Archive for July, 2010
Syarikat MLM (Miskin Lagi Miskin) ku diserbu polis.
19
Malang! Malang! Malang!. Rakan – rakan ingat tak syarikat MLM yang haku join? Ala, syarikat MLM yang haku canang – canangkan kat entry ini dulu. Kan haku ada cerita yang MLM tue membuatkan haku menjadi kaya – raya aidilfitri sehinggakan haku mampu membeli Jet pejuang F16 dan kereta kebal Tiger buatan German yang merupakan kereta kebal klasik.
Hari malang telah terjadi kepada syarikat MLM haku tu kerana diserbu oleh sepasukan polis khas dari Bukit Aman dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) kerana dipercayai telah menipu mangsanya. Hadui! macam mana abang – abang Polis dan KPDN boleh tahu syarikat yang haku join tu duk keletong mangsa dia? Neh mesti ada budak – budak hingusan yang terlampau terhegeh – hegeh nak kaya cepat sampai tak reti nak cover modus operandi syarikat MLM neh sampaikan habis 50 orang rakan – rakan seperjuanganku ditahan dalam lokap.
Popularity: 10% [?]
Ranking Alexa ku jatuh umpama nangka busuk
12
Salam kepada bloggers yang setia mengunjungi blog yang semakin tidak hensem ini. Setelah sepuluh hari tidak menghiraukan blog ini, haku kembali untuk menulis walaupun masa tidak mengizinkan. Sebenarnya haku mencuri sedikit masa tidurku untuk menulis sepatah dua tulisan (yang sebenarnya berpatah – patah) diblog ini kerana rindu untuk menulis.
Agak sedih sebenarnya apabila melihat blog ini semakin uzur dan tidak terjaga lebih – lebih lagi apabila melihat monthly posting haku yang tidak sampai 5 posting. Malu dan rasa seperti mahu menutup terus blog ini kerana tidak mengemaskininya dengan baik. Mesti ramai yang berkata, “Macam neh dimanakan blogger? 5 post sebulan?” hohoo. Nak buat macamana? masa 24 jam ja sehari, kalau sehari manusia mempunyai 48jam, jangan kata satu posting sehari, 5 posting pun haku boleh buat (hehe).
Haku bukan memberi alasan untuk tidak berblog, tapi entry haku sebelum ini menjelaskan ketidakbanyakkan masa untuk menulis blog. Akibat dari tidak menulis blog juga menyebabkan haku blog haku semakin teruk ranking Alexa nya. Jika 2 bulan lepas haku hampir – hampir melepaskan diri dari cengkaman ranking 300k kebawah, sekarang ia jatuh dengan busuknya ke ranking 400k keatas. Shame on me kerana tewas dalam perlumbaan mengejar ranking terbaik dikalangan blogger – blogger Malaysia.
Popularity: 2% [?]
Antara Blogger, Photographer, Worker dan studerr?
19Salam hari sabtu kepada bloggers – bloggers dan orang awam yang tengah bercuti sekarang. Wah! best betul korang mengeliat baru bangun dari tidur ya, jeles haku kerana terpaksa bangun awal pagi untuk ke tempat kerja (huhuu). Tak pe, rezeki, takde kerja takde duit, takde duit tak boleh enjoy, eh!?. (haha). Hari neh haku saja – saja merajinkan kepala dan jari untuk mengeluarkan idea dan menulis blog ini. Rasa macam tak seronok pula bila tengok blog sendiri makin kekurangan cerita dan entry – entry terbaru.
Dulu, semasa mula – mula Murkiester.blogspot.com bertukar menjadi murkiester.com, haku cukup bersemangat untuk berblog sampai kadang kala dalam satu hari haku akan publiskan entry lebih dari dua kali. Rajin dan eager punya pasal. Tapi sejak 2 bulan kebelakangan ini, semangat untuk berblog semakin pudar sehinggakan sekarang, priority untuk berblog haku dah letakkan paling bawah sekali dari kehidupan seharian haku. Tidak seperti awal tahun ini, kemana saja haku pergi, haku akan bawa laptop comel haku kemana – mana semata – mata memudahkan haku untuk berblog dan melawat blog orang lain. Sampaikan ada satu tahap, orang lain berkaraoke, haku berblog (hehe).
Popularity: 2% [?]
Apabila sotong pun pening pilih juara Piala Dunia
11Salam Piala Dunia kepada bloggers yang kaki bola dan kaki – kaki bola di luar sana. Apa khabar korang semua? agak lama haku tidak menulis coretan haku diblog ini. Rasa malas pula hendak berblogging. Semakin hari semakin tiada mood. Baru je nak menulis entry terbaru, tiba – tiba jadi down terus mood sebab mengantuk, takde idea, tak pun entry yang haku nak tulis tu dah berlambak blogger duk tulis, lebih – lebih lagi kalau pasal Piala Dunia, potong betul (haha).
Berbalik kepada tajuk besau (kata orang melaka) diatas. Rasa – rasanya, ramai orang kenal Paul si Sotong. Sotong ne bukan sotong yang terer main trompet macam Squidward dalam cita Spongebob (betul ke tah haku eja nama dia), tapi sotong neh sotong special yang berjaya menyebabkan bookie – bookie diluar sana bunuh diri kerana prediction dia tepat.
Mula – mula si Paul meramalkan yang Jerman akan menang menentang Argentina sekaligus menyebabkan haku terkeluar dari contest Denaihati.com kerana betul tekaan menatang tue dimana Jerman berjaya menewaskan Argentina 4 – 0. Menantang tue sekali lagi buat hal dengan meramalkan Spain menang menentang Jerman yang akhirnya Spain betul – betul menewaskan Jerman. Prediction si Paul tue menyebabkan empat pengawal diletakkan di kandangnya kerana ada ugutan bunuh dari peminat bola sepak yang kecewa dengan kekalahan pasukan yang disokong mereka.
Popularity: 2% [?]





Recent Comments