Salam kepada bloggers, hari ini haku nak umumkan pelancaran blog yang baru haku buat awal bulan ini. Setelah berpening kepala membina dan mencantikkan blog tersebut, akhirnya blog tersebut telah dipublishkan 100% pada 2 Mei 2010 hari itu. Blog yang baru haku bina ini merupakan sebuah photoblog yang memaparkan gambar – gambar yang diambil dan diedit oleh haku dan juga rakan kongsi haku. Ini bermakna segala entry – entry yang berkaitan dengan fotografi tidak lagi akan dikeluarkan di blog ini. Blog yang haku maksudkan ialah blog haluankiri[dot]com.

Selain memaparkan gambar – gambar, tutorial dan tip – tip berkaitan fotografi dan photoshop juga akan dikeluarkan di blog tersebut. Ini bermakna, blog murkiester[dot]com akan kehilangan satu niche iaitu fotografi. Cuma entry – entry lepas yang berkaitan dengan fotografi akan kekal di blog ini kerana haku malas nak melakukan pemindahan entry(haha).

Jadi, kalau korang mahu melihat segala entry yang berkaitan dengan fotografi bolehlah lawat blog haluankiri[dot]com, banyak gambar – gambar menarik bakal dikeluarkan di blog tersebut.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]