23 June 2010 tarikh tutup contest! huh, rasanya tak terlewat haku nak menulis entry pasukan yang bakal juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Setelah lama tidak berkunjung ke blog Denaihati.com akibat kesibukan hidup, haku meluangkan sedikit masa menjenguk blog beliau. Dalam banyak – banyak entry menarik beliau, haku tertarik dengan entry 10 Pasukan Pilihan Blogger untuk Juara FIFA Worldcup 2010. Sebab apa haku tertarik? sebab ia merupakan entry contest (haha). Baguslar author Denaihati.com, kerap buat contest (hehe).

Setelah membaca entry contest beliau, haku perhatikan tarikh tutup penyertaan yang tertera dihujung entrynya, ada lagi sehari sebelum contestnya ditutup. So tanpa membuang masa, haku terus login ke blog haku dan menulis entry mengenai pasukan manakah yang bakal juara Piala Dunia 2010 ini. Untuk pengetahuan korang semua, haku merupakan peminat pasukan Germany, TETAPI pada firasat haku, German tidak akan menjadi juara tahun ini kerana ada beberapa sebab yang haku nampak Germany sukar untuk merangkul piala tahun ini. Sebabnya tidak perlulah haku bagitau kerana korang semua boleh lihat apa yang terjadi pada pasukan Germany semasa tewas ditangan Serbia. Memang pasukan Germany menunjukkan kehebatan mereka pada game pembukaan, tapi kena lihat lawannya juga, pasukan kerdil yang bermain dengan 10 orang, memang boleh makan dengan mudah.

Jadi pada firasat haku, tahun ini Argentina akan merangkul kejuaraan Piala Dunia memandangkan pasukan mereka memiliki ramai pemain – pemain berbakat dan berkualiti yang tidak berlagak STAR seperti pasukan Spain dan England. Team work, individual skills, speed dan taktikal pasukan Argentina melebihi dari pasukan – pasukan yang bermain dalam Piala Dunia ini. Even pada pandangan haku Brazil pun tidak seperti Argentina dari segi Team Work, Skills dan tactical.

So, tahun ini pasukan Argentina akan melangkah ke final Piala Dunia dan seterusnya menjuarai Piala idaman pemain – pemain bola sepak didunia. Jadi kepada yang ingin turut serta mengagak siapa yang bakal juara Piala Dunia tahun ini dan seterusnya mendapat RM250 dari Denaihati, boleh join contest yang dianjurkan oleh beliau. Ada lagi sehari dari tarikh entry ini ditulis untuk menyertai contest beliau sebelum ianya ditutup. Jom kita meriahkan lagi contest yang dianjurkan oleh Denaihati.com.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]