Murky is On The Way!
Apabila sotong pun pening pilih juara Piala Dunia
Salam Piala Dunia kepada bloggers yang kaki bola dan kaki – kaki bola di luar sana. Apa khabar korang semua? agak lama haku tidak menulis coretan haku diblog ini. Rasa malas pula hendak berblogging. Semakin hari semakin tiada mood. Baru je nak menulis entry terbaru, tiba – tiba jadi down terus mood sebab mengantuk, takde idea, tak pun entry yang haku nak tulis tu dah berlambak blogger duk tulis, lebih – lebih lagi kalau pasal Piala Dunia, potong betul (haha).
Berbalik kepada tajuk besau (kata orang melaka) diatas. Rasa – rasanya, ramai orang kenal Paul si Sotong. Sotong ne bukan sotong yang terer main trompet macam Squidward dalam cita Spongebob (betul ke tah haku eja nama dia), tapi sotong neh sotong special yang berjaya menyebabkan bookie – bookie diluar sana bunuh diri kerana prediction dia tepat.
Mula – mula si Paul meramalkan yang Jerman akan menang menentang Argentina sekaligus menyebabkan haku terkeluar dari contest Denaihati.com kerana betul tekaan menatang tue dimana Jerman berjaya menewaskan Argentina 4 – 0. Menantang tue sekali lagi buat hal dengan meramalkan Spain menang menentang Jerman yang akhirnya Spain betul – betul menewaskan Jerman. Prediction si Paul tue menyebabkan empat pengawal diletakkan di kandangnya kerana ada ugutan bunuh dari peminat bola sepak yang kecewa dengan kekalahan pasukan yang disokong mereka.
Tapi setelah berakhirnya perlawanan separuh akhir, Si Paul meramalkan yang Jerman akan memenangi tempat ke – 3 dengan bertengek diatas bendera Jerman. Tetapi,Si Paul mengalami masalah untuk memilih pasukan yang bakal juara Piala Dunia tahun ini. Semalam sotong tue bertengek diatas bendera Belanda sekaligus memberi berita gembira kepada penyokong Belanda. Tetapi apabila dia menerima ugutan yang dia bakal digoreng menjadi Sotong Goreng Tepung oleh penyokong Spain, dia tiba – tiba berubah angin memilih Spain bakal juara Piala Dunia tadi. Tak caya? tengok gambar dibawah:
Takut juga si Paul neh. Jadi kepada penyokong kedua – dua pasukan, jangan berharap yang pasukan akan menang sebelum bertanding. Game belum pun bermula, kita tak tahu apa akan jadi dimasa hadapan. Lagipun, percaya dengan prediction si Paul tue khurafat, berdosa percaya tilik – tilik neh. Tuhan marah.
Popularity: 3% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on July 10, 2010 at 1:14 am, and is filed under Sukan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |






about 1 year ago
harap2 spain menang huhu
huda´s last [type] ..Yes- I dapat tengok Inception before the release date -
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 13th, 2010 at 1:20 am
tahniah spain menang..huhu
[Reply]
about 1 year ago
sotong superimpose! kitorang sefamily sokong Oranje walau apa pun terjadi.. hehe…
[Reply]
about 1 year ago
ni bukan sotong kurita tapi sotong kurafat
gila tak lalu nak makan sotong tu
[Reply]
about 1 year ago
tak sangka spain menang ya..huhu
zik´s last [type] ..Spain Menjulang piala Dunia 2010
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 13th, 2010 at 1:20 am
nampaknya sotong tue bakal di culik oleh penyokong oranje plak..hehhee
[Reply]
about 1 year ago
tahniah buat spain.. sotong ni tak tetap pendirian nih.. pe la.. hehe.. jadi tak yah le caye, betul tu kira kebetulan jer..
fiezaradzi´s last [type] ..Belanda Rebah dan Akur
[Reply]
about 1 year ago
tekaan si paul tu betul mungkin kebetulan je kan… aku pun frust sbb aku join gak contect denaihati. aku teka germany.
Amir´s last [type] ..Penjenamaan Semula Oh Malaysia
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 15th, 2010 at 10:45 pm
tue arr..mmg nak kena culik dan goreng dia jadi sotong goreng tepung..huhuu
[Reply]
about 1 year ago
alahi si sotong maoh sini den buek ko sambal sotong hehehe..org putih mmg suka akan kepercayaan karut ni sb khdupan mrka tiada pegangan agma.huhu..
[Reply]
about 1 year ago
si paul tuh dah pening sngat…. keliru jer… yela, pilihan antara idop & mati…. kalau salah ramal, x psal2 kne goreng… hik3….
myFirdaus´s last [type] ..5 in 1 package – Jarang kita jumpe…
[Reply]