Murky is On The Way!
Antara Blogger, Photographer, Worker dan studerr?
Salam hari sabtu kepada bloggers – bloggers dan orang awam yang tengah bercuti sekarang. Wah! best betul korang mengeliat baru bangun dari tidur ya, jeles haku kerana terpaksa bangun awal pagi untuk ke tempat kerja (huhuu). Tak pe, rezeki, takde kerja takde duit, takde duit tak boleh enjoy, eh!?. (haha). Hari neh haku saja – saja merajinkan kepala dan jari untuk mengeluarkan idea dan menulis blog ini. Rasa macam tak seronok pula bila tengok blog sendiri makin kekurangan cerita dan entry – entry terbaru.
Dulu, semasa mula – mula Murkiester.blogspot.com bertukar menjadi murkiester.com, haku cukup bersemangat untuk berblog sampai kadang kala dalam satu hari haku akan publiskan entry lebih dari dua kali. Rajin dan eager punya pasal. Tapi sejak 2 bulan kebelakangan ini, semangat untuk berblog semakin pudar sehinggakan sekarang, priority untuk berblog haku dah letakkan paling bawah sekali dari kehidupan seharian haku. Tidak seperti awal tahun ini, kemana saja haku pergi, haku akan bawa laptop comel haku kemana – mana semata – mata memudahkan haku untuk berblog dan melawat blog orang lain. Sampaikan ada satu tahap, orang lain berkaraoke, haku berblog (hehe).

Statistik pengunjung ke blog murkiester.com. April paling peak kerana bulan tersebut ada dua enty yang mendapat hit tertinggi dari pengunjung.
Tapi sejak beban kerja yang semakin meningkat kerana sedang mencari rezeki lebih, haku dah mula kurang sedikit untuk menulis blog. Tapi kadar kekerapan untuk haku sentiasa mengemaskini blog masih ditahap memuaskan. Semasa haku menjadi workaholic, haku still mempunyai masa untuk berblog, atleast haku akan spend kan masa haku dalam 1 ke 2 jam selepas waktu kerja untuk mengadap blog sendiri dan blog – blog lain. Jadi pada masa itu, minat dan mood terhadap blog masih lagi menebal walaupaun kerja yang semakin mengila menyusahkan haku untuk berblog.
Hubungan haku dengan blog mula retak sejak Jun 2010 dimana masa tu hanya 7 entry yang dikemaskinikan ke blog ini. Dem! memang minat haku terhadap blog semakin berkurangan lebih – lebih lagi Bulan Julai ini. Sudah hampir setengah bulan Julai, entry yang dipaparkan hanya 2 (huhuu). Ini semua disebabkan penambahan aktiviti rutin harian haku. Pertama, Photographer dan kedua menjadi seorang pelajar kembali.
Siapa alert dengan entry Blog, Kerja & World cup, pasti korang tahu yang haku sekarang sibuk mengumpul material untuk projek fotografi haku. Boleh dikatakan sekarang agak kerap haku outing mengambil gambar sampaikan ada satu hari suntuk haku menghabiskan masa terluang haku untuk shooting gambar. Haku sekarang dah betul – betul addict dengan photography neh, dulu sekadar suka – suka, but now, haku fikirkan business apabila buat photograhy neh. Tue yang sanggup letakkan priority photographer diatas blogger, contoh kalau haku sedang duduk dihadapan komputer untuk berblog, tiba – tiba dapat call dari member ajak untuk shooting photography, haku sanggup tinggalkan blog tu (hehe).
Begitu juga study, 11 Julai hari tu haku dah mula start kelas pertama haku di Kampus UiTM Puncak Alam. Dan kelas tue juga dah mula menyebabkan haku pening kepala kerana lambakkan assignment yang diberikan oleh para lecture. So, sekarang Priority masa haku untuk berblogging telah ditolak kebawah oleh komitmen haku untuk study, semakin mengecillah masa berblog haku. Dulu lepas habis kerja haku boleh spend 2 jam dihadapan komputer untuk berblog, lepas neh terpaksa tukar blog kepada assignment dan study dihadapan komputer (huhuu). Kalau ada masa pun sekadar buka, tengok dan tutup. Yalah, kalau takda idea macam mana nak menulis bukan?
Jadi, sekarang neh, haku rasa dah tak layak untuk menjadi seorang blogger dah. Tak larat untuk haku membahagikan masa untuk working, studying, photographing dan blogging. Mungkin lepas neh, update dari blog ini tidak sekerap 4 – 5 bulan yang lalu. Haku pun sekarang neh dah tak kisah mengejar SEO, isu – isu panas dan juga ranking Alexa. Sejak makin jarang menumpukan perhatian terhadap blog neh, ranking pun dah jatuh teruk, dari 200k kepada 300k. Memang haku dah tak peduli dah sekarang. Sekarang haku pedulikan pekara yang paling penting yang perlu haku buat dulu, Blogging? Jika ada masa =)
Popularity: 2% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on July 17, 2010 at 1:04 pm, and is filed under Murky lifestyle. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |




about 1 year ago
salam saudara..
sama lah saya pun kadang-kala
hilang mood nak berblog..tapi
bila memikir ada gak pekdahnya
jadi saya teruskan jua..hu hu
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 27th, 2010 at 1:00 am
hampir sepuluh hari saya tidak menulis blog.. still need time too absorb kebizian neh ..huhuu
[Reply]
about 1 year ago
sabar2 ye…sila buat satu2…yang penting diutamakan dahulu
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 27th, 2010 at 1:01 am
yup..mmg tgh menumpukan pekara penting neh..dan paling patut diberi perhatian ialah kesihatan..huhuu
[Reply]
lowongan pekerjaan Reply:
September 17th, 2010 at 10:21 pm
betul tu.. tumpukan kerjaan yang utama dahulu..
lowongan pekerjaan´s last [type] ..Golds Gym Jobs Customer Service CS – Customer Service Leader CSL
[Reply]
about 1 year ago
takpela bro.. mana yang lebih penting.. dan masyuk..
zik´s last [type] ..Imam muda minggu ke 8
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 27th, 2010 at 1:01 am
hahaaa…betul2 …berblog neh rasa mcm dah xmasyuk lar plak..haha
[Reply]
about 1 year ago
Bila banyak benda dalam hidup nak dilakukan kita akan rasa tak sempat buat sesetengah perkara walaupun benda tu pernah menjadi benda yang paling utama dalam hidup kita. Tapi, aku rasa, benda tu tak lama, lama kelamaan bila kita dah bleh sesuaikan diri dengan semua benda baru dalam idup kita. Dengan sendirinya, semua benda akan balance dan kita bleh kembali kepada kehidupan kita yang dlu..InsyaAllah aku rasa hang akan bleh sesuaikan diri dan kembali buat aktiviti yang hang suka
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 27th, 2010 at 1:02 am
harap2 mcm tue lah.. berblog diantara pekara yg paling haku minat ..tetapi dengan adanya pekara baru yg lebih penting dalam hidup haku neh menyebabkan haku terpaksa mengenepikan berblog buat masa neh …
[Reply]
about 1 year ago
moga2 masa sentiasa ada utk update.. rugi la pulak kan lau tak berupdate.. ape pun, buat yg terbaik utk kehidupan…
fiezaradzi´s last [type] ..Rajin Boleh Dipupuk
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 27th, 2010 at 1:03 am
betul tue..sekarang dah jatuh merudum ranking alexa ..sedey betul..
[Reply]
about 1 year ago
jika ada byk komitmen mmg sukar utk kira fokus pada satu2 pkra yang sllu kita buatkan.
btw baik buat mana yng perlu dulu.yang naba kurang pting still boleh ditangguhkan lagi..
masa depan tu penting..pasti dah byk duit diperuntukan utk tujuan tu.harap bro pandai2 uruskan masa dgn sbaik mungkin.
semoga berjaya
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 27th, 2010 at 1:06 am
thanks.. buat masa neh masih tidak dapat momentum untuk membahagikan masa diantara keje, belajar, photog dan blog .. harap2 dapat mengembalikan keseronokan berblog seperti sebelum ini..rasa sayang dan rindu pada blog.. bagi haku blog umpama tempat meluah perasaan dan idea yg terpendam dikepala ini, tapi apakan daya, masa ja tidak mengizinkan.. huhuuu
[Reply]
about 1 year ago
rilex la..
nanti dah free blogging la balik
Luth Textile´s last [type] ..Hidup kena pandai bahagikan masa dengan kawan dan kekasih
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 27th, 2010 at 1:07 am
harap2 mcm tue lah..huhuu
[Reply]
about 1 year ago
aku yg duk menganggur ni pun rasa cam dh bosan asik online je..cam tak ada life..huhu
x-po´s last [type] ..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 27th, 2010 at 1:07 am
tunggu dah keje bro..lagi hebat life yg akan anda rasa…hahaha..
[Reply]
about 1 year ago
teruskan…
[Reply]