Murky is On The Way!
Keputusan Final Piala Thomas 2010
China membuktikan kepada dunia bahawa kuasa sukan Badminton berada dalam tangan mereka apabila berjaya mempertahankan Piala Thomas buat kali keempat berturut – turut apabila menewaskan Indonesia 3 – 0 dalam perlawanan akhir semalam. Indonesia gagal mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2000 di Kuala Lumpur apabila ketiga – tiga pemain mereka gagal menyekat permainan pemain China. Mata pertama China diperolehi oleh bekas juara Olimpik, Lin Dan apabila mudah menewaskan pemain nombor 1 Indonesia Taufik Hidayat dengan kiraan mata 21-7, 21-14 dalam tempoh hanya 44 minit.
China menerima tentangan sengit dari pemain Indonesia pada permainan seterusnya, walaubagaimanapun, pemain China berjaya mengekang pemain – pemain Indonesia dari memburu mata. Pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng berjaya menambah mata buat pasukan China apabila menewaskan pasangan Indonesia Markis Kido-Hendra Setiawan 25-23, 16-21, 21-12 sebelum Chen Jin memastikan Piala Thomas milik mereka dengan menewaskan Santoso dengan kiraan mata 19-21, 21-17, 21-7 dalam pertarungan yang berlarutan selama sejam 13 minit.
Dengan kemenangan ini, Piala Thomas kekal berada di bumi China untuk dua tahun berikutnya. Sementara itu, Pasukan Piala Uber China gagal mengikut jejak langkah pasukan Piala Thomas mereka apabila mereka gagal membawa pulang Piala Uber ke negara China dimana mereka tewas dengan pasukan Korea Selatan 1 – 3. Dengan kekalahan itt, pasukan Piala Uber China gagal mempertahankan kejuaraan mereka yang dimenangi sejak tahun 1998.
Kedudukan penuh pasukan dalam kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber:
Piala Thomas
Juara:
- China
Naib Juara
- Indonesia
Separuh Akhir:
- Malaysia
- Jepun
Piala Uber:
Juara:
- Korea Selatan
Naib Juara:
- China
Separuh Akhir
- Indonesia
- Jepun
P/s: Jangan lupa layari Denaihati.com untuk melihat cerita – cerita menarik dan mendapat Laptop Acer PERCUMA!
Popularity: 2% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on May 17, 2010 at 11:26 am, and is filed under Sukan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |




about 1 year ago
yes
china menang
best diorang main
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 17th, 2010 at 4:45 pm
bomoh diorang berjaya kalahkan bomoh indonesia..haha
[Reply]
about 1 year ago
hmm kan lebih baik tempat chon han diganti kpd hafiz
xpa perkara dah lepas
hehe xda ka blogger buat entri marah kat skuad badminton kita
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 19th, 2010 at 1:21 am
tah arr..diorang kurang berminat ngan BAM kot..kalau FAM mesti ramai..hehe
[Reply]
about 1 year ago
teruk plak malaysia
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 19th, 2010 at 11:47 am
kuda tua..kena cari player2 baru dah skarang ..
[Reply]
about 1 year ago
pelapis baru diperlukan… dan juga persediaan dari segi mental perlu 300% sebabnya tengok LCW …mental tak bersedia la.. masa lawan Lin Dan hadoi..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 20th, 2010 at 10:38 pm
2 lah kelemahan pasukan malaysia..pelapis xde..kalau ada pun mentaliti xkuat ..
[Reply]