Fuh! setelah seminggu lebih blog ini tidak di update dengan entry – entry terbaru, tergerak pula hati untuk menulis sedikit coretan di blog ini. Rasa kesian pula dengan blog ini setelah haku membiarkan ia terkontang – kanting tanpa belaian tuannya. Akibatnya, blog ini bukan saja bersawang, malah traffik yang selalunya jem tiba – tiba menjadi lengang selengang – lengangnya. Banyak sebab haku tidak update blog ini dengan entry – entry terbaru. Bukan kerana ketiadaan idea untuk menulis, tapi sebab – sebab lain yang tidak dapat haku elakkan. Dari kerja sampailah demam Piala Dunia, semuanya memberi kesan buruk kepada blog haku ini.

Haluankiri.com

Seperti korang tau kan yang haku sekarang dalam projek mengembangkan blog yang baru haku lancarkan awal bulan ini iaitu Haluakiri.com. Blog yang haku usahakan bersama member haku (apekhuhu) adalah salah satu projek kitorang yang mahu mengembangkan minat dan skill fotografi kami. So, haku terpaksa menumpukan blog berkenaan dari blog ini kerana mahu meletakkan material – material supaya blog tersebut tidak kosong dengan entry. Lagipun kalau nak meletakkan material dalam tue, haku kena kerap melakukan outing dan editing supaya blog tu sentiasa diupdate dengan entry – entry terbaru. Itulah sebab mengapa haku jarang memberi tumpuan kepada blog ini. Sibuk mencari material dan idea. Tambah pula, blog haluankiri.com masih dalam proses branding tuk projek side income kitorang sebagai event photgrapher, so kena perbanyakkan contoh – contoh gambar untuk diletakkan di blog berkenaan supaya dapat tarik orang tuk amek kami sebagai photographer wedding diorang.

Bulan neh juga boleh dikatakan bulan yang paling memenatkan bagi haku. Perkahwinan, job fotografi dan preparation menjadi part – time student benar – benar menguji ketahanan badan, mental dan poket haku. Haku betul – betul terpaksa menyusun jadual dan budget haku agar tidak miss sikit pun. Boleh dikatakan bulan ini, tiap – tiap minggu haku terpaksa bergerak jauh dari rumah sewa haku di Penang ini. 3 kali terpaksa turun ke selatan dengan minggu yang berbeza dan satu kali terpaksa ke utara tanah air untuk menyempurnakan job wedding photography. Minggu neh, haku perlu menyempurnakan yuran pendaftaran PJJ  haku kat UiTM dan turun ke Lembah Kelang buat kali ke – 3 dalam masa sebulan untuk mendaftar sebagai student kembali. Pergh! sungguh penat, harap – haraplah muka haku tak berkedut akibat kepenatan ini dan yang paling penting budget haku boleh sampai ke hujung bulan (huhuu). Banyak woo nak pakai duit kalau travel guna kereta neh.

Kerja yang semakin tough sekarang juga memberi efek kepada haku untuk menumpukan sedikit perhatian haku kepada blog ini. Secara tiba – tiba, Daerah Timur Laut, Penang neh dihujani dengan wabak – wabak kes demam denggi dan juga kes Malaria, so terpaksalah haku menumpukan segala effort dan masa haku untuk membantu rakan – rakan haku yang lain menghentikan kes – kes demam denggi dan malaria dari merebak. Balik kerja? jangan cakaplah, kadang – kadang tue sampai tengah malam baru pulang kerana sibuk menyelia kerja – kerja fogging di kawasan kes. Ades, memang letih badan dibuatnya. Dahlah every weekend kena travel jauh – jauh, weekday plak berkerja macam bangla (haha), takde life langsung.

Tapi, orang tua – tua ada berkata, sambil menyelam minum air. Dalam duk sibuk menyelesaikan kerja dan projek fotografi, sempat juga haku curi – curi masa tuk layan World Cup (betul ke pepatah haku tadi tue???). Rugi wo melepaskan peluang menonton live World Cup (haha) dah lar 4 tahun sekali. Mujur kebanyakkan game – game best start pukul 10.00 malam, bolehlah haku rilek – rilek sambil makan kuaci menonton bola dihadapan TV 32 inci haku. Nasib baik TV haku SD, kalau HD haku dah upgrade ke Astro Beyond (hehehe). Tapi yang tensionnya bila duk layan bola, gerenti haku tengok tak sampai habis game. Asyik terlelap ja kat atas kerusi. Bila terjaga, dah pukul 7 pagi. Geram betul! Lepas neh, haku ingat sebelum game start, haku nak telan berpaket – paket air tongkat ali. Kalau tertido gak, haku nak cut terus channel Astro. (huh!)

Tak Sempat nak reply komen.

Btw, kepada pengomen – pengomen blog ini, minta maaf banyak – banyak kerana tak dapat reply komen korang kat blog ini. Seriously memang haku cuma sempat membaca je komen – komen korang melalui email sebab haku memang jarang gila buka blog neh. Yang sempat pun kalau komen – komen itu berunsur soalan, tue je yang boleh dibalas kerana tidak mahu mereka tertunggu – tunggu jawapan dari haku. Haku nak balas guna handphone pun, handphone haku bukannya jenis Blackberry tak pun buah Apple, nak on GPRS pun dah amek masa dekat seminit (hohoo) wireless? hehe..takde sebab handphone murah je.

Kalau komen readers pun tak sempat dibalas, apatah lagi blogwalker – blogwalker blog neh, lagi ler tak sempat. So kepada blogwalker dan pengomen blog ini, terima kasih haku ucapkan kerana sudi singgah ke sini. Haku akan cuba sedaya – upaya haku untuk walking ke blog korang balik terutamanya apabila ada masa terluang dan reply komen – komen korang semua. Tapi buat masa sekarang ne, haku masih dalam mood busy, cuma tahapnya dah menurun sikit dari paras bahaya (hehe).

Haku rasa, tue saja coretan separa sedar haku buat masa neh, lagipun haku dah terhuyung – hayang kat depan monitor neh duk tahan mengantuk neh. Kena plak member haku duk pasang cerita seram buatkan haku tak sabar – sabar nak tarik selimut disebabkan terlampau mengantuk (bukan takut aaa). So… ok ahh, babai..

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]