Alhamdullilah! apa yang ditunggu – tunggu oleh penjawat awam akhirnya tercapai juga. Baru sebentar tadi, Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan memberi duit raya kepada penjawat awam dan juga kepada pesara kerajaan. Walaupun RM500, kira cukuplah untuk berbelanja di Hari Raya nanti. Cuma tidak dipastikan samada duit raya ini akan dibayar penuh atau dibayar “full”

Jadi sebagai salah seorang penjawat awam, haku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana memberi duit raya kepada semua penjawat awam. Sekurang – kurangnya kurang sedikit beban untuk beraya di dalam ekonomi yang tidak menentu ini.

Selamat Hari Raya kepada semua Penjawat Awam dan pesara kerajaan =)

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]