Salam kepada readers blog ini. Hari ini, haku hendak keluarkan entry pasal Badminton (huh! badminton lagi!). Ini bukan entry mengutuk BAM ataupun skuad badminton negara yang gagal melayakan diri ke final Piala Thomas ataupun entry yang ingin mengondem skuad negara yang memberikan alasan lapuk kerana gagal menyerlah dalam kejohanan Piala Thomas(kata paper arus perdana negara). Tapi entry neh pasal kenapa Lin Dan, Pemain nombor 1 China begitu sukar untuk ditewaskan oleh lawannya.

Siapa yang ikut kejohanan Piala Thomas mesti tertanya – tanya kenapa Lin Dan begitu kuat dan sukar ditewaskan sehinggakan Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain nombor 1 dunia dan Taufik Hidayat dari Indonesia gagal memberikan tentangan sengit kepada Lin Dan. Malah, kedua – dua jagoan badminton dunia itu telah diayam – ayamkan oleh Lin Dan dengan cukup mudah. Setelah haku membuat kajian dan research (samakan maksud tu?) haku terjumpa satu video yang menunjukan Lin Dan sedang berlatih bermain badminton. Kalau korang tengok video tu mesti korang suspek, ehh? respek dengan training yang dibuat. Tak hairanlah dia menjadi begitu poweroot dalam kejohanan Piala Thomas yang lalu.

Korang nak tengok video tu? Klik “Read more” kalau rajin..hehe

Dah tengok? power bukan, sebenarnya bukan tangan atau training dia yang power, tapi RAKET yang dia guna tu power. Tengoklah dia baling bulu tangkis tak masuk tapi guna raket terus masuk dalam shutter kon tue. Haram, rupanya Lin Dan guna raket yang telah di”bomoh”kan oleh bomoh kat sana. Patutlah dia menang mudah je kat setiap perlawanan Piala Thomas. Huh!

p/s: Negara China memang kuat ciplak, sampai iklan Ronaldinho test kasut bola Nike pun di ciplaknya..hehehe

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 8% [?]