Perlawanan separuh akhir Piala Thomas akan berlangsung pada hari ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Perlawanan yang menentukan pasukan mana yang layak ke final Piala Thomas akan bermula jam 02.30 petang iaitu diantara Indonesia dan Jepun manakala pasukan Malaysia akan bertemu juara bertahan China pada jam 07.30 petang. Diharap pasukan negara dapat mengulangi kejayaan mereka menewaskan pasukan Denmark pada perlawanan suku akhir yang lalu dan seterusnya layak ke final Piala Thomas.

Pasukan manakah yang bakal merangkul piala diatas?

Sementara itu, dalam kejohanan Piala Uber, China akan berentap dengan Korea Selatan pada final Piala Uber apabila mereka berjaya menewaskan lawan masing – masing semalam. China dengan mudah meratah pasukan Indonesia dengan kemenangan 3 – 0 , manakala pasukan Korea Selatan pula berjaya menewaskan jiran mereka iaitu Jepun dengan keputusan 3 – 1. Kedua – dua pasukan akan bertemu  pada 15 Mei ini jam 02.00 petang di Stadium Putra Bukit Jalil. Manakala final Piala Thomas dijangka akan berlangsung pada 16 mei 2010 jam 02.00 petang.

Marilah kita sama – sama menyokong dan memberikan semangat kepada pasukan negara yang bakal berentap dengan pasukan China pada hari ini dan seterusnya layak ke Final Piala Thomas. Walaupun lawan yang bakal dihadapi sangat sukar, diharap pasukan negara tenang menghadapi lawan mereka.

Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas:

  1. Malaysia vs China (14 Mei 2010 @ 07.30 Petang)
  2. Indonesia vs Jepun (14 Mei 2010 @ 02.30 Petang)

Jadual perlawanan akhir Piala Thomas

Pemenang diantara Malaysia @ China vs Indonesia @Jepun

(16 Mei 2010 @ 02.00 Petang)

Keputusan perlawanan separuh akhir Piala Uber

  • KOREA SELATAN 3, JEPUN 1

Bae Seung Hee mn Eriko Hirose (21-12, 21-16)
Lee Hyo Jung/Kim Min Jung mn Satoko Suetsuna/Miyuki Maeda (21-19, 21-10)
Bae Youn Joo kk Ai Goto (10-21, 20-22)
Lee Kyung Won/Ha Jung Eun mn Mizuki Fujii/Reika Kakiiwa (21-14, 21-18)

  • CHINA 3, INDONESIA 0

Wang Yihan mn Maria Febe Kusumastuti (21-7, 21-12)
Ma Jin/Xang Xiaoli mn Gresyia Polii/Meiliana Jauhari (21-17, 21-13)
Wang Xin mn Adriyanti Firdasari (21-17, 21-15)

Jadual Perlawanan Akhir Piala Uber

Korea Selatan vs China (15 Mei 2010 @ 02.00 petang)

Popularity: 2% [?]