Murky is On The Way!
Tugas dan cabaran penguatkuasa undang – undang (Part 1)
Pakcik haku pernah mengeluarkan kenyataan yang bunyinya lebih kurang begini “Kerja hang neh kerja buat orang marah”. Ye, kerja haku memang kerja yang suka membuatkan orang marah. Siapa diantara readers disini yang marah kalau menerima saman dari penguatkuasa tak kira dia itu polis ke, penguatkuasa PBT atau penguatkuasa kesihatan? semua mesti marah bukan?. Tugas penguatkuasa sememangnya begitu dan mereka memang terpaksa membuatkan orang awam marah demi menguatkuasakan undang – undang.
Seperti yang kita semua tahu, tugas seseorang penguatkuasa itu adalah menguatkuasakan undang – undang yang terdapat di negara kita ini dan memastikan rakyat sentiasa patuh dengan undang – undang negara selaras dengan rukun negara yang ke-4 iaitu kedaulatan undang – undang. Di Malaysia ini terdapat pelbagai penguatkuasa dari pelbagai agensi antaranya:
- Polis: – Menguatkuasakan undang – undang negara.
- Maritim: – Menguatkuasakan undang – undang maritim
- Imigresen: – Menguatkuasakan undang – undang Imigresen
- Jabatan Haiwan: – Menguatkuasakan undang – undang yang berkaitan haiwan dan haiwan liar
- Jabatan Kesihatan: – Menguatkuasakan undang – undang kesihatan
- Kastam: – Menguatkuasakan undang – undang kastam
- Pihak berkuasa tempatan: – Menguatkuasakan undang – undang kerajaan tempatan
- Dan lain – lain lagi.
Tapi dalam kita duduk berkata mengenai tugas seorang penguatkuasa, adakah kita sedar cabaran yang dihadapi oleh seorang penguatkuasa undang – undang dalam usaha memastikan undang – undang negara dapat dikuatkuasakan dengan baik?
Cabaran yang dihadapi oleh penguatkuasa undang – undang memang cukup besar dan berat. Dalam memastikan undang – undang negara dipatuhi oleh rakyat dan orang asing, seorang penguatkuasa itu terpaksa berhadapan dengan sikap orang awam yang bermacam -macam ragam. Herdikan dan makian adalah pekara yang paling kerap berlaku keatas seseorang penguatkuasa itu dalam usaha beliau menjalankan tugasnya.
Sebagai contoh tugas haku sebagai penguatkuasa kesihatan yang menguatkuasakan segala undang – undang kesihatan memang tak lari dari menerima makian dan herdikan dari orang yang disaman atau dikompaun oleh haku dan rakan – rakan penguatkuasa yang lain sehinggakan ada diantara kami diugut kerana bengang dikompaun. Bagi anggota polis, mereka mungkin tidak merasai sangat kerana orang ramai memang takut apabila ditahan dan dikompaun oleh polis, tetapi bagi penguatkuasa agensi yang lain senario sebegitu kerap berlaku.
Penguatkuasa manusia biasa juga
Hati siapa yang tak tenang bila terjadi pekara – pekara sebegitu apabila melakukan tugas? Penguatkuasa pun manusia juga, ada perasaan sabar, marah dan belas kasihan. Cuba bayangkan apabila anda berada ditempat penguatkuasa, anda marah tak apabila dimaki oleh orang yang dikompaun itu? mesti anda marah bukan? begitu juga apabila diugut. Tapi, sebagai seorang yang profesional dalam tugas, penguatkuasa tetap bersabar dalam memastikan tugas dapat dijalankan dengan baik dan dalam masa yang sama menjaga hati orang awam.
Kita kena ingat juga yang penguatkuasa adalah insan biasa yang cari makan dengan menguatkuasakan undang – undang, kan lebih elok kalau akui kesalahan yang dilakukan. Cuba bercakap dengan elok dan lembut sekiranya tidak mahu di kompaun dan akui kesalahan yang dilakukan, tak mustahil seseorang penguatkuasa itu akan mengubah fikirannya. Cuba ambil contoh apabila ditahan polis kerana tidak memakai tali pinggan keledar, kalau kita berlembut dan mengakui kesalahan yang dilakukan tak mustahil anggota polis akan melepaskan kita. Cuma tahanlah sikit leteran anggota polis itu. Begitu juga dengan penguatkuasa yang lain, haku beberapa kali melepaskan orang yang melakukan kesalahan ringan dan sekadar memberi amaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan supaya mereka tidak mengulanginya buat kali kedua (biasanya apabila haku melakukan pemeriksaan nyamuk aedes dirumah – rumah).
Tetapi jika kesalahan yang dilakukan sangat berat macamana pula? Of coz lah penguatkuasa tidak akan melepaskan orang yang melakukan kesalahan itu. Walau merayu macamana pun, penguatkuasa itu tetap akan menjalankan tugasnya. So far, haku tidak pernah lagi berhadapan dengan situasi sebegitu, tetapi menurut rakan – rakan penguatkuasa haku yang lain, mereka pernah menolak rayuan seorang taukey kedai makan agar dilepaskan dari ditutup kedainya kerana melakukan kesalahan. Walaupun dia merasakan kesalahan kedainya yag terlampau kotor itu remeh, bagi rakan – rakan haku itu, ia kesalahan yang berat kerana melibatkan kesihatan orang awam.
Oleh itu, kesabaran dan profesionalisma seseorang penguatkuasa itu sememangnya diuji semaksima mungkin apabila mereka menjalankan tugas – tugas mereka ini. Tanpa kesabaran dan profesionalisma, penguatkuasaan undang – undang memang sukar dijalankan dengan baik dan pergaduhan diantara penguatkuasa dan orang awam pasti akan berlaku. Sebab itulah penguatkuasa undang – undang ini dilatih untuk bersabar dalam menjalankan tugas dan sentiasa profesional dalam menghadapi perangai – perangai orang awam kerana kesilapan mengeluarkan kata – kata dari mulut penguatkuasa memang akan menyebabkan pergaduhan diantara orang awam dan penguatkuasa.
Akan datang: Penguatkuasa dan Rasuah
Popularity: 7% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on May 10, 2010 at 12:33 am, and is filed under isu semasa. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.
50% punya pasal, sesak satu balai.
about 1 year ago - 3 comments
Sejak Polis Diraja Malaysia mengumumkan diskaun terhadap kesalahan – kesalahan traffik yang dilakukan oleh pengguna jalan raya pada 1 Disember yang lalu, kaunter – kaunter pembayaran yang kalau dahulunya lengang kini ibarat mangsa banjir yang menunggu bantuan beras. Cukup sesak dengan orang ramai yang beratur panjang untuk membayar harga diskaun kompaun mereka. Aku pun diantara…



about 1 year ago
salam….
arghhhh!!
memang sedih gini
ramai gak adik beradik saya
polis..memang kena maki dah jadi
lumrah dalam menegakkan undang2
.-= zulkbo´s last blog ..Bahtera Nabi Nuh Ditemui 99.9% =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 10th, 2010 at 10:20 pm
salam kembali..
polis tidak berhadapan ngan masalah ini..lagipun sape berani nak maki polis..(melainkan waktu pilihanraya je hehe) tp agensi lain mmg teruk dimaki hamun oleh orang awam kalau diorang menjalankan tugas..payah..hoho
[Reply]
about 1 year ago
bg aku, kalau nk jd seorang penguatkuasa, mesti dan wajib mempunyai perasaan berani. dan yg paling penting, mempunyai hati kering..wat donno je org yg duk maki hamun..jd reff bola pun sama gak
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 10th, 2010 at 10:21 pm
hati dan muke kering mesti kena ada..lagi satu hati tebal..kalau hati nipis selalu dengar dalam paper, penguatkuasa bergaduh ngan public..huhu
[Reply]
about 1 year ago
Police- Have to be patient.
.-= hosanabox´s last blog ..How Many People Actually in Here? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 10th, 2010 at 10:21 pm
sabar sebahagian daripada iman
[Reply]
about 1 year ago
penguatkuasa yang jujur tu yang bagus.
skang banyak juga penguatkuasa yang salah guna kuasa.
walaupun mungkin hanya segelintir tapi mereka ni bagai kuman dalam badan.
sikit tak rasa.
kalau banyak, huhu..
pikirlah sendiri.
.-= NoorAfzan´s last blog ..Sukarkah nak bahagiakan ibu? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 10th, 2010 at 10:22 pm
ada tu ttp ada penguatkuasa yg tak jujur.. lumrahlah manusia.. ada baik ada jahat..ada lurus ada bengkang bengkok.. bakal diulas dalam entry akan datang..:P
[Reply]
about 1 year ago
cabaran memang berat jadi penguatkuasa nie… serius … biarlah orang tak suka.. janji kewajipan dapat dilaksanakan dengan telus… tapi bukan sesuatu yang mudah..
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 12th, 2010 at 11:55 pm
mmg bukan mudah..kadang2 budi bicara tue penting..kena pikir juga orang tue susah ke ada masalah ke ..lepas tue kena tgk public gak ..sebab kalau kita tak saman nnt diorang pandang serong sbb kita pilih kasih..mcm kat penang neh susah..kalau xsaman melayu, cina kata backup bangsa sendiri, kalau xsaman cina plak, nnt melayu kata apa pulak.. haihh ..
[Reply]
about 1 year ago
sabaq2 ye
klo bekerja dgn jais best ni.hehe
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 12th, 2010 at 11:58 pm
hehe..mmg best sangat lar bro..ahaha..
[Reply]
about 1 year ago
Betul2.. kerje bahagian penguatkuasa ramai yg tak suka
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 13th, 2010 at 8:41 pm
tau xpe.. hari2 org duk nyumpah..huhuuu
[Reply]