Murky is On The Way!
hari ke-12 Puasa dan kali ke-3 seminar
Salam ramadan haku ucapkan kepada korang semua buat kali kedua. Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Suasana raya semakin lama semakin dirasai, lagu – lagu raya mula bergema diradio – radio dan mulut – mulut orang, dan kuih raya dan mercun – mercun yang ditempah sebelum puasa mulai dapat.
Genap hari ke – 12 berpuasa juga bermakna haku sudah menghadiri 3 kali kelas e -PJJ ku. Semakin haku menghadiri kelas PJJ ini semakin mencabar tugas – tugasan yang diterima. Betul kata orang, belajar jarak jauh tersangatlah mencabar kerana hanya 10% pembelajaran adalah diantara pelajar dan lecture, selebihnya, pelajar itu terpaksa berusaha sendiri.
Hari ke-12 berpuasa dan kali ke-3 seminar e-PJJ ku juga sangat – sangat mencabar!. Belajar dalam keadaan super mengantuk dan lapar tersangatlah besar dugaannya. Haku berapa kali terlelap dalam tempoh masa yang cukup lama sampaikah banyak kali haku dikuis oleh rakanku. Kebiasaannya, kalau haku mengantuk didalam kelas, haku akan mengunyah sesuatu untuk mengelakkan mengantuk, tetapi tidak kali ini. Takkan haku hendak mengunyah makanan dalam waktu ini? tak pasal – pasal haku dicop tidak berpuasa (haha).
Tapi semalam, haku cukup bengkek kerana tidak dapat turut serta aktiviti photography yang dijalankan oleh rakan – rakan photography haku yang lain. Stress call yang haku terima pada hari Jumaat yang mengatakan ada kelas ganti pada hari Sabtu telah membantutkan rancangan haku untuk mengambil gambar. Sangap lagi haku untuk mengambil gambar beramai – ramai. Terpaksa tunggu bila lagi diorang hendak buat aktiviti photography secara beramai – ramai. Dan harap – harap takde kelas mengejut yang cuba dibuat oleh lecturer haku. Nasib baik ada member yang inform, kalu tidak terlepas kelas penting tu.
Sekarang haku ada dua lagi seminar yang perlu haku lalu sebelum bermula final exam dalam bulan 10 nanti. Walaupun kelas hanya 1 hari selama satu bulan, haku harap haku dapat membuat exam – exam yang bakal haku jawab nanti. Cuma masalah sekarang neh, haku kena mengatasai buat last minute assignment. Tabiat lama semasa haku belajar Diploma memang sukar untuk dibendung, nampaknya haku kena rotan diri haku sendiri untuk memastikan haku tidak membuat assignment pada last – last minit (huhu). Markah penting tuue..
So, memandangkan ada lagi 18 hari untuk kita beraya, haku ucapkan selamat berpuasa lagi sekali kepada korang semua. Dan kepada full time student yang hari – hari menghadiri kelas, jangan bermain “pancing ikan” didalam kelas. Tidurlah awal untuk mengelakkan korang “memancing ikan”
pacing ikan = mengantuk didalam kelas dengan kepala terhuyung kedepan dan belakang (hehe)
Popularity: 4% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on August 22, 2010 at 8:44 pm, and is filed under Murky lifestyle. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 1 year ago
Salam bertandang di awal pagi..moga ceria dan sihat selalu…mak aihh..sibuknya?Bersabo la yek..ada rahmatnya tu..mungkin naik pangkat nanti..he he
zulkbo´s last [type] ..Virus Komputer Terbaru Di Alam Maya
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 24th, 2010 at 5:06 pm
salam bro ..
hehe..thanks…nk buat camne bro..skarang masih dalam proses nak adapt pressure disebabkan kesibukan belajar dan kerja.. hehe
[Reply]
about 1 year ago
selamat berpuasa dan selamat juga jalani kursus pJJ. ceria sokmo!
DonHa´s last [type] ..Untuk menjadi terkenal
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 24th, 2010 at 5:06 pm
tq bro… selamat berpuasa juga
[Reply]
about 1 year ago
memang banyak dugaan time puasa ni.. dugaan yang selalu tak dapat lawan, mengantuk tu
kulanz´s last [type] ..TMJ Palsu Dalam Facebook
[Reply]
about 1 year ago
fuh dugaan …. cepat jer masa berlalu dah berbelasa hari kita berpuasa..
zik´s last [type] ..Menangi Duit Raya Sehingga RM200!
[Reply]