Murky is On The Way!
Undi dan Bola
Bercerita tentang bola, ramai melayu diluar sana gah bersembang dan berceloteh mengenainya. Lebih – lebih lagi sekarang ini masing – masing tengah demam dengan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan. Tamat Piala Dunia, EPL mula menjadi buah mulut pemuda – pemudi Melayu di negara ini. Memang bola tidak lekang dari buah mulut orang Melayu. Tapi bila bercerita tentang politik, Melayu lagi gah bersuara. Si A kata parti neh kotor, si B pula kata parti ini kuda bangsa lain. Masing – masing mahu menengakkan benang mereka yang basah. Bergaduh pasal politik? pekara biasa bagi bangsa Melayu, keluarga sanggup diketepikan kerana politik, sahabat sanggup diputuskan tali silaturahimnya. Itulah politik bagi orang Melayu.
Apa bezanya bola dan politik dikaca mata orang Melayu? Bezanya daftar atau tidak. Meminati bola tidak perlu mendaftar, tetapi untuk menentukan arah tuju politik negara ini memerlukan seseorang Melayu itu untuk mendaftar. Ramai pemuda – pemudi Melayu negara ini tidak begitu mengambil berat mengenai politik tanah air. Ini boleh dilihat dari pendedahan akhbar Berita Harian hari ini yang mengatakan nisbah pengundi Melayu dan bangsa lain sangat jauh berbeza iaitu satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40). Sangat besar jika nak dibandingkan dengan nisbah penduduk Melayu dan bangsa lain.
Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).
Tidak diketahui apa yang menyebabkan jurang perbezaan ini sangat besar. Samada Melayu dinegara ini bosan dengan politik kotor parti – parti dinegara ini, kempen daftar mengundi yang kurang memberi impak kepada orang Melayu ataupun mereka rasakan mereka sudah selesa berada di negara yang majoritinya kaum Melayu. Pada pendapat haku, sebenarnya orang Melayu merasakan mereka terlalu selesa dengan apa yang ada di negara ini sampaikan mereka menganggap mengundi adalah benda yang remeh. Cuba lihat pemuda - pemudi Melayu sekarang, mereka lebih gemar berseronok dari memikirkan hala tuju politik Melayu. Bagi mereka, politik sangat menjengkelkan mereka. Ya, politik memang menjengkelkan tetapi politiklah yang mencorak masa depan Melayu. Tidak kiralah Melayu itu menyokong Parti Keris atau Bulan, tapi yang penting, biarlah Melayu berada di paling atas sekali dalam sistem piramid kerajaan Malaysia.
Cuba bayangkan nisbah yang dinyatakan dalam surat khabar Berita Harian itu berlarutan dalam masa 10 tahun akan datang? dan pengundinya pula ramai bangsa bukan melayu berbanding Melayu, tidak mustahil Malaysia akan menjadi seperti Singapura, satu – satunya tanah Melayu yang diperintah oleh bangsa lain. Ketepikan soal perlembagaan yang mengatakan ketua negara mestilah orang Melayu kerana perlembagaan boleh dipinda, soalnya sekarang adakah Melayu sedar kepentingan politik dalam soal ketuanan Melayu di negara ini. Ramai yang tidak sedar, mereka lebih suka berborak politik di kedai kopi dari mendaftar sebagai pengundi demi mempertahankan masa depan Melayu. Lihat saja Siti Nurhaliza, dulu kecoh yang beliau sibuk berkempen mengajak orang ramai keluar mengundi tetapi beliau sendiri tidak mendaftar sebagai pengundi.
Dalam hal ini, haku tidak salahkan SPR dalam kempen mereka. Mereka telah cuba sedaya upaya untuk mengajak orang ramai terutamanya orang Melayu untuk mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi apabila tiba harinya. Mereka bukan saja berkempen di media – media cetak, malah di media elektronik pun mereka tetap berkempen. Bayangkan berapa kos yang ditanggung oleh mereka untuk mengajak orang ramai mendaftar sebagai pengundi, tapi hasilnya cukup mengecewakan.
Jadi, apa yang didedahkan dalam akhbar hari ini patut diambil iktibar oleh orang – orang Melayu. Mereka kena sedar sebenarnya nasib dan masa depan orang Melayu ibarat telur dihujung tanduk. Politik sajalah satu – satunya kuasa yang ada ditangan orang Melayu. Hendak harapkan kuasa ekonomi, orang Melayu memang sudah jauh ketinggalan. Kalau kuasa politik pun orang Melayu sudah makin tidak kuat genggamannya, bagaimanalah nasib Melayu nanti. Sudahlah layu dinegara sendiri, makin layu dibuatnya nanti.
Popularity: 3% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on June 28, 2010 at 11:09 pm, and is filed under isu semasa. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 1 year ago
sudah daftar sebagai pengundi..
hapiz rahman´s last [type] ..IMPIAN YANG BELUM TERCAPAI
[Reply]
Zul Murky Reply:
June 29th, 2010 at 12:03 am
hehe..bagus ler tue..haku cukup jer umor terus daftar ..syok plak pg mengundi 1st time.. kena tarik sana sini..hahaha
[Reply]
about 1 year ago
Salam bertandang lagi
moga sentiasa sihat
dan di bawah lindungan-NYA
Saya bersetuju dengan anda
saudara murky..orang melayu perlu
ada kesedaran..kekuatan politik
melayu yang menjadikan kita Tuan
di Malaysia..jangan sampai jadi
seperti negara jiran kita..thai dan singapore
melayu disana menjadi minoriti dan tiada suara
zulkbo´s last [type] ..Doa Dari Kalian Amat Di Hargai
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 2nd, 2010 at 4:54 pm
w’salam bro.. harap bro juga sentiasa dibawah lindungan – NYA ..
tapi sayang..ada yg menggunakan politik demi kepentingan peribadi sampai sanggup memecahbelahkan kaum melayu…
[Reply]
about 1 year ago
aku pn dh daftar next pilihan raya bru bleh undi
millo´s last [type] ..Semua Orang Dah Tahu
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 2nd, 2010 at 4:55 pm
marilah kita menunaikan tanggugjawab sebagai rakyat negara ini =)
[Reply]
about 1 year ago
betul jugak pandangan bro ni… politik tetap diperlukan, nak kena cari jalan supaya generasi muda lebih meminati dan faham kepentingan politik
etomyam´s last [type] ..Ayam Dan Rakyat Malaysia
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 2nd, 2010 at 4:56 pm
Orang melayu memang terang2 lemah dalam menguasai ekonomi jika nak dibandingkan dengan kaum lain, so.. kena mempertahankan kuasa politik demi memastikan kaum melayu sentiasa kuat dinegara sendiri.. orang2 muda jangan terlalu leka dengan keseronokan dan kempen “i hate politic”
[Reply]
about 1 year ago
generasi muda sekarang nie macam susah je nak ajak jadi pengundi…. entahla…
zik´s last [type] ..Imam muda minggu ke3
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 2nd, 2010 at 4:59 pm
generasi muda melayu neh kebanyakannya tak suka politik..cess
[Reply]
about 1 year ago
peh..kne btg hidung..aku pun belum daftar..huhu..sumtme xpikir pasal hal2 ni..insyaalah taun ni g daftar..
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 2nd, 2010 at 5:00 pm
daftar bro ..demi kepentingan kawasan DUN / Parlimen bro dan orang melayu ..hehe
[Reply]
about 1 year ago
haha mmg betul, malas nak amik tau pasal politik.
takmau undi la nnt
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 2nd, 2010 at 5:01 pm
hish jgn cmtu bro… setiap undi itu penting..hehehehe
[Reply]
about 1 year ago
alahai umurku sudah mencukupi..hehehe
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 2nd, 2010 at 5:02 pm
marilah kita mendaftar..hehe
[Reply]
about 1 year ago
salah parti politik melayu juga..kebanyakan pemimpin lebih mengutamakan kerusi, perut masing-masing dan orang sekitar yang berkepentingan sahaja berbanding para remaja dan belia.
[Reply]
about 1 year ago
warganegara malaysia yg tak mendaftar jadi pengundi tu mmg rugi.. diorang tak paham, aktif berpolitik berbeza dengan jadi pengundi.. rata2 orang yg ditanya kenapa tak mendaftar jadi pengundi sbb diorang cakap politik tak bagus, malas nak aktif politik..
kulanz´s last [type] ..Statistik Blog Bagi Bulan Jun 2010
[Reply]
about 1 year ago
orang muda kalau kita tengok sekarang macam buat tak tahu je pasal politik ini…tapi itu lah setiap orang ada tanggungjawabnya terhadap negara
syahrilhafiz´s last [type] ..Apa kata korang- Aku pilih ini
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 13th, 2010 at 1:21 am
ini satu2nya hak kita untuk mencorakan masa depan agama, bangsa melayu dan negara..
[Reply]
about 1 year ago
harap2 mlyu akan terus kekal memegang tampuk pemerinthan di malaysia.tanpa mlyu jawabnya bungkus le kita nnti di tanah sendiri..
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 27th, 2010 at 1:00 am
neh salah satu negara yg masih bertuankan melayu..harap2 xjadi mcm singapore sudah ler
[Reply]