Rakan – rakan bloggers dah tengok homepage Google yang terbaru? menarik bukan? korang boleh tersangkut kat Google homepage lebih lama dari yang selalunya kerana tersangkut dengan game Pacman yang ada tulis perkataan Google didalamnya. Seperti yang korang maklum, homepage Google memang terkenal dengan logonya yang sentiasa berubah – berubah dan attractive. Tapi kali ini lebih istimewa kerana bukan logonya menarik, korang boleh main game sekali.

Sebenarnya, Google menyambut ulangtahun ke-30 tahun game Pacman yang menjadi kegilaan remaja – remaja dizaman 80-an dan 90-an dahulu , malah sehingga kini, pacman masih lagi menjadi kegilaan para gamers. Game Pacman yang mereka letakkan dalam customize homepage ini adalah versi paling awal sekali, dari graffik sehinggalah sound game tersebut. Teringat zaman haku mula – mula main game neh masa haku kecik – kecik dulu, graffik dan sound sebijik dalam game kat Google ini (huhuu).

Haku tak tahu berapa lama game Pacman akan ada di hompage Google, tapi selalunya, customize homepage mereka bertahan selama 1 – 2 hari je. Jadi kalau nak main game ini cepat – cepat buka Google homepage korang. Kalau korang mati kena makan dengan hantu pacman tue, jangan risau, klik je Button Insert Coin untuk teruskan bermain. Oklah lar kawan – kawan, haku nak sambung balik main game pacman kat Google (hehe).

p/s: Happy 30th Pacman.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]