tonton..
.-= zulkbo´s last blog ..Akhirnya Aku "Membunuh".. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 6th, 2010 at 12:42 pm
yup bro..mmg best.. mana taknya.. pengarah dia steven Spielberg kot..mmg best cita2 dia..hehe
[Reply]
about 1 year ago
kedai mamak jarang nk pasang2 movie2..byk bola ngan lagu hindustan je..hehe..
p/s: sama bro..Spielberg mmg feveret director haku selepas george lucas
[Reply]
about 1 year ago
lame x tengok cerite..salu tgk tv pun layan epl ngn champions league..huhu
**mlm ni arsenal blasah barca..:)
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 6th, 2010 at 2:32 pm
haku jarang lekat tv sbb tak byk cita best sangat.. kalau best silap2 satu hari suntuk haku duk depan tv..hehe
[Reply]
about 1 year ago
Kak Jie mmg tgok HBO – langgan selepas abg ke luar negara – ada banyak masa lapang boleh layan movie…hehehe
.-= Kujie´s last blog ..Popular Seperti Rafiqin Darwisy =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 7th, 2010 at 9:44 pm
movie pakej astro neh kadang2 pelik sket kak jie.. kak jie perasan x..kalau time cita xbest ..semuanya xbest..kalau time cita dia best..satu hari suntuk bleh duk depan tv..haha
[Reply]
about 1 year ago
pergh! band of bros mmg masyuk ah siri tu dulu. sy tgk pun lps awek bagi koleksi dia. igtkn memula mcm lemau jek…
.-= djambu´s last blog ..My Last Yumorina! =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 7th, 2010 at 9:46 pm
mmg bro.. layan cita dia.. haku 1st time tgk ngatkan movie.. rupa2nya mini siri ..terus borong 1 bundle cita dia..haha
[Reply]
about 1 year ago
Tak merasa la nak tengok sebab subsrcibe pakej RM38 je
.-= imran´s last blog ..Pondok Warisan di IKIM.fm =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 9th, 2010 at 11:46 am
apa lagi bro..subscribe bro..hehe.. xpun beli je koleksi CD dia..hehe
[Reply]
about 1 year ago
info yang bagus dan bermanfaat bro
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 14th, 2010 at 12:00 am
makasih bro =)
[Reply]