Murky is On The Way!
Pelajar semakin kurang ajar dengan guru
Setelah lama tudak berjalan – jalan ke blog rakan – rakan blogger, haku pun meluangkan sedikit masa untuk menjenguk update – update dari blog blogger – blogger lain. Agak kecilnya diriku sebagai seorang blogger apabila mendapat banyak update – update yang dikeluarkan oleh mereka. Memang haku dah ketinggalan jauh dari mereka dari segi mengemaskini post.
Tapi dalam banyak – banyak entry yang dibaca, ada satu entry yang menarik minat haku untuk dikongsikan disini sebagai pendapat peribadi haku. Blog Ohmalaysia.com milik bro Amir Said mengupas satu isu yang pada haku sudah lama terjadi selepas haku meninggalkan zaman persekolahan haku. Pelajar menumbuk guru di Sarawak, wow! pelajar sekarang semakin jahat dengan pembimbing mereka selain ibubapa.
Jika dulu sejahat – jahat pelajar, gerun juga diorang apabila guru memegang rotannya yang panjang. Tapi pelajar zaman sekarang begitu berani dan kurang ajar dengan guru mereka. Teringat zaman persekolahan haku dulu, rakan – rakan haku disekolah ada yang nakal – nakal belaka. Ada yang kaki ponteng, panjat pagar sekolah, bergaduh dan macam – macam lagi masalah yang diorang buat di sekolah. Tetapi apabila kantoi dengan cikgu, sepatah kata pun tidak berani dikeluarkan oleh mereka sehinggakan sanggup merelakan punggung mereka disebat dengan rotan panjang. Tapi sekarang, ketuk ketampi 100 kali pun direpotnya didalam surat khabar kononnya anak – anak mereka dianiaya oleh cikgu.
Kesian haku tengok cikgu – cikgu zaman sekarang, hendak didenda pelajar yang melakukan kesalahan pun serba salah kerana khuatir tindakan mereka dianggap melampau walaupun sebenarnya denda yang diberikan sangatlah ringan. Kalau tidak didenda, pelajarnya pula nanti akan naik kepala. Itulah dilema para guru sekarang.
Bukan hendak menyebelahi 100% kearah guru. Ada juga cikgu yang mengalami masalah mental yang suka mencabul pelajarnya dan memukul pelajarnya dengan sewenang – wenangnya, itu memang patut dihukum, tapi haku kesian dengan cikgu – cikgu yang mencurahkan ilmu kepada pelajarnya tapi apa yang dia dapat adalah tuba.
Ibubapa juga memainkan peranan penting dalam memastikan anak – anak mereka tidak kurang ajar disekolah. Jika anak mereka dihukum kerana melakukan kesalahan, mereka sepatutnya menasihati atau mengajar anaknya untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama, bukannya back – up anaknya dan kemudian menyerang cikgu terbabit. Contoh cerita benar yang pernah haku baca dimana Bapa seorang pelajar disebuah sekolah menyerang guru yang bertindak menyoal anaknya kerana salah laku disiplin. Itu salah satu kes dimana ibubapa terlampau memanjakan anaknya sehingga guru sukar untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
Tanyalah ibubapa kita bagaimana keadaan mereka semasa disekolah dahulu. Ibubapa mereka siap beri kebenaran kepada cikgu – cikgu untuk merotan mereka sabagai salah satu bentuk pembelajaran dan pengajaran. Ini dilakukan semata – mata mahu memastikan anak mereka berjaya disekolah. Even semasa haku bersekolah pun, bapa haku pernah berpesan kepada guru semasa perjumpaan PIBG agar mendenda haku sekeras – kerasnya jika haku melakukan kesalahan disekolah.
Jadi kepada para pelajar diluar sana, hormatilah cikgu anda sebagai pendidik. Haku dulu pun jahat disekolah, suka ponteng, suka panjat pagar sekolah, suka buat bising, meniru, tak buat kerja sekolah. Tapi disebabkan rotan cikgulah haku menjadi manusia dan haku TIDAK berani langung untuk melawan cikgu. Ingat, selain ibu dan bapa, cikgu juga merupakan pembentuk masa depan kita.
p/s: Budak – budak zaman sekarang banyak yang kurang ajar gila, geram haku!
Popularity: 9% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on August 5, 2010 at 5:57 pm, and is filed under isu semasa. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 1 year ago
lama x update blog ni kan? busy ke bro?
kerana nila setitik, habis susu sebelanga. mana tak nya, cikgu yang bagi tahi sorang je, tapi semua cikgu2 terasa busuknya (peribahasa reka sendiri). haha. jadi masyarakat pun pandang serong kat cikgu2… nak salahkan cikgu 100% pun x boleh kan. mmg tugas mereka utk mendidik. denda tu pun salah satu cara mendidik. xpayah la nak report kt polis kalo kena ketuk ketampi 100 kali. aku pernah kena 500 pun x bising. pelajar2 zaman skg dimanjakan sangat.
Amir´s last [type] ..Video Pelajar Tumbuk Guru di Sarawak
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 5th, 2010 at 10:17 pm
sbb tue ramai remaja yg rosak dan tak berilmu terutamnya melayu.. nk tunjuk gangster kat sekolah dengan melawan cikgu..last2 bila hidup susah baru terpikir menyesal xblajar rajin2 …huh
p/s: aah bro..bizi gile ngan keje..lagipun haku dah start sambung belajar..xsempat nk spend masa kat blog =(
[Reply]
about 1 year ago
pada pendapat sy..cikgu pon ada salah sebenarnya..sy tgk pelajar lelaki tersebut da x dpt tahan kemarahan dia..dari gerak geri dia pon kita d tauk..sepatutnya sebagai seorg cikgu,dia patut mengalah n bertolak ansur dgn pelajar tersebut..dia sepatutnya tanya apa masalah pelajar tersebut bukan terus menerus memarahi pelajar..tgk cikgu perempuan tu..buat endah x endah je..klu perkara ni berlaku pada anak dia??dia nak ke??sepatutnya dia menjadi org tgh bagi menyenangkan hati meka berdua supaya berhenti bergado..but thumb up kepada cikgu yg bertali leher tersebut.. =)
monica´s last [type] ..saya nak join anda untuk berpuasa sempena bulan puasa nantiany tips untuk menahan diri dari godaan ><
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 11th, 2010 at 12:34 am
entahlah, zaman sekarang dah lain ragamnya, guru terlampau baran dan tak ikhlas mengajar manakala pelajar semakin tidak menghormati guru mereka.
[Reply]
about 1 year ago
lari topik.. wah student tuh bagi tongkat ali tuh… kasik samak cikguk..akar ini bagus!
zik´s last [type] ..Siapa ahli zikir
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 11th, 2010 at 12:34 am
Itu tandanya murid patut menghormati orang yang menaburkan ilmu kepadanya =)
[Reply]
about 1 year ago
inilah akibat kurang didikan agama dan perhatian ibubapa
Wan Perlis´s last [type] ..Through My Window
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 11th, 2010 at 12:35 am
Setuju, didikan agama, dan ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak para remaja
[Reply]
about 1 year ago
Aku rasa banyak pihak perlu ambil serius pasal pelajar berlaku biadap terhadap guru ni,kenakan tindakan yang sewajarnya
wazy´s last [type] ..OST Epilog Syurga Cinta Fida-Ku Memohon Padamu
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 24th, 2010 at 4:57 pm
masalahnya bro..ibu bapa pun duk back up anak diorang walaupun diorang tahu anak diorang kurang ajar ngan cikgu…hmm
[Reply]
about 1 year ago
kalau lwe semua murid dan mak bapak murid skrng berfikiran begini, aman dunia pddkn.
[Reply]
about 1 year ago
waduh.. apa jadi dengan pelajar di Malaysia ya.. cbegitu kurang ajar dengan cikgu…
jawatan kosong´s last [type] ..Tradewinds Plantation Jobs HR- Estate Manager- Mill Manager
[Reply]