Pertama sekali, haku seperti umat Islam yang lain begitu marah dan sedih dengan tindakan tidak berperikemanusian Rejim Zionist yang telah bertindak kejam terhadap aktivis – aktivis Pro Palestin yang dibunuh dan di penjarakan tanpa belas kasihan kerana mahu membantu rakyat Palestin di Gaza City. Seperti yang kita semua tahu, isu serangan komando Israel terhadap flotilla keamanan bukan sahaja menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia, malah aktivis – aktivis pro Palestine dan juga yang anti – Israel juga begitu sungguh kecewa dengan tindakan kejam mereka sehinggakan hampir kebanyakkan bandar – bandar utama seluruh dunia khususnya Turki telah dibanjiri dengan protestor – protestor yang membantah tindakan rejim Zionist itu yang membunuh 19 aktivis yang menaiki kapal Mavi Marmara, salah satu flotilla keamanan yang sedang menuju ke Gaza.

Di Malaysia juga tidak ketinggalan melakukan demostrasi dimana tunjuk perasaan telah dilakukan dihadapan sekutu kuat negara haram itu iaitu Amerika Syarikat bagi mengecam tindakan kejam komando Israel. Malah penunjuk perasaan juga telah mengajak semua umat Islam di Malaysia ini untuk bersatu tanpa mengira parti politik membantah kekejaman Israel.

Tapi sayang, dalam usaha menyatukan umat Islam tanah air untuk menghadapi isu Palestine ini, rupanya ada juga mangkuk – mangkuk politik yang cuba menanguk di air keruh dengan isu dunia ini. Ada yang mengejek Perdana Menteri kita kerana kecamannya tidak “sekeras” kecaman Perdana Menteri Turki. Malah ada juga mengutuk mantan Perdana Menteri terdahulu iaitu Dr. Mahathir dengan berkata bahawa beliau merupakan rakan baik negara Israel (dari mana dia dapat cerita ini pun haku tidak tahu?). Perlukah isu antarabangsa ini dimainkan dalam retorik politik busuk tanah air?

Tak kurang dari itu juga ada daripada mereka yang meng”cop” saudara seagama sebagai YAHUDI kerana kurang senang dengan komen – komen mereka yang mengatakan parti pemerintah sekarang adalah Yahudi. Ye, mungkin ini ada kaitan dengan jalingan kerjasama antara APCO dan Kerajaan, haku pun marah dan kecewa dengan kerjasama itu, tapi perlukan isu antarabangsa ini dibawa masuk kedalam retorik politik di Malaysia? Kalau mereka rasa isu APCO perlu dibawa masuk kedalam konflik diantara Israel dan konvoi keamanan Palestine dan mempolitikannya, rasanya lebih elok mereka muhasabah diri mereka sendiri sebelum mempolitikan isu APCO. Sebab apa haku berkata demikian? mereka ini secara tidak sedar yang mereka juga menjalinkan kerjasama dengan Israel, bukan kerajaan sahaja. Coke, F&N, McDonald, Nike, Starbuck, Tesco, Colgate, Facebook dan lain – lain lagi adalah produk yang direct dengan Israel dan mangkuk – mangkuk politik ini pun haku percaya mereka menggunakannya.

Honestly, haku begitu kecewa dengan mangkuk – mangkuk politik ini yang sanggup mempergunakan isu antarabangsa ini dalam politik mereka. Tidak bolehkan mereka berehat sebentar dari dunia politik apabila bercerita tentang isu serangan komando Israel ini? Dalam umat islam dan masyarakat antarabangsa bersedih dengan kejadian ini, mereka masih mahu bermain politik dan berkata – kata juah sehingga sanggup mencipta dosa didalam diri mereka sendiri dengan membuat tuduhan melulu dan fitnah (itu tidak termasuk kata – kata cacian yang mereka keluarkan kerana berpolitik). Kan lebih elok, apabila terjadi isu sebegini, mereka bersatu dan berdoa. Bukannya berpolitik. Sedih..

p/s: untuk mendapatkan berita mengenai Freedom Flotilla boleh lawat laman web Denaihati, HALUANPalestin dan Life Line 4 Gaza. Semoga para aktivis pro Palestin selamat menjalankan setiap misi mereka memberi bantuan kepada penduduk Gaza.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]