Murky is On The Way!
Kisah disebalik kata kunci Piala Thomas
Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua. Hari ini rasanya ingin haku menulis secara santai – santai, malas nak fikir untuk keluarkan entry – entry yang memerlukan idea berat, cukuplah sekadar idea – idea yang terlintas dalam kepala haku neh. Sebenarnya, start dari awal bulan ini, mood haku nak berblog memang cukup down gila – gila sampaikan pernah terfikir nak berehat sebentar dari dunia blog. Haku bukan apa, cuma penat berkerja lebih masa. Badan dan minda haku memang betul – betul exhausted, exhausted disebabkan kena berkerja teruk, exhausted kerana memikirkan masalah kerja, keluarga dan awek (ceh!) dan exhausted kerana nak maintain blog haku neh (Hehe).
Tapi disebabkan ingin maintain ranking Alexia dan menaikan PR blog ini, haku try juga update blog haku ini walaupun takde isu nak diceritakan. Mujurlah ada event yang sedikit sebanyak memberi haku inspirasi untuk menulis dan update blog haku ini. Event yang haku maksudkan, kejohanan Piala Thomas, dapatlah juga haku update blog haku dengan entry – entry terbaru dan mengelakkan blog haku dari bersawang. Kalau korang perasan, sepanjang kejohanan Piala Thomas bermula, haku tak update langsung cerita – cerita lain melainkan Piala Thomas. Nampak sangat haku takde idea dan malas nak menulis entry lain (malas? hohoo).
Dalam duk concentrate menulis pasal Piala Thomas, haku tak sangka, ia banyak membantu blog haku mendapat traffik yang mencurah – curah sehingga hampir mencecah 2k sepanjang kejohanan Piala Thomas berlangsung tanpa perlu berblogwalking. Itu tak termasuk entry – entry yang berkaitan dengan sukan Badminton tanah air yang haku tulis sebelum kejohanan bermula. Tak sia – sia haku memaksa diri haku menonton perlawanan yang melibatkan Malaysia dalam Piala Thomas dan menulis mengenainya selepas game. Mujur Malaysia tak layak sehingga Final, kalau tidak sudah tentu banyak lagi traffik yang masuk ke sini.

Traffik dari keyword Piala Thomas sepanjang 7 hari lepas (kalau nak nilai yang tepat, kira je jumlah view kat setiap entry, boleh tengok kat homepage & Tab Most View)
Mungkin ada yang kata traffik 2K yang haku dapat tue tak sikit dan nonsense dan mungkin juga ada yang berkata haku neh berlagak dan nak menunjuk – nunjuk traffik yang masuk ke sini. Haku ingin tegaskan yang haku takde niat langsung untuk riak, cuma ingin berkongsi pentingnya alert dengan keyword – keyword panas yang memungkinkan traffik dapat dialirkan ke blog dengan banyak dan kebetulan minggu lalu, Piala Thomas adalah keyword yang paling panas pada masa itu berbanding keyword Pilihanraya di Sibu kerana rakyat Malaysia lebih berminat untuk melihat update mengenai pasukan badminton negara dan Piala Thomas berbanding politik. Dah hasil dari event dan exploitasi keyword “Piala Thomas”, haku dapat drive beratus – ratus traffik sehari tanpa perlu berblogwalking dan ini memberikan haku sedikit ruang untuk merehatkan diri. Itulah kuasa keyword, kalau korang tak percaya atau ragu – ragu dengan kuasa keyword dalam dunia berblog ini, korang boleh lawat blog otai Denaihati. Beliau ada tegaskan kepentingan keyword dalam menarik traffik ke blog.
So, disebabkan Piala Thomas lah blog haku masih boleh bernafas walaupun penulisnya sedang tercungap – cungap menarik nafas “kelegaan”. Lepas ini tak tahulah samada blog dapat bernafas kembali kerana mood dan tenaga untuk berblog masih belum berada ditahap optimum. Harap – harap ada isu – isu panas lain pula bermain dipaper Utusan Meloya dan Berita Hairan supaya haku dapat mengekploitasikannya ke dalam blog ini. Maklumlah, blogger suku masa macam haku neh mana ada masa untuk menghadap blog 24/7. Dapat mengadap sejam untuk melawat rakan – rakan blog jadilah. Jadi haku harap esok, lusa dan sampai bila ada isu – isu panas yang boleh haku exploitasikan cerita dan keyword nya agar blog haku dapat terus hidup.
P/s: Jangan lupa layari Denaihati.com untuk melihat cerita – cerita menarik dan mendapat Laptop Acer PERCUMA!
Popularity: 3% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on May 18, 2010 at 12:47 am, and is filed under blog. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
- Hosting Murah Indonesia Indositehost.com | Indonesian Contest | mixed.uni.cc
- Hosting Murah Indonesia Indositehost.com Indonesian Contest | mixed.uni.cc
- Ikutan Kontes SEO Bikin Pusing | mixed.uni.cc >> free blog directory , Blog Directory , free submit web blog , Blog Submit , Blog Links , free submit article , blog article , Blog Marketing , blog search , blog referace , blog walk


about 1 year ago
wow..
terbaik..
aku dapat gak sikit2 tempias SEO untuk Thomas ni:)
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 19th, 2010 at 1:15 am
tue ar..tak sia2 merajinkan diri..hohooo
[Reply]
about 1 year ago
salam murki
tahniah..
terbaikk bro
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 19th, 2010 at 1:15 am
TQ bro zul .. huhuu
[Reply]
about 1 year ago
Sekali sekala guna keyword panas ni mmg bagus.. sesuai sgt t’utama time kita sibuk dan x bnyk masa blogwalking
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 19th, 2010 at 1:18 am
tue arr..atleast dapat gak visitor dari xdapat ape..hee
[Reply]
about 1 year ago
power2..tabik!
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 19th, 2010 at 11:44 am
huhuu..biasa2 je..
[Reply]
about 1 year ago
aku update piala thomas yg ada kaitan dgn malaysia je. hehe.. aku dah malas nk tarik trafik actually, just berblogging mcm biasa..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 19th, 2010 at 11:45 am
haku pun ingat nk update pasal mesia je..tapi dah alang2 byk entry pasal piala thomas, haku letak sekalilah final..
[Reply]
about 1 year ago
wah.. banyaknya dapat… aku dapat gak, tapi tak banyak macam bro la, … hehe..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 20th, 2010 at 10:39 pm
haku sikit je.. ada yg lagi banyak..hehehe
[Reply]
about 1 year ago
Hm,tapi tak bestlah malaysia tak layak ke final..tu yg frust tu..apapun team China berhak menang dan champion..skuad depa solid dan mantap dari semua aspek..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 22nd, 2010 at 2:07 am
Nak buat mcmana..skuad malaysia kebanyakkannya kuda tua..
[Reply]
about 1 year ago
alah.. ruginya xguna ritu.. ehehe..
last entry: Seisi lawatan beckham di Afghanistan
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 24th, 2010 at 4:14 pm
xpe bro..nnt ada event2 atau cite2 panass yg boleh dimanipulasi..hehe
[Reply]
about 1 year ago
ish aku sampai skang xreti naki main keyword lg..haha..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 27th, 2010 at 1:28 pm
neh nasib2 je.. =P
[Reply]