Archive for May, 2010

Kenal pasti berapa kesalahan dibawah

20

Korang diminta baca dulu sebelum menekan butang “read more” … hehe

Klang: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) tidak sedarkan diri selepas mengikuti latihan di Jugra, Banting dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dipercayai mengalami jangkitan paru-paru yang serius.

Mangsa, Norhashimah Wahid, 31, yang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, dekat sini, Ahad lalu di bawah seliaan Pasukan Khas Udara (Pakau), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Difahamkan dia perlu mengikuti latihan selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan sudah tiga bulan mengikuti latihan sebelum itu di bawah pengendalian polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sebelum kejadian, mangsa yang bertugas di Kementeruan Kewangan tidak sihat, bagaimanapun dia terpaksa mengikuti latihan ‘ala komando’ di situ. Abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, ketika ditemui di HTAR mendakwa kesal kerana keluarga lewat diberitahu berhubung kejadian itu, malah suami mangsa, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31, hanya dihubungi pagi kelmarin ketika mangsa sudah berada di ICU Hospital Banting sebelum dipindahkan ke HTAR.

‘Dia mengkuti kursus ini Ahad lalu dan koma Jumaat lalu, tetapi ahli keluarga tidak diberitahu.

“Kami terkilan dengan pihak berkenaan kerana seolah-olah cuba lepas tangan,” katanya di sini, semalam.

Suamu mangsa bagaimanapun enggan ditemuramah berikutan terkejut dan sedih dengan kejadian yang berlaku ke atas isterinya. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Nur Hylda Daenia berusia dua tahun. Zakir berkata, tiga doktor yang merawat Norhashimah memberitahu mangsa kritikal kerana lewat menerima rawatan.

“Pada mulanya doktor mengesyaki dia terkena denggi atau H1N1, tetapi sekarang mereka mengambl sampel darah untuk buat kajian bagi mengetahui penyakitnya,” katanya.

Ditanya apa yang berlaku ke atas mangsa, beliau berkata, sepanjang mengikuti kursus itu, Norhashimah mengikuti latihan ala tentera.

Dia berkata, tujuan dia mendedahkan perkara itu supaya kejadian sama tidak berulang dan meminta pihak berwajib memantau terlebih dahulu kesihatan peserta sebelum mengikuti sesuatu latihan.

Ahli keluarga mangsa juga menimbang untuk membuat laporan berhubung kejidian itu

(more…)

Popularity: 4% [?]

Surat Khabar online paling popular di Malaysia

29

Setiap pagi, kita mesti membelek surat khabar yang dibeli sambil menikmati sarapan sebelum memulakan kerja. Ada yang suka membaca suratkhabar Utusan Malaysia, Harian Metro dan lain – lain lagi bergantung pada citarasa seseorang itu. Bagi yang pandangan politiknya lebih kearah parti pembangkang, mereka lebih cenderung untuk membaca surat khabar seperti Harakah dan Suara Keadilan kerana surat khabar itu merupakan suara bagi parti pembangkang.

Namun tak semua yang gemar membeli suratkhabar, kebanyakkanya mereka pinjam dari rakan – rakan yang membelinya tak pun baca suratkhabar yang dibeli oleh pihak pejabat. Tak kurang juga yang membacanya dari internet ataupun dalam bahasa lain suratkhabar online kerana mudah, free dan banyak berita – berita terkini dari dalam mahupun diluar negara.

Sebut pasal suratkhabar online, mesti ramai yang tertanya – tanya suratkhabar online manakah yang paling popular? mesti ada yang ingat Utusan yang paling popular tak pun Harian Metro bukan? ok, selepas membuat tinjauan melalui alexa.com dengan melihat ranking website bagi setiap suratkhabar online yang ada di laman sesawang, haku dah listkan kedudukan bagi setiap suratkhabar online yang ada dilaman sesawang di Malaysia ini, jadi bolehlah korang lihat yang mana paling kerap dibaca oleh rakyat di Malaysia.

(more…)

Popularity: 29% [?]

Bukti kejayaan MLM (Multi Level Marketing)

58

Pernah dengar MLM? Pernah diajak minum kat warung oleh pencerita MLM? dan pernah kena paksa dengan kawan – kawan untuk join MLM? Mesti ramai yang tahu tentang MLM bukan? Tipulah kalau tiada yang tahu tentang MLM sebab dalam paper dan internet selalu cerita pasal MLM ini, malah dalam peti surat pun ada flyers tentang MLM. Flyers MLM tak tahu?? ala, yang ada ayat “kami mahu bantu anda” yang disertakan sekali dengan gambar duduk sebelah BMW dan rumah banglo yang disewa untuk sesi bergambar dalam flyers tue. Haa, itulah flyers MLM.

Entry haku kali ini ialah entry memaksa korang join company MLM (Miskin Lagi Miskin) yang haku join neh. MLM neh bukan tipu, bukan kencing. Bukan macam artis yang buat MLM tipu tue, habis rosak nama baik MLM disebabkan artis tue suka kencing peminat dia. Company MLM yang haku nak paksa korang masuk neh cukup berjaya. Ramai upline – upline dan downline – downline telah menjadi kaya raya dalam masa yang cukup singkat! malah ada yang dah jadi kaya dan membeli kenderaan kegemaran mereka setelah melabur dalam MLM yang haku join ini dalam masa sehari! hebat bukan? haku bukan nak tipu tentang MLM neh, tak baik nak menipu dalam berniaga, haku lagipun nak tolong bangsa haku sendiri dengan memaksa korang join MLM neh supaya korang boleh hidup senang.

Ok, sebelum haku bercerita macamana korang boleh jadi kaya dengan join MLM yang haku join neh dan modal yang diperlukan untuk join, haku tunjukkan dekat korang bukti – bukti berkesannya MLM ini. Apa barangkan duk cerita produk dengan sejarah company dulu, baik ceritakan bukti kejayaan  dahulu dari duk bercerita mengenai company history dan marketing? baru orang terliur nak tengok bisness apa yang haku buat sampai berjaya!

(more…)

Popularity: 15% [?]

Game Pac Man di Google!

25


Rakan – rakan bloggers dah tengok homepage Google yang terbaru? menarik bukan? korang boleh tersangkut kat Google homepage lebih lama dari yang selalunya kerana tersangkut dengan game Pacman yang ada tulis perkataan Google didalamnya. Seperti yang korang maklum, homepage Google memang terkenal dengan logonya yang sentiasa berubah – berubah dan attractive. Tapi kali ini lebih istimewa kerana bukan logonya menarik, korang boleh main game sekali.

Sebenarnya, Google menyambut ulangtahun ke-30 tahun game Pacman yang menjadi kegilaan remaja – remaja dizaman 80-an dan 90-an dahulu , malah sehingga kini, pacman masih lagi menjadi kegilaan para gamers. Game Pacman yang mereka letakkan dalam customize homepage ini adalah versi paling awal sekali, dari graffik sehinggalah sound game tersebut. Teringat zaman haku mula – mula main game neh masa haku kecik – kecik dulu, graffik dan sound sebijik dalam game kat Google ini (huhuu).

Haku tak tahu berapa lama game Pacman akan ada di hompage Google, tapi selalunya, customize homepage mereka bertahan selama 1 – 2 hari je. Jadi kalau nak main game ini cepat – cepat buka Google homepage korang. Kalau korang mati kena makan dengan hantu pacman tue, jangan risau, klik je Button Insert Coin untuk teruskan bermain. Oklah lar kawan – kawan, haku nak sambung balik main game pacman kat Google (hehe).

p/s: Happy 30th Pacman.

Popularity: 3% [?]

Video Lin Dan berlatih Badminton

30

Salam kepada readers blog ini. Hari ini, haku hendak keluarkan entry pasal Badminton (huh! badminton lagi!). Ini bukan entry mengutuk BAM ataupun skuad badminton negara yang gagal melayakan diri ke final Piala Thomas ataupun entry yang ingin mengondem skuad negara yang memberikan alasan lapuk kerana gagal menyerlah dalam kejohanan Piala Thomas(kata paper arus perdana negara). Tapi entry neh pasal kenapa Lin Dan, Pemain nombor 1 China begitu sukar untuk ditewaskan oleh lawannya.

Siapa yang ikut kejohanan Piala Thomas mesti tertanya – tanya kenapa Lin Dan begitu kuat dan sukar ditewaskan sehinggakan Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain nombor 1 dunia dan Taufik Hidayat dari Indonesia gagal memberikan tentangan sengit kepada Lin Dan. Malah, kedua – dua jagoan badminton dunia itu telah diayam – ayamkan oleh Lin Dan dengan cukup mudah. Setelah haku membuat kajian dan research (samakan maksud tu?) haku terjumpa satu video yang menunjukan Lin Dan sedang berlatih bermain badminton. Kalau korang tengok video tu mesti korang suspek, ehh? respek dengan training yang dibuat. Tak hairanlah dia menjadi begitu poweroot dalam kejohanan Piala Thomas yang lalu.

Korang nak tengok video tu? Klik “Read more” kalau rajin..hehe

(more…)

Popularity: 9% [?]

Redirection ke blog baru dalam hanya 6 saat.

19

Sebelum ini haku pernah mengeluarkan tutorial Redirect Blogspot Link ke domain baru yang memberitahu bagaimana mahu melakukan redirection link dari Blogspot ke  WordPress Self Hosting. Namun begitu, tutorial yang haku keluarkan itu tidak readers friendly kerana readers terpaksa klik sana sini untuk ke blog baru anda. So, hari ini haku ingin kongsikan satu tutorial yang haku ambil dan translate kan ke bahasa melayu dari blog libertyinteractivemarketing mengenai cara – cara untuk melakukan auto – redirection blog lama ke blog baru.

Tutorial ini bukan saja memberitahu cara – cara untuk homepage redirection, malah untuk setiap entry – entry yang ada pada blog lama. Lagipun, redirection seperti diatas kelihatan kurang menarik pula (haha).

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]

Go to Top