Murky is On The Way!
Tips menaikkan berat badan secara sihat.
Kita selalu terbaca tip – tip untuk mengurangkan berat badan. Bagi yang mengalami masalah berat badan memang sesuailah membaca dan mempraktikan tips itu, tapi bagaimana yang sudah kurus? takkan nak jadi lagi kurus bukan. Bagi yang terlampau kurus, mereka selalu mengeluh dan mencuba pelbagai cara untuk menaikkan berat badan. Dan jangan terkejut kalau haku mengatakan, mereka yang terlampau kurus juga sebenarnya risau akan masalah berat badannya sama seperti mereka yang obesiti.
Bagi yang kurus, ramai akan menyuruh seseorang itu untuk sentiasa makan, makan dan makan untuk menaikan berat badan mereka, tetapi tak semua yang akan naik berat badannya dengan hanya makan, makan dan makan. Bagi seseorang yang kadar metabolisma dia tinggi, makan saja tidak cukup untuk menaikkan berat badannya, malah sentiasa makan tanpa memikirkan khasiat makanan itu boleh mengundang kepada penyakit seperti diabetis dan masalah kolestrol.
Haku dulu merupakan seorang lelaki yang sangat kurus. Dengan berat badan tak sampai 60kg dan ketinggian lebih kurang 168cm, memang haku mengalami masalah berat badan. Haku bukanlah jenis orang yang control makan atau suka mencatu makan. Walaubanyak manapun haku makan, berat badan haku tidak akan meningkat walaupun sekilo. Even haku dah bekerja pun berat badan haku masih ditahap yang sama. Jadi hari ni, haku nak kongsikan pengalaman haku kat anda semua bagaimana haku meningkatkan berat badan haku dari kurang 60 Kg ke 75kg dan dalam masa yang sama kekal cergas dan mantap (haha).
Tips yang hendak haku kongsikan tidak banyak, hanya dua saja. Tapi dengan dua tips inilah berjaya menaikan berat badan haku.
1. Workout.
Kenapa perlu workout? jika seseorang henda menguruskan badan beliau kena sentiasa bersenam dan berjongging untuk mengurangkan lemak – lemak yang terdapat pada badan diorang bukan? begitu juga dalam menaikkan berat badan. Workout penting dalam membentuk otot – otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout neh tidak semestinya dilakukan di gym semata – mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada dirumah atau berjogging diluar.
Contoh workout yang boleh dilakukan tanpa perlu mengangkat berat / besi:
Setelah anda melakukan workout, anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot – otot yang anda bina itu. Semasa haku dalam proses menaikan berat badan, haku kerap makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikan berat badan, haku boleh syorkan anda minum susu protein. Elakan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikan berat badan secara sihat.
Sebenarnya,ramai mereka yang kurus neh menaikkan berat badan mereka secara yang salah. Ada yang banyak makan makanan yang berlemak semata – mata mahu menambah berat badan dan ada juga yang suka minum susu protein tanpa workout kerana ingin menaikan berat badan mereka. Itu cara yang salah, mengambil banyak makanan berlemak dan meminum susu protein tanpa melakukan workout bukan saja menyebabkan masalah kesihatan, ia juga tidak memberi kesan langsung.
Jadi jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin melakukan dua tips yang haku berikan itu. Ia bukan saja berjaya menaikan berat badan anda secara sihat, badan anda juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap. Bagi lelaki, badan mereka akan kelihatan seperti Brad pit dan manakala perempuan pula akan kelihatan seperti Angelina Jolie, lagipun, badan yang terlampau kurus neh sebenar tidak menarik. (huhuu)
p/s: Haku berjaya menaikan berat badan dan membina otot2 badan haku dengan hanya melakukan dua tips diatas tetapi tidaklah sampai menjadi ketul2 seperti gambar diatas tue..huhuuu..
Popularity: 95% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on April 16, 2010 at 10:56 pm, and is filed under Info Kesihatan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 1 year ago
thanks for the tips
aku tambah lagi
amalkan minum susu appeton weightgain 3 kali sehari
.-= Wan Perlis´s last blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:44 am
betul tue..tapi dengan syarat kena workout juga..sbb kesan dia lambat kalau xworkout .. member haku pernah minum susu tue tanpa workout..duk kering melidi macam tue juga..haha..tapi makan macam naga..peh..
[Reply]
ag. Reply:
January 26th, 2011 at 2:37 pm
aku sokong 100% tips tu.aku baru seminggu melakukan tips tu.alhamdulillah berjaya.3 hari berat badan aku naik 1kg.klu kaki merokok tu .stop smoke dulu.skrg nih aku lebih suka cara hidup aku.
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 1st, 2011 at 4:17 pm
stop smoking, makan makanan berkhasiat insyallah boleh naik berat badan..tp bila dah naik kena maintain..takut overweight pula..hehe
muhammad syukri Reply:
March 26th, 2011 at 10:40 pm
salam..hhah..nk wt lagu mana..dah badan ok..tp nk bg 6 pax….payh tol..mlm asyik nk makan je..
Zul Murky Reply:
April 4th, 2011 at 12:11 pm
six pax mmg susah..haha.. nak buat 1pax senang je..hehehhe
about 1 year ago
agree 100%. ada gak experience camni.skang ni berat dh naik 8kilo in 2month,cam xcaye je.sebijik gak la cam tip ni.link ni..
http://nilamsufi-pdot.blogspot.com/2010/03/tips-tambah-berat.html
(xda link la lak)
.-= pdot´s last blog ..PAS anjur perhimpunan bantah Apco =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:35 pm
sama ar tue bro kita punya tips.. haku tulis tips tue pun berdasarkan apa yg instructor haku bagitau
[Reply]
nia Reply:
February 8th, 2011 at 3:17 pm
klau girl brkesan ke???
xketol2 ke nnt??
HAHA
prob nye kurus n tnggiiiiiiiiiiiii….
memng xnaik2 bdan ..
[Reply]
about 1 year ago
tips nak turunkan berat badan xda ke..haha..
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:35 pm
hehe..xbuat..pasal ramai yg buat dah bro
..lagipun xpernah ada pengalaman turunkan berat badan ..huhu
[Reply]
about 1 year ago
aku tngok kat GB…gmbr kat entry ko x kluar after PING. sm cam prob aku sblm ni. tp…prob aku tu dh setel skg. sila baca post aku…
http://wordz-space.blogspot.com/2010/04/gambar-terpapar-ping-post-di-gb.html
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:36 pm
masalahnya bro..haku pakai wordpress..dah mcm2 haku buat..xkuar..tersilap buat xleh ping entry terus..=,=;
[Reply]
about 1 year ago
waaa memamng sgt2 berguna la info ni kat cik rainbow yg kurus ni.. thnX yer..
makan byk tapi susah nak naik bdn.. hmm lyn tips ni pasni jum..
.-= rainbowcloudy´s last blog ..belum buleh taruk gambar =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:36 pm
hehe..jgn terlebih naik sudah
[Reply]
about 1 year ago
wah thanks marki untuk tips ni… aku pun nak naikkan berat badan… aku skg 58-60KG… makan banyak mana pun, berat aku tetap maintain. maybe sebab kadar metabolisma aku tinggi. aku ingat nak naikkan lagi sebab aku tak suka badan aku kurus…
aku nak workout hari2la.. pastu ambil supplement protein.. susu protein ke.. last year pegi gym. tp skg dah malas..
psst.. kalau ada six packs lagi best! hehe,
.-= Amir´s last blog ..Panduan Bercuti di Perth =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:40 pm
sama bro..
6 pax.. huu..paling susah sekali nk bentuk..haku buat bahagian 2 bulan baru naik 2 packs kat bhgian atas bahagian bawah dan tengah duk macam tue je..tension gile..haha
[Reply]
about 1 year ago
aha. gila baik bdn tu. adobe ke? =P. btw nice tips. aku berusaha nk workout ni. huhu. hrp bdn jadi camtu r. smart kn. berketul2. awek pun ske. hahaha =P
.-= acapz´s last blog ..Bagaimana Setting Yahoo Messenger Menjadi Unbootable =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:42 pm
hish..betul tue bro..dulu dada haku nmpk “biola je” (kata pak ajis satar) .. dulu haku pakai saiz S pun boleh..sekarang? M pun dah macam sarung nangka..hehe
body ketul2 tue bukan saja awek suka..jentayu pun suka bro..hahahah…gurau je
[Reply]
about 1 year ago
Aku pun nak cuba buat work out ni ,mudah-mudahan berjaya
.-= wazy´s last blog ..Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 11:32 pm
buat yg 300 spartan workout bro hari2 ..mesti dapat badan mantap..tapi lenguh tu..haha
[Reply]
about 1 year ago
bersemangat untuk dapatkan bentuk badang yang menarik.
dulu pernah buat tapi tak konsisten..
lastly, kembali boroi..
.-= Mus´s last blog ..Pengalaman Menemani Isteri Bersalin =-.
[Reply]
Mus Reply:
April 17th, 2010 at 2:50 pm
*badan
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 11:31 pm
boroi tue yg masalah tue..hehe..standard lar..siapa2 yg workout, lepas tue stop dalam jangka masa yg lama akan jadi mcm tue =P
[Reply]
about 1 year ago
erm nak tambah berat badan gak nie… kena rajin workout.. kalau setakat makan je pun tak berhasil gak kan…erm.. sekarng pun 52 je.. kurus siot aku…
.-= zik´s last blog ..Petua awet muda bagi lelaki =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 11:28 pm
tambah bro..kasi ketul2 sket..nnt gadis terliur tgk kita mcm kita tgk gadik bergetah..opss..hgehee
[Reply]
about 1 year ago
erm nak tambah berat badan gak nie… kena rajin workout.. kalau setakat makan je pun tak berhasil gak kan…erm.. sekarng pun 52kg je.. kurus siot aku…
.-= zik´s last blog ..Petua awet muda bagi lelaki =-.
[Reply]
about 1 year ago
aku ni terlebih berat..xdapat nk ikut tips ni..hahaha..
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 18th, 2010 at 8:33 pm
yg tue kena ikut tip kurangkan berat..hehehe
[Reply]
about 1 year ago
sama la macam aku..berat maintain ja even makan banyak tido banyak..dok average 57kg ja..sekeping ja badan..haha..
tapi kalau susah hati sangat senang berat turun//dulu aku praktikal, hari2 susah hati..berat jadi average 46kg ja..gila toi..10kg hilang..
.-= Azizuan´s last blog ..Beautiful Blogger Award From Yatie =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 22nd, 2010 at 12:12 am
mak aih..46???? gile ringan bro masa tue.. jeles gadis kalau tgk berat badan mcm tue .. dulu haku berat 53kg diorang dah kata haku mcm mat pit =,= hampeh toi..
[Reply]
zoey Reply:
August 10th, 2011 at 6:03 am
aq tinggi 165..berat skrg nh 42kg…
tolong ler..betol ker x tips2 kt atas nh???
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 15th, 2011 at 12:52 am
betul bro.. mmg tips tue boleh diguna pakai
ag. Reply:
January 26th, 2011 at 2:42 pm
xpe aku pon berat lebih kurang tu juga.tp dah meningkat akhirnye.
[Reply]
about 1 year ago
aku nak workout hari2la.. pastu ambil supplement protein.. susu protein ke.. last year pegi gym. tp skg dah malas..
menurunkan berat badan´s last [type] ..Menghitung Berat Badan Ideal Anda
[Reply]
about 1 year ago
eh, kalo gurl bleh try tak?? hee
[Reply]
Zul Murky Reply:
October 27th, 2010 at 5:08 pm
boleh..hehe..nnt jadi tough plak..
[Reply]
about 1 year ago
thank u bro. okay aku akan try. dari tingkatan 2 hingga lah skg tingkatan 5. berat still 50kg. menyampahh!
ezao´s last [type] ..Projek Blog
[Reply]
Zul Murky Reply:
November 2nd, 2010 at 6:31 pm
hehe..boleh cuba tips yg saya bagi tue..insyallah.. =)
[Reply]
about 1 year ago
nak gemuk tak susah! dimana ada kemahuan disitu ada jalan! jalan nya kat http://maugemuk.com khas untuk anda yang kurus sahaja!
[Reply]
about 1 year ago
gurl leh wat workout camni ke? xnak la ade six pack pulak ngeee..
[Reply]
about 11 months ago
bro,aku pon kurus daa..
bleh x suggest nama susu protein?aku nak beli,mahal pon xpe.janji bleh kasi aku nemok!please2…
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 20th, 2011 at 5:53 pm
salam bro.. susu protein ada mcm2 jenis.. kalau just nak naikan berat bro boleh try yg susu weight gain, kalau nk bina otot boleh try muscle builder punye. tp dengan syarat kena work out (tanpa work out xjadi).
brand ada mcm2 brand.. bro boleh tgk kat farmasi atau kedai yg jual susu protein.. tp kalau setakat minum susu je xjalan bro..mesti diiringi dengan workout ..
[Reply]
about 11 months ago
boleh suggest tak nama susu protein tu..
[Reply]
about 11 months ago
Tq bro…
badan den kocik jo..naek moto bosau..
nmpk helemt pon bosau..adeyh..
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 21st, 2011 at 3:17 pm
kalau badan dah besau, boleh lar nak moto besau nnt..hehe
[Reply]
about 10 months ago
lw nk berotot nie amik berapa lame
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 4th, 2011 at 12:11 pm
kalau konsisten main kat gym sambil amik makanan berprotein, 3 bulan dah boleh nampak hasil..
[Reply]
about 10 months ago
tlog ak bro. ak ni tersangat la kurus. berat ak cme 40kg jer..skunk umur ak 19. tggi plak lam 168 cam 2 la….leh x ko syor kan susu protein yg terbaik..sblom ni ak dh try gain 8, ngn appeton weight gain..tlong bro..
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 4th, 2011 at 12:09 pm
susu protein saja tak mencukupi, malah merbahaya pada kesihatan kalau minum tanpa workout..saya syorkan saudara workout dan ambil susu protein dalam masa yg sama.. lagi satu, makan makanan berprotein untuk upkan berat badan..
[Reply]
about 8 months ago
tips nie mang bgs bro..aku pon lam proses naikkn berat bdn..insya’allah lps nie nie bdn aku lbih berisi..hehe…
[Reply]
about 8 months ago
aku gurl umur 24 taun ni..tp aku ada masalh kekurusan yg amat sgt,,berat aku 35, tinggi aku 160!!!
ko bayangkan la aku punye kurus tahap gaban kan??
aku jadi camni sbb aku pnt blaja pastu baru2 niaku baru clash ngn bf aku..aku jd kurang selra nk makan..tlglah aku beb….leh berkesan ke camtu aku nk naikkan badan aku ni..
x cun ar aku kering camni..hurmm
[Reply]
about 5 months ago
utk beginner.. aku suggest amik mass protein, coz aku dh amalkan bnde tu … almost 2 months aku amik n workout 5 kali smggu… bert aku dh naik…tp nk kene tmbh lagi 5k , skrg bert aku 75/tggi 182cm…. korg workout tmbh bert n buat size dulu then baru cutting ok.. konpom leps tu korg jd GOJESSSSSSSSSSSSS.. hahha
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 21st, 2011 at 11:33 pm
like komen ko neh bro
[Reply]
about 5 months ago
ahahahahah…aku push up pown x ketar2 tngan…100 bley la…
[Reply]
about 2 weeks ago
hey . contoh makanan berprotein tu aper erk?
sy nak naik kan berat badan sy dari 37 hingga 46 . huhuxx .
nak gemukk . ;’(
[Reply]
Zul Murky Reply:
January 29th, 2012 at 1:20 pm
Contoh yang sesuai, ikan, daging, better yang dimasak rebus..kurangkan minyak..kalau banyak minyak, jadi kut lain pulak..
[Reply]