Syarikat MLM (Miskin Lagi Miskin) ku diserbu polis.
Malang! Malang! Malang!. Rakan – rakan ingat tak syarikat MLM yang haku join? Ala, syarikat MLM yang haku canang – canangkan kat entry ini dulu. Kan haku ada cerita yang MLM tue membuatkan haku menjadi kaya – raya aidilfitri sehinggakan haku mampu membeli Jet pejuang F16 dan kereta kebal Tiger buatan German yang merupakan kereta kebal klasik.
Hari malang telah terjadi kepada syarikat MLM haku tu kerana diserbu oleh sepasukan polis khas dari Bukit Aman dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) kerana dipercayai telah menipu mangsanya. Hadui! macam mana abang – abang Polis dan KPDN boleh tahu syarikat yang haku join tu duk keletong mangsa dia? Neh mesti ada budak – budak hingusan yang terlampau terhegeh – hegeh nak kaya cepat sampai tak reti nak cover modus operandi syarikat MLM neh sampaikan habis 50 orang rakan – rakan seperjuanganku ditahan dalam lokap.
Tapi, haku cukup bernasib baik tak pergi ke pusat meeting diorang malam tue dekat Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway. Kalau haku pergi, confirm haku pun tidur dalam lokap juga. Nasib baik, nasib baik!. Group – group dalam syarikat MLM yang haku join seperti Friends club, Family club, 8282 club dan Star Club habis bungkus kerana semua geng – geng diorang kena tahan dengan polis semalam. Nampaknya, haku kena merahsiakan nama club haku supaya tak kantoi dengan polis.
Nampaknya terpaksalah haku menasihatkan ahli – ahli dalam kelab MLM haku berhati – hati dalam menjalankan perniagaan supaya tidak kantoi dengan polis. Haku juga dah bagitau kat diorang jangan collect RM41k kalau nak paksa orang masuk. Haku minta diorang kurangkan jumlah modal kepada RM4K bagi mengelakkan kelab MLM haku neh kantoi ngan pihak berkuasa. Takpe biar lambat kaya, asal selamat (hehe).
Jadi kepada yang masih mahu merasai memiliki jet pejuang, melancong ke Bahrain dengan percuma atau memiliki Kondominium 50 tingkat, inilah peluang untuk korang join kerana modal untuk masuk telah dikurangkan dengan mendadak dan korang mampu untuk menyertainya. Tapi dengan syarat, modus operandi kita akan dijalankan secara underground kerana mahu mengelakkan dari diketahui oleh pihak berkuasa. Dan satu lagi, jangan percaya dengan dakyah berita yang disebarkan. kerana semuanya tipu je tue kerana kelab kami neh tak pancing dengan kereta mewah!, kelab kami pancing mangsa seperti korang dengan jet pejuang dan juga kereta kebal! apa barang kereta mewah.. haha
p/s: Mesti ramai geng – geng “clubbing” yang banyak kali paksa haku masuk tengah serabut kepalahotak diorang..ahaha
Popularity: 10% [?]








about 1 month ago
laaa..biz MLM apa nie? kereta semua gempaq2 xkan kantoi gak…
razis´s last blog ..Social Network Terbaru- Madinacom
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 30th, 2010 at 11:43 am
neh lamberger xsalah haku..diorang suka menipu mangsa ..
[Reply]
about 1 month ago
lorh..kan dah ade kuar tv n surat khabar dulu..yang menyatakan MLM ni tak sah dan telah diharamkan..emrmm
cik aidacomei´s last blog .. seorang pakcik tuapemuda dan sungai- kemudian mereka tetttttttt!
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 30th, 2010 at 11:43 am
mereka terlampau taksub nk kaya cepat…hmmm
[Reply]
about 1 month ago
wau, habis2an memerli secara unik.. hihi
Lia3003´s last blog ..Ini diari saya -
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 30th, 2010 at 11:43 am
haha..cik lia berjaya memahami maksud tersirat
[Reply]
about 1 month ago
wah, bahaya ni. ko join apa ni?
mohdisa´s last blog ..Sindrom Malas Sudah Kembali
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 30th, 2010 at 11:42 am
haha..mana ada haku join…haku saja buat cerita perli memerli
[Reply]
about 1 month ago
Hari malang telah terjadi kepada syarikat MLM haku tu kerana diserbu oleh sepasukan polis khas dari Bukit Aman dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) kerana dipercayai telah menipu mangsanya. Hadui! macam mana abang – abang Polis dan KPDN boleh tahu syarikat yang haku join tu duk keletong mangsa dia?
nah!… terang-terangan dah TT tulis entry nih pun kantoi heheh.. TT tulis tu pun bagitau kat kami yang syarikat tu dok kelentong.. hehehe
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 30th, 2010 at 11:42 am
ler…neh cerita perli der…huhuu
[Reply]
May Reply:
July 31st, 2010 at 11:24 pm
hehehe… saja ja tuan tanah, nak bergurau sikit pun tekleh.. ehehe.. artikel lepas kan dah tulis yang encik nih perli diorang.. miskin lagi miskin
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 5th, 2010 at 4:42 pm
hehe..xpe2 =)
about 1 month ago
haha, baik punya perli ni bro..
kulanz´s last blog ..Statistik Blog Bagi Bulan Julai 2010
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 5th, 2010 at 4:48 pm
geram bro sbb diorang neh jenis melayu makan melayu..
[Reply]
about 1 month ago
mlm tak pernah joint tpi dulu jer pernah aktif avon huhu..lain tak der huhuhu..
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 5th, 2010 at 4:51 pm
AVon bukan MLM, tp direct selling..MLM banyak menipu .. paling jelas sekali yg tersiar di akhbar baru2 neh =)
[Reply]