Salam kepada bloggers yang setia mengunjungi blog yang semakin tidak hensem ini. Setelah sepuluh hari tidak menghiraukan blog ini, haku kembali untuk menulis walaupun masa tidak mengizinkan. Sebenarnya haku mencuri sedikit masa tidurku untuk menulis sepatah dua tulisan (yang sebenarnya berpatah – patah) diblog ini kerana rindu untuk menulis.

Agak sedih sebenarnya apabila melihat blog ini semakin uzur dan tidak terjaga lebih – lebih lagi apabila melihat monthly posting haku yang tidak sampai 5 posting. Malu dan rasa seperti mahu menutup terus blog ini kerana tidak mengemaskininya dengan baik. Mesti ramai yang berkata, “Macam neh dimanakan blogger? 5 post sebulan?” hohoo. Nak buat macamana? masa 24 jam ja sehari, kalau sehari manusia mempunyai 48jam, jangan kata satu posting sehari, 5 posting pun haku boleh buat (hehe).

Haku bukan memberi alasan untuk tidak berblog, tapi entry haku sebelum ini menjelaskan ketidakbanyakkan masa untuk menulis blog. Akibat dari tidak menulis blog juga menyebabkan haku blog haku semakin teruk ranking Alexa nya. Jika 2 bulan lepas haku hampir – hampir melepaskan diri dari cengkaman ranking 300k kebawah, sekarang ia jatuh dengan busuknya ke ranking 400k keatas. Shame on me kerana tewas dalam perlumbaan mengejar ranking terbaik dikalangan blogger – blogger Malaysia.

Lihat statistik Alexa haku di paling atas sekali, agak teruk juga ranking blog haku menjunam sejak dua bulan lepas. Walaupun traffik yang masuk ke blog ini maintain 200 keatas sehari, haku agak hairan kenapa ranking Alexa haku menjunam dengan agak teruk. Mungkin kerana blog ini tidak di update secara kerap ataupun traffiknya berkurangan sejak haku kurang berblogging. Tak tahulah, tapi haku benar – benar kecewa kerana gagal mengekalkan ranking blog ini dengan baik.

Haku harap, dengan kejatuhan mendadak ini menjadi satu cabaran untuk haku kembali berblogging secara tegar supaya dapat mengembalikan blog ini ke kedudukan yang lebih baik supaya dapat mengalahkan ranking – ranking blogger lain di Malaysia ini (cewah!). Lagipun, haku pernah berangan diawal penjenamaan blog murkiester.com ini bahawa haku hendak menjadi 100 top blogger walaupun angan haku itu lebih kepada angan – angan pak pandir kerana dengan angan – angan itulah haku berjaya membawa blog ini dari ranking berjuta ke ranking 300k dalam masa beberapa bulan sebelum ia jatuh dengan teruknya (huhuu).

Malaysia Web Hosting
Malaysia Web Hosting
Denaihati.com
Dapatwang.com




Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]

  • Share/Bookmark