Murky is On The Way!
Bukti kejayaan MLM (Multi Level Marketing)
Pernah dengar MLM? Pernah diajak minum kat warung oleh pencerita MLM? dan pernah kena paksa dengan kawan – kawan untuk join MLM? Mesti ramai yang tahu tentang MLM bukan? Tipulah kalau tiada yang tahu tentang MLM sebab dalam paper dan internet selalu cerita pasal MLM ini, malah dalam peti surat pun ada flyers tentang MLM. Flyers MLM tak tahu?? ala, yang ada ayat “kami mahu bantu anda” yang disertakan sekali dengan gambar duduk sebelah BMW dan rumah banglo yang disewa untuk sesi bergambar dalam flyers tue. Haa, itulah flyers MLM.
Entry haku kali ini ialah entry memaksa korang join company MLM (Miskin Lagi Miskin) yang haku join neh. MLM neh bukan tipu, bukan kencing. Bukan macam artis yang buat MLM tipu tue, habis rosak nama baik MLM disebabkan artis tue suka kencing peminat dia. Company MLM yang haku nak paksa korang masuk neh cukup berjaya. Ramai upline – upline dan downline – downline telah menjadi kaya raya dalam masa yang cukup singkat! malah ada yang dah jadi kaya dan membeli kenderaan kegemaran mereka setelah melabur dalam MLM yang haku join ini dalam masa sehari! hebat bukan? haku bukan nak tipu tentang MLM neh, tak baik nak menipu dalam berniaga, haku lagipun nak tolong bangsa haku sendiri dengan memaksa korang join MLM neh supaya korang boleh hidup senang.
Ok, sebelum haku bercerita macamana korang boleh jadi kaya dengan join MLM yang haku join neh dan modal yang diperlukan untuk join, haku tunjukkan dekat korang bukti – bukti berkesannya MLM ini. Apa barangkan duk cerita produk dengan sejarah company dulu, baik ceritakan bukti kejayaan dahulu dari duk bercerita mengenai company history dan marketing? baru orang terliur nak tengok bisness apa yang haku buat sampai berjaya!
Ok! 1st haku nak tunjukan kejayaan yang bagi haku cukup ciput je, tapi maybe bagi korang cukup – cukup mengiurkan. Bawah neh adalah bukti kejayaan salah seorang downline kepada downline haku, beliau cukup megah dengan wang yang beliau dapat sejak join MLM neh. Tapi masalahnya, kesemua duitnya terpaksa dibelanjakan ke eropah kerana beliau malas nak pergi ke money changer dan tukar duit matawang Euro ke RM, jadi beliau akan ke mana – mana negara Eropah untuk membelanjakan wangnyan, even nak beli kicap sekalipun, beliau akan naik flight ke Germany.

Klik gambar ini untuk lihat testimoni (maaf, terpaksa merahsiakan tuan punya badan kerana dikhuatiri diculik)
Bukti kejayaan seterusnya? yang cukup membanggakan haku adalah kejayaan salah seorang downline haku memiliki kenderaan kegemarannya! tak sangka downline haku berjaya menjalankan bisnes ini dalam masa yang cukup singkat! haku dulu nak pakai kenderaan kegemaran haku pun mengambil masa 1 minggu dengan bayaran CASH! tapi downline haku ini dalam masa satu hari je dah berjaya memiliki kenderaan yang diminati beliau sejak kecil. Haku tatau apa ayat yang diguna, tapi haku cukup berbangga dengan downline haku neh kerana berjaya membuktikan kepada dunia tentang keberkesanan MLM yang haku join ini.
Bukan gambar – gambar itu saja, ada lagi testimoni – testimoni dari downline haku yang mengatakan mereka telah menjadi kaya – raya setelah meleburkan duit diorang ke dalam company MLM ini. Diantaranya:

dibawah adalah perbincangan pengasas MLM
Korang dah lihat bukti – bukti yang haku tunjukkan itu? testimoni dan gambar – gambar kejayaan ahli telah menguatkan promosi haku kat korang tentang MLM ini. Bukan itu saja, pengasas MLM ini juga mesra rakyat dan mesra ahli apabila beliau tidak melupakan orang – orang bawahan yang join MLM ini. Beliau sentiasa membantu dalam hal – hal memaksa orang masuk dalam MLM ini dan hampir 99.999999% orang dipaksa masuk telah memaksa masuk ahli – ahli baru kerana mereka cukup terkejut dengan hasil yang mereka dapat. Dan kini mereka tidak lagi menyesal malah ada yang tengah makan roti canai di Hawaii.
Sekarang korang dah nampak kejayaan – kejayaan ahli yang join MLM ini bukan? mesti korang nak tahu berapa modal yang diperlukan, produk dan cara – cara menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan join company MLM ini. Kalau korang nak tahu korang boleh tinggalkan nombor telefon korang kat sini supaya senang untuk kita membincangkan hal ini (Para gadis dialu – alukan) secara private. Haku bukan tidak mahu bercerita tentang produk dan cara marketing kat sini, lagipun polisi company MLM ini menegah para ahli membincangkan hal ini secara terbuka kerana khuatir company MLM lain akan menciplak strategi yang kami gunakan untuk menarik ahli – ahli baru. Lagipun, company lebih mengalakkan ahli menarik ahli baru secara dalam perbincangan kecil kerana memudahkan para ahli seperti haku untuk memaksa ahli – ahli baru join MLM ini. Dan company kami kebiasaannya akan bercerita dari A sampai Z tentang MLM di negara – negara yang terpilih seperti London, New York dan paling lekeh pun Tokyo. Bukan seperti company lain yang buat di Hotel – hotel taik bintang dengan jumlah audience yang ramai. Marketing yang tak sesuai.
So, kalau korang berminat jangan lupa tinggalkan nombor telefon anda supaya mudah untuk haku hubungi dan menempah tiket kapal terbang untuk kita melakukan perbincangan diluar negara. Next perbincangan akan dilakukan di Afrika Selatan. Apalagi booking cepat, bukan saja perbincangan MLM dilakukan, haku spnsor tiket tengok bola sepak Piala Dunia nanti. (hehehe)
Popularity: 16% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on May 23, 2010 at 10:18 am, and is filed under Murky lifestyle. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |





about 1 year ago
uhuuuu tak minat, and tak caya…
tapi saya percaya kalau orang tu ada bakat , ada ramai kawan and buat penuh heartedly (fulltime) , mesti boleh kaya punya..kalau buat sambilan dan halai balai..jgn harap nak dapat duit centu..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 2:06 pm
betul..full time je bleh berjaya..itu pun merangkak juga..jangan lah percaya yg MLM neh cepat naik ..silap besar nnt..nyesal xguna..ramai dah member haku terkena ..terutama yg join Lamberger
[Reply]
Roronoa Zoro Reply:
May 24th, 2010 at 5:33 pm
masuk sini pulak…
http://www.azriomar.com/2010/05/aku-mencari-mlm.html
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 27th, 2010 at 1:21 pm
TQ kongsi info MLM bro =)
[Reply]
about 1 year ago
haha
gilo ko ni
mati2 aku ingat serius..
MLM=miskin lagi miskin..
haha
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 2:07 pm
La..broo..betul tue..haku ada park 3 keta kebal kat rumah haku, satu buatan russia, satu buatan amerika satu lagi yg antik punya kereta kebal tiger yg jerman duk guna masa perang..tue xmasuk jet pejuang haku ..cuma xleh bawak sebab gomen xbagi..depa takut haku nk pg bom white house..muahahahhaa
[Reply]
about 1 year ago
mmg lg miskin pun…bukti kemiskinan jd kat sorg makhluk ni yg penah jd mbr aku…bkn main lg….skali….aku dgr saving dia n husband dia zero……
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 2:54 pm
kesian hagu tgk melayu yang kena tipu ngan MLM neh .. labur ribu2 tapi pulang tidak seperti yang diharapkan..bukan senang nk jadi senang …melainkan dah pilih MLM sebagai core income xpe juga..kalau dah ada keje tetap better laburkan ke tempat yg kita boleh control 100% modal kita..
[Reply]
about 1 year ago
wah boleh beli kete kebal…
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 2:55 pm
jom ar bro..join MLM neh..manatau boleh beli helikopter apache ker?? hehehhee
[Reply]
about 1 year ago
hahaha..aku rasa aku pernah nampak model yg pegang duit tu dlm FB aku..macam familiar lah..nanti aku check
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 2:55 pm
member haku model tue ..
[Reply]
about 1 year ago
apakah semua ini? hehe
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 10:35 pm
bukti company MLM haku..hehe
[Reply]
about 1 year ago
i never tried doing MLM before.. but if can get that much pound.. i want =P
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 10:36 pm
u can try this MLM company ken ..u not only get much pound, u also can buy anything u want in the world..
.. lol
[Reply]
about 1 year ago
best gak kan kalau dapat beli keta kebal
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 10:37 pm
boleh bom israel guna keta kebal neh..hehe
[Reply]
NiZaM Limited Reply:
May 24th, 2010 at 6:05 pm
wahh..jom2..kalo camtu tunggu ape lagi.
jom la beramai2 masuk ini MLM..
jgn kata kete kebal..kete kabel pon bleh beli kan. ahaks..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 27th, 2010 at 1:18 pm
hehe.. keta kabel ? menarik gak tue..neh yg haku nk beli keta kabel genting neh .. haha
about 1 year ago
hahahha..kawan kita ada join MLM nama dia SYN ke apa. Memula mintak 2 ribu…galak giler..time pancing memang baik punya..time member aku nak blah…pergh siap membe baik buat bodoh..poyo je MLM ni….
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 10:41 pm
SYN? huh..haku dan member hampir ditipu hidup2 ..bukan ditipu sebab join MLM tue..tapi mereka mempergunakan pertubuhan sosial nak tarik ahli2 pertubuhan tue join MLM .. haku join pertubuhan sosial tue, last2 ada satu meet up diorang duk buat presention pasal SYN ..sah2 MLM ..terus haku dan member haku blah ..
paling haku sedih pelajar dalam pertubuhan tu dimana duit PTPTN yang sepatutnya mereka gunakan untuk pembelajaran ditarik jadi modal MLM supaya upline depa kaya raya… sadis betul..
[Reply]
Yatre Hayati Reply:
May 24th, 2010 at 12:27 am
yer la..ko bayangkan 2000 kowt nak join.. mhal giler. Barang dia lamp berger…estee lauder…(lebey kurang la ejaan). Kalau jual kat student pown tade orang nak beli kowt..barang stok harge beratus2..membe aku last2 nak guna pown tataw nak guna buat per..tersadai jer..Kakak aku pown hmapir terpedaya ngan SYN ni..ayat dia guna manis..bawak gi enjoy sana-sini..kawan aku dok seronok ikut benda ni..
dah lelama baru taw benda ni SYN. dah terhantuk beru terngadah..aiseh.,
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 24th, 2010 at 12:35 am
yang student ok lagi..mcm haku dan member haku yang dah keje diorang paksa masuk ngan bayaran 20K! mudah2 je suh buat loan lepas tue bayar masuk tue.. janji bukan main manis lagi nk tolong lah aper lar.. last2 blah mcm tue bila rasa terkena..dah ada pengalaman dah tgk member haku yang terkial2 duk cari orang ..sian kat diorang ..upline? senyap mcm tue je..xguna betul
about 1 year ago
haha..aku suke entry..koo da nampak makin bijak berkata2..dan aku benar2 terhibur dengan entry mu ini =) two toes up!
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 10:42 pm
haha..TQ ..mana pergi blog ko derr..
[Reply]
about 1 year ago
tudia depa.. perli selagi boleh perli..
awat tak boh kawen dua tiga skali? kan best? hahahhaa
cucu ramai gila nanti kalah ashari mohamad.
adoi.. lawak lawak..
mlm mmg tak boleh pakai.
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 10:43 pm
hehe.. takleh buh kawen 2 – 3 sekali, nnt isteri2 ahli dapat tau mampus..muaahahaha
[Reply]
about 1 year ago
hehe, ni perli ke betul2 ajak ni? hahaha..
siap kete kebal dan paus ternakan lagi.. nape tak beli Microsoft skali?
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 24th, 2010 at 12:08 pm
microsoft dalam perancangan.. kami tak mahu terburu – buru ..hehe
[Reply]
about 1 year ago
lorh..ape2 pun kalo usaha insyAllah dapat. MLM ke..ape ke.. =D
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 24th, 2010 at 12:33 am
betul tue..janji kena ada usaha..bukan goyang kaki =P
[Reply]
about 1 year ago
aku nak hantar jugakla cerita MLM ni ke angkasa..baru dpt rmai downline..kah3..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 24th, 2010 at 12:42 am
bagus cadangan tu bro..baru makhluk2 kat planet zuhal ngan pluto tertarik ngan MLM neh..banyak income bleh dapat..hehe =P
[Reply]
about 1 year ago
semacam pedas je sindiran ni.. haha.. yang paling best ayat diorang ‘macam ni la melayu, kami nak tolong melayu pun masih lagi nak berfikir’
kejam sungguh statement tu..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 24th, 2010 at 1:32 am
heh.. statement tue mmg kejam sebab diorang nk menikam melayu dengan cara yg kejam..huhuu
[Reply]
about 1 year ago
Say NO to MLM!
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 24th, 2010 at 1:25 pm
jgn bro ..support company haku..nnt boleh ramai2 beli roket ke bulan..hahahha
[Reply]
about 1 year ago
pernah join tapi kene ade komitmen la bende nih`
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 27th, 2010 at 1:22 pm
betul..memang kena ada komitmen ..kalau ada kerja tetap mmg susah lah nk jalan =)
[Reply]
about 1 year ago
MLM ni mmg perlukan sokongan setiap ahli.. kalau tak, tu yang ada MLM jadi miskin lagi miskin..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 27th, 2010 at 1:22 pm
bukan saja ahli..bijak menarik downline..hehe
[Reply]
about 1 year ago
MLM ada yg btol, ade jugak MLM yg menipu.. pandai2 la pikir.. otak ade, akal ade, fikir la dengan waras.. jangan sampai tertipu..
kebanyakkan yg join MLM ni dok sibuk kejar duit sampai tak hirau bende lain dah.. sanggup putus kawan sebab dok paksa2 join jadi downline.. buruk btol perangai..
kalo rasa diri kita dah berkemampuan, baik buat bisnes sendiri je.. jangan buat keje yg mengkayakan org atas (boss)..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 27th, 2010 at 1:26 pm
MLM banyak yg mengkayakan upline..upline2 neh suka tabur janji ..tapi tolong xde pun..bila diorang dah kaya ..abis diorng tingal donwline2 diorang ..walaupun bukan semua ..tapi peratusan yang membantu downline lagi sket jika nk dibandingkan yg suka tinggalkan upline..
lagi satu .. haku pun xsuka dengan orang2 MLM yang suka cakap besar tentang kejayaan diorang (ntah betul ka tidak diorang berjaya) ..lebih2 lagi kalau diorang suka perli keja orang lain .. banyak kali dah haku tengok orang2 mcm 2 kalu duk bincang pasal MLM kat kedai makan..sampaikan nk bayar makan pun masih duk perli2 ..
[Reply]
about 1 year ago
bagi saya MLM ni kalau nak join kena give full commitment dan commited..
kalu tidak rugi sajork..
saya tak ..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 30th, 2010 at 1:26 am
MLM sebenarnya kena buat full time sbb menda tue bisnes .. bisness yg part time mmg susah nk untung..tapi yg jadi masalahnya orang dah tak suke MLM sbb orang sanggup menipu untuk untung cepat..
[Reply]
about 1 year ago
Macam tu lar, sama seperti site ini, tengok link ku
[Reply]
about 1 year ago
try cari MLM yang xpernah orang buat/jarang…ada satu kat malaysia, tp saya xleh beritahu..try to find out what type of bisnes it is..really work!
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 30th, 2010 at 1:26 am
MLM ape ek..kongsi2 ler cik yana
[Reply]
about 1 year ago
MLM seperti terus mencari “darah segar”
[Reply]
Zul Murky Reply:
June 4th, 2010 at 10:53 am
hehe .. darah segar enak dihirup
[Reply]
about 1 year ago
oh! apakah ini suatu mimpi? beli kete kebal ngn jet…yahuu..aku nak join jugak..nak beli jet..cepat sikit sampai kg..hoho
[Reply]
Zul Murky Reply:
June 16th, 2010 at 4:23 pm
jom bro..masih terbuka lagi penyertaan ..ada banyak borang kosong neh..hahaha
[Reply]
about 1 year ago
berjaya lah MLM mers bekerja keras dan berjuang pada map yang benar akan lebih cepat mewujudkan mimopi kalian
solusi rahasia´s last [type] ..Solusi Rahasia Cepat Kaya
[Reply]
about 1 year ago
ASSALAMUALAIKUM… betul , tu bro… MLM ni kena wat full time , baru nampak hasil dan rasa hasil tu… tapi kalau part time… lepas duk seronok duk citer pada member pasal MLM dan member pun join … kena pikir pulak tugas hakiki …. mmmmm… susah nak cakap…elok esok boleh uruskan downline yang masih segar lagi nak join tu… dah kena tunda tugas2 tu… lama2 member yang nak masuk tu boring ngan sikap korang yang tak serius pada dia…(terus tak join) {SIKAP INI SALAH SATU ORANG TAK MINAT MLM DAN KATA MLM MENIPU } padahal korang serius giler …. kalau buat part time .. korang mcm terkangkang… dua-dua jalan kena jaga… NASIHAT AKU PADA YANG NAK BUAT BISNES LEBIH2 LAGI MLM NIH… BUATLAH SECARA FULLTIME,, SBB MASA KORANG TERTUMPU PADA SATU JALAN JER… DAN UPLINE YANG BUAT FULL TIME ADALAH MEREKA YANG TERGOLONG DIANTARA MINORITY YANG TAK TINGGAL DOWNLINE … PERCAYALAH SEBAB REZEKI TU MILIK TUHAN …YANG BERUSAHA LEBIH AKAN DAPAT LEBIH , 9/10 PUNCA REZEKI DARI PERNIAGAAN DAN BUKAN DARI PERNIAGAAN + TUGAS2 LAIN(FAHAM2LAH) HIDUP PERNIAGAAN..!!!!! [ MLM = MAKIN LAMA MENYENANGKAN ] = YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH, YANG TAK BAIK ITU ADALAH DATANG DARI DIRIKU YANG HINA INI .. AMIN…WASSALAM….
[Reply]
LEYANNA Reply:
October 27th, 2010 at 2:50 pm
KALAU BETUL MLM NI MENYENANGKAN TAKKAN SAMPAI PUJUK ORANG JOIN DAN SURUH BUAT LOAN TANPA FIKIR HUTANG YANG DITANGGUNG. LAGIPUN CARA NI SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG. SEBAB TU POLIS TERUS BURU. CAKAP JE JUAL PRODUK. TAPI KAT EVENT LANGSUNG TAK SENTUH PASAL PRODUK. KATA DAPAT REBET TAPI TAK SAMA MACAM YANG DIJANJIKAN. RAMAI ORANG MELAYU YANG JOIN DAN TERKENA. ORANG CINA DAN INDIA PAYAH NAK NAMPAK YANG JOIN MLM NI. AGAKNYA DIORANG DAH TAU MLM NI CUMA MENABUR JANJI MANIS. KALAU NAK USAHA PUN BIARLAH DENGAN CARA HALAL DAN TAK MENIPU ORANG. KALAU MENIPU DAH TENTU REZEKI TAK BERKAT
[Reply]