Murky is On The Way!
Selamat Hari Kemerdekaan ke – 53
Hari ini, 31 Ogos 2010, genap 53 tahun Tanah Melayu bebas dari cengkamam penjajah dan ada lagi 16 hari untuk meraikan hari Penubuhan Malaysia. Selama 53 tahun Malaysia merdeka, banyak pembangunan yang telah dikecapi oleh rakyat negara ini. Bagi orang – orang lama atau warga emas, sudah pastinya mereka melihat transformasi negara dari zaman Penjajah sehinggalah zaman sekarang. Dan mereka jugalah satu – satunya rakyat negara ini yang betul – betul faham makna merdeka.
Merdeka kalau dirujuk dalam Kamus Dewan bermaksud “bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri:”. Ya, Malaysia sememangnya sudah bebas dari cengkaman penjajahan, Malaysia juga sudah bebas dari duduk dibawah naungan orang tetapi adakah Malaysia merdeka sepenuhnya? Tidak, jika diberi percentage kemerdekaan Malaysia cuma 70% sahaja, selebihnya masih dicengkam penjajahan. Penjajahan Minda, baik dari dalam ataupun luar.
Rempit, rasis, keruntuhan moral dan macam – macam lagi pekara negatif masih berada diminda rakyat Malaysia terutamanya rakyat pasca-merdeka. Mereka dijajah dengan hiburan, budaya – budaya barat dan paling teruk sekali situasi politik Malaysia. Benda ini bukan saja merujuk kepada Melayu saja, baik Cina, India dan lain – lain semuanya juga begitu.
Kalau betulah kita Merdeka, kenapa masih ada sifat perkauman? sehinggakan keadaan semakin teruk. Kalau betullah kita Merdeka, kenapa jurang Miskin dan Kaya sangat besar? miskin semakin miskin, kaya semakin kaya. Kalau betulah kita Merdeka, kenapa anak – anak muda banyak yang rosak?
Sempena hari kemerdekaan ke – 53 ini, Segala penjajahan minda dan moral dapatlah dihindarkan supaya rakyat Malaysia mendapat kemerdekaan secara total. Slogan “1Malaysia Menjana Transformasi” bagi saya perubahan minda dan moral kepada yang lebih baik. Diharap rakyat Malaysia dapat mengekalkan keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada. Jangan jadikan keruntuhan moral, perkauman dan pekara – pekara negatif yang lain menghancurkan kemerdekaan yang dibina sejak 50 tahun yang lalu.
Sebelum saya akhirnya penulisan entry ini, saya nak sajikan video klip kontroversi terbaru Namawee. Buka minda anda seluas – luasnya sebelum tengok dan fikir – fikirkan, jika ini terjadi dengan lebih teruk apa akan terjadi dengan Malaysia dimasa hadapan?
Salam kemerdekaan!
Popularity: 2% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on August 31, 2010 at 10:00 am, and is filed under blog. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |




about 1 year ago
isu racist antara yg ketara kt malaysian kan? aku pun x faham kenapa. apa salahnya kalau kita bertolak ansur sikit dgn org lain. org lain pun kena la btolak ansur jgk dengan kita. br negara kita aman dan tenteram.
Amir´s last [type] ..Salam Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53
[Reply]
about 1 year ago
sebenarnya racist tu mana2 negara pun wujud…contoh negara paling maju dan berjaya amerika…orang kulit hitam dengan kulit putih ttp x mampu nak bersatu walaupun president diorang tu skrng orang kulit itam…ttg pengetua tu..mmg betul pengetua tu salah..tp perlu ker sampai namawee tu buat video memburuk2kan cikgu tu dengan simbol tangan yang tak sesuai digunakan tu?tp mcm kita tau..namawee tu dah mmg macam tu..xguna nak ditegur..
black_mel´s last [type] ..Drama Syurgamu Ramadhan
[Reply]
about 1 year ago
betul kita merdeka tapi dari tangan penjajah jer, masalahnya minda kita sampai sekarang masih tak merdeka.. kita dijajah dari segi psikologi pulak.. selamat hari kemerdekaan
Mama Murai´s last [type] ..Lucutkan kerakyatan Namewee! hadiah kemerdekaan paling bermakna untuk negara
[Reply]