Archive for June, 2010

Undi dan Bola

22

Bercerita tentang bola, ramai melayu diluar sana gah bersembang dan berceloteh mengenainya. Lebih – lebih lagi sekarang ini masing – masing tengah demam dengan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan. Tamat Piala Dunia, EPL mula menjadi buah mulut pemuda – pemudi Melayu di negara ini. Memang bola tidak lekang dari buah mulut orang Melayu. Tapi bila bercerita tentang politik, Melayu lagi gah bersuara. Si A kata parti neh kotor, si B pula kata parti ini kuda bangsa lain. Masing – masing mahu menengakkan benang mereka yang basah. Bergaduh pasal politik? pekara biasa bagi bangsa Melayu, keluarga sanggup diketepikan kerana politik, sahabat sanggup diputuskan tali silaturahimnya. Itulah politik bagi orang Melayu.

Apa bezanya bola dan politik dikaca mata orang Melayu? Bezanya daftar atau tidak. Meminati bola tidak perlu mendaftar, tetapi untuk menentukan arah tuju politik negara ini memerlukan seseorang Melayu itu untuk mendaftar. Ramai pemuda – pemudi Melayu negara ini tidak begitu mengambil berat mengenai politik tanah air. Ini boleh dilihat dari pendedahan akhbar Berita Harian hari ini yang mengatakan nisbah pengundi Melayu dan bangsa lain sangat jauh berbeza iaitu satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40). Sangat besar jika nak dibandingkan dengan nisbah penduduk Melayu dan bangsa lain.

(more…)

Popularity: 2% [?]

Messi dan tangan Maradona bakal membantu Argentina Juara Piala Dunia 2010

27

23 June 2010 tarikh tutup contest! huh, rasanya tak terlewat haku nak menulis entry pasukan yang bakal juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Setelah lama tidak berkunjung ke blog Denaihati.com akibat kesibukan hidup, haku meluangkan sedikit masa menjenguk blog beliau. Dalam banyak – banyak entry menarik beliau, haku tertarik dengan entry 10 Pasukan Pilihan Blogger untuk Juara FIFA Worldcup 2010. Sebab apa haku tertarik? sebab ia merupakan entry contest (haha). Baguslar author Denaihati.com, kerap buat contest (hehe).

Setelah membaca entry contest beliau, haku perhatikan tarikh tutup penyertaan yang tertera dihujung entrynya, ada lagi sehari sebelum contestnya ditutup. So tanpa membuang masa, haku terus login ke blog haku dan menulis entry mengenai pasukan manakah yang bakal juara Piala Dunia 2010 ini. Untuk pengetahuan korang semua, haku merupakan peminat pasukan Germany, TETAPI pada firasat haku, German tidak akan menjadi juara tahun ini kerana ada beberapa sebab yang haku nampak Germany sukar untuk merangkul piala tahun ini. Sebabnya tidak perlulah haku bagitau kerana korang semua boleh lihat apa yang terjadi pada pasukan Germany semasa tewas ditangan Serbia. Memang pasukan Germany menunjukkan kehebatan mereka pada game pembukaan, tapi kena lihat lawannya juga, pasukan kerdil yang bermain dengan 10 orang, memang boleh makan dengan mudah.

(more…)

Popularity: 2% [?]

32 lagi artis ditiduri oleh Ariel Peterporn

50

Dalam duk menunggu member haku dari Negeri Sembilan dan Johor untuk mendaftar menjadi student di UiTM, haku sempat melayari surat khabar online Berita Harian untuk membaca berita- berita terkini dari dalam dan luar negara. Seperti biasa, surat khabar banyak menumpukan perhatian mereka pada isu terhangat bulan ini iaitu Piala Dunia. Tapi semua itu haku tidak peduli sangat kerana haku sudah pun tahu keputusan dan berita yang bakal dikeluarkan.

Tapi ada satu kolum berita yang cukup menarik minat haku, iaitu kisah Ariel Peterpan atau lebih dikenali dengan nama baru iaitu “Peterporn”. Setelah membaca berita mengenai Ariel, haku rasa memang tersangat layaklah si Ariel mendapat jolokan nama “Peterporn” kerana berita terbaru pasal mamat kacak Indon tu dia rupanya bukan dua orang dia “bergusti katil” tapi 32 orang. Memang Playboy Indonesia.

(more…)

Popularity: 71% [?]

Sepanyol tumbang dikedai mamak

28

Baca je tajuk kat atas tue, mesti ramai peminat – peminat pasukan Spain kecewa dengan kekalahan pasukan kegemaran mereka ditangan pasukan kerdil Eropah, Switzerland 0 – 1. Rata – rata haku tengok sebelum game, ramai yang menyatakan Spain boleh menang mudah terutamanya dari mulut – mulut penyokong Spain. Haku yang kureng dengan pasukan ini pun berharaplah yang pasukan Spain neh bakal tersungkur ditangan Switzerland sebelum game dan akhirnya menjadi kenyataan apabila lepaking haku kat kedai mamak tidak sia – sia apabila melihat team kalah sebentar tadi.

Balik dari mesyuarat dengan penduduk tadi, haku cuba luangkan masa lepak – lepak di kedai mamak untuk menonton siaran langsung Piala Dunia antara Spain dan Switzerland. Saja layan – layan mata melihat gelagat fan Spain menonton live kat kedai mamak sambil melantak roti bakar. Ramai rupanya penyokong Spain neh, hampir 6 kedai mamak haku pergi tuk lihat live game malam tadi dan hampir kesemuanya full house. Last – last, ada satu kedai yang meja dia available, so haku lepaklah kat kedai mamak Kassim Mustapa di Bukit Jambul, Penang. Walaupun TV nya 21 inci, kira jadilah, boleh haku tengok game Spain dan Swiss.

(more…)

Popularity: 3% [?]

Blog, kerja & World Cup

7

Fuh! setelah seminggu lebih blog ini tidak di update dengan entry – entry terbaru, tergerak pula hati untuk menulis sedikit coretan di blog ini. Rasa kesian pula dengan blog ini setelah haku membiarkan ia terkontang – kanting tanpa belaian tuannya. Akibatnya, blog ini bukan saja bersawang, malah traffik yang selalunya jem tiba – tiba menjadi lengang selengang – lengangnya. Banyak sebab haku tidak update blog ini dengan entry – entry terbaru. Bukan kerana ketiadaan idea untuk menulis, tapi sebab – sebab lain yang tidak dapat haku elakkan. Dari kerja sampailah demam Piala Dunia, semuanya memberi kesan buruk kepada blog haku ini.

Haluankiri.com

Seperti korang tau kan yang haku sekarang dalam projek mengembangkan blog yang baru haku lancarkan awal bulan ini iaitu Haluakiri.com. Blog yang haku usahakan bersama member haku (apekhuhu) adalah salah satu projek kitorang yang mahu mengembangkan minat dan skill fotografi kami. So, haku terpaksa menumpukan blog berkenaan dari blog ini kerana mahu meletakkan material – material supaya blog tersebut tidak kosong dengan entry. Lagipun kalau nak meletakkan material dalam tue, haku kena kerap melakukan outing dan editing supaya blog tu sentiasa diupdate dengan entry – entry terbaru. Itulah sebab mengapa haku jarang memberi tumpuan kepada blog ini. Sibuk mencari material dan idea. Tambah pula, blog haluankiri.com masih dalam proses branding tuk projek side income kitorang sebagai event photgrapher, so kena perbanyakkan contoh – contoh gambar untuk diletakkan di blog berkenaan supaya dapat tarik orang tuk amek kami sebagai photographer wedding diorang.

(more…)

Popularity: 2% [?]

Memperkenalkan haluankiri[dot]com

34

Salam kepada bloggers, hari ini haku nak umumkan pelancaran blog yang baru haku buat awal bulan ini. Setelah berpening kepala membina dan mencantikkan blog tersebut, akhirnya blog tersebut telah dipublishkan 100% pada 2 Mei 2010 hari itu. Blog yang baru haku bina ini merupakan sebuah photoblog yang memaparkan gambar – gambar yang diambil dan diedit oleh haku dan juga rakan kongsi haku. Ini bermakna segala entry – entry yang berkaitan dengan fotografi tidak lagi akan dikeluarkan di blog ini. Blog yang haku maksudkan ialah blog haluankiri[dot]com.

Selain memaparkan gambar – gambar, tutorial dan tip – tip berkaitan fotografi dan photoshop juga akan dikeluarkan di blog tersebut. Ini bermakna, blog murkiester[dot]com akan kehilangan satu niche iaitu fotografi. Cuma entry – entry lepas yang berkaitan dengan fotografi akan kekal di blog ini kerana haku malas nak melakukan pemindahan entry(haha).

Jadi, kalau korang mahu melihat segala entry yang berkaitan dengan fotografi bolehlah lawat blog haluankiri[dot]com, banyak gambar – gambar menarik bakal dikeluarkan di blog tersebut.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 5% [?]

Go to Top