Yey! Musim buah kat Penang neh makin dekat. Sempena kedatangan musim buah – buah tempatan melambak di tepi – tepi jalan di Penang neh, haku ingin men”tribute”kan buah – buahan tempatan dalam koleksi photography haku neh. Dan buah yang menjadi pilihan haku ialah buah durian Balik Pulau kerana buah durian  Balik Pulau adalah salah satu buah yang haku suka beli tapi haku biar sampai busuk (haha). Haku malas nak bukak kulit dia daaa..

Tapi sebelum korang terliur melihat buah durian Balik Pulau neh, satu teka – teki haku nak bagi kat korang untuk korang teka. Hadiah dia? Sebiji buah durian untuk korang melahap. Soalan dia, berapa besar buah durian yang menjadi “model” dalam sesi photography haku ini? dan berapakah harga buah durian tersebut? hah! pikir 5 minit dulu kemudian baru klik “read more” (siapa yang malas klik, kena klik juga..kalau tak macamana nak dapat buah durian).

Ok? dah dapat jawapan dia? Boleh klik button “read more” kat bawah neh. (hehe)

Hah..siapa yang tak kenal durian, neh lah rupa bentuk dia..

Hui..macam besar je..

Hah..harga dia 50 sen je..eh?? kenapa besar duit syiling 50 sen neh??? duit tipu ape???

Wah! besar sebenarnya!! boleh angkut naik Ferari haha..Neh putik buah durian ler..

Kalau korang nak tahu, keta Ferari haku buat angkut buah durian je..

Siapa berani, cucuk lar keta Ferari haku neh, bukan makan asap tau nanti, makan buah durian nanti haku tinggalkan keta korang tue..haha

Kalau korang nak tahu, neh lar projek haku tadi. Haku terjumpa putik buah durian masa duk servey nyamuk aedes. Comel plak putik buah durian neh masa haku tengok. Dari situ, timbul satu idea nak ambil gambar – gambar buah durian neh. So, tadi haku gunakan bilik haku sebagai studio nak ambil gambar, peralatan haku guna pun semuanya DIY. Buat sendiri, mana mampu nak guna barang – barang yang photographer profesional duk guna. Hah, nak tahu tak apa barang – barang yang haku guna?? hehe

  1. Sudah tentu ler DSLR..kalau tak macamana nak ambil gambar..hehe. Haku guna, kit lens 18 – 70mm (3.5 – 5.6F), & Cybertix Flash
  2. Tripod
  3. Meja Kipas
  4. Baju putih yang tak digunakan (buat sebagai Background gambar..hehe)
  5. Lampu meja (Pencahayaan tambahan)
  6. Kerusi
  7. Kipas angin (untuk kipas haku..hehe)
  8. Majalah – majalah Digital Camera (Meja tak cukup tinggi pulak)
  9. Syiling 50sen
  10. Of coz lar “model” haku, encik durian
  11. Dan kereta kesayangan haku..hehe

Setup dia??

okok..tengok gambar bawah neh..

Lebih kurang macam diataslah setup yang haku guna tuk shoot gambar durian ngan kereta Ferari haku tu. Tergeliat juga tulang nak mencangkung – cangkung dan membongkok nak ambil gambar – gambar tue (huhuu). Owh ya, software yang haku gunakan untuk edit gambar – gambar tersebut haku guna Photoshop CS3 dan teknik yang haku guna ialah:

  1. Level
  2. Exposure
  3. Brightness/contras
  4. Curve (sometimes)
  5. Photo Filter
  6. Hue/Saturation
  7. Lens Destortion

Teknik – teknik tak semua haku gunakan dalam edit gambar kat atas tue, bergantung pada citarasa yang haku guna. Noise? saja haku biarkan kasi nampak bising sket gambar tue terutamanya gambar kereta Ferari kerana ia melambangkan “kebisingan” ekzos kereta haku tue (haha).

p/s: Nak jual set DSLR haku ..(huhuu sedey) WTS: Sony A200, Lens: 18-70mm(3.5-5.6), 75-300mm(4.5-5.6f), AF 35-105, Batter grip VG-B30AM (original sony), Flash Cybertik DF MZ45 sony mount. Condition: 9/10. Free: Battery charger, camera bag, UV filter (all lens), original sony battery, Cleaning set, flash hood, user manual, card reader, 4G memory, charger battery for flash. RM3.2K (nego) + RM600 if u want Kata camera Bag, Manbilly Tripod & Wide converter

p/s/s: tengah berfikir patutkah haku jual kamera haku neh..

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 9% [?]