Archive for September, 2010
Menjadi Bos yang baik
14
Hidup dalam satu organisasi yang besar memerlukan seorang leader untuk memimpin organisasi itu. Sama ada ia di pejabat, pertubuhan, unit, persatuan atau lain – lain lagi. Ini kerana seorang leader bertanggungjawab dala mengurus pergerakan organisasi tersebut dari pengurusan kakitangan sehinggalah perjalanan organisasi tersebut. Tanpa seorang leader dalam organisasi tersebut, pecayalah, segala pengurusan dan perjalanan organisasi tersebut tidak akan berjaya. Tetapi, leader yang kurang cekap dan tidak baik juga kadang – kala menjadi punca kegagalan sesebuah organisasi tersebut. Kegagalan mengurus, mengawal staf dan enggan menerima pendapat orang lain atau dalam arti kata lain berpimpinan diktatorship boleh menjadi punca sesebuah organisasi tersebut gagal dalam misi dan visinya. Ini kerana, kejayaan sesebuah organisasi tersebut merupakan hasil kerjasama yang baik diantara leader itu dengan orang bawahannya disamping pengurusan yang cekap.
Tugas seorang leader dalam menguruskan sesuatu organisasi bukan tugas yang mudah. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang leader itu dalam memastikan perjalanan sesebuah organisasi itu berjalan lancar. Unutk memastikan kelancaran sesebuah organisasi itu, kerjasama diantara orang bawahan dan leader sangat – sangat diperlukan. Ingin ditegaskan disini, untuk mendapatkan kerjasama diantara leader dan orang bawahan bukanlah sesenang membuat cucur pisang atau memasak maggi. Kalau Leader terlampau tegas sehingga enggan menerima pendapat orang lain, kerjasama sukar dilakukan, begitu juga dengan orang bawahan. Jika orang bawahan enggan menerima arahan seseorang leader, kerjasama tidak dapat dilakukan.
Berbalik kepada tajuk entry diatas. Apa yang dikatakan leader yang baik? adakah beliau seorang yang baik? atau beliau seorang sangat cekap dalam mengurus sesebuah organisasi. Seorang leader yang baik tidak semestinya cekap dalam menguruskan sesebuah organisasi, malah hubungan diantara leader dan orang bawahan juga boleh menunjukkan ciri – ciri yang menunjukan beliau leader yang baik dan disenangi ramai.
Bagaimana mehu menjadi leader yang baik?. Kaedah perhubungan, tolak ansur dan bersifat terbuka sangat penting dalam menjadi seorang leader yang baik. Orang – orang bawahan ini kebiasaannya melihat leader mereka dari perspektif diatas kerana dari situ kita boleh lihat tahap emosi dan mental orang – orang bawahan semasa didalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh, PR (public relation) diantara leader dan orang bawahan. Kalau seseorang leader itu suka meninggi suara dalam memberi arahan dan suka menengking orang bawahannya, leader tersebut tidak akan disenangi oleh orang bawahannya, dan hasilnya orang – orang bawahan akan berkerja dalam keadaan strees dan tidak harmoni. Begitu juga dengan sikap mengarah dari satu tempat saja (hanya duduk diatas kerusi) dan gemar membuat orang bawahannya sebagai kuli, ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan orang bawahan.
Popularity: 8% [?]
Belacan & Paku
7Apa itu Belacan? dan apa itu Paku? Haa, belacan adalah salah satu makanan tradisi orang Melayu zaman berzaman manakala, Paku adalah salah satu alat yang digunakan untuk mencantumkan dua kayu dan juga bahaya kepada kaki – kaki apabila terkena(haha). Tapi dalam entry ini, Belacan dan Paku yang haku maksudkan ialah dua Mat Salleh yang cukup cool dan kelakar bagi aku. Mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai Belacan dan Paku ini.
Belacan dan Paku merupakan rakyat Amerika yang boleh dikatakan fasih berbahasa Melayu dan merupakan comedian di Laman Youtube yang gemar membuat lawak – lawak dalam berbahasa Melayu. Mereka sangat – sangat cintakan Malaysia dan pernah menetap di Sarawak dan Sabah selama lebih setahun (menurut apa yang ditulis oleh mereka didalam Facebook).
Walaupun bahasa Melayu mereka tunggang langgang, tapi cara penyampaiannya yang menjadikan ia lawak dan mereka berdua? very – very cool man!. Diorang berdua pun sekarang sudah mempunyai 10 ribu fan di Facebook! video lawak diorang pun mempunyai view yang tinggi di Youtube. Nak lihat video diorang? boleh klik sini untuk melihatnya.
Sini haku sharing dengan korang semua video terbaru Belacan dan Paku yang dibuat sempena hari raya. Kelakar gila bila tengok kawan – kawan diorang makan durian (haha).
Oh! ya. Sebelum terlupa, jangan lupa support diorang. Add twitter dan Facebook diorang dalam friendlist korang yer.
Popularity: 3% [?]
flickr vs Picasa – Mana lagi baik?
14Agak kecewa aku terpaksa melupakan Flickr dan berhijrah kepada Picasa sebagai platform aku meletakan gambar – gambar. Ini semua gara – gara haku gagal membeli akaun Flickr Pro. akibat beberapa masalah teknikal. Setelah gagal dalam usaha menggunakan Kredit Kad, haku cuba cara kedua iaitu menggunakan Paypal, error yang sama juga keluar iaitu information kad kredit aku tidak sama dengan information di Bank sedangkan aku tidak menghadapi masalah kalau membeli belah dilaman Google walaupun memberi maklumat yang berbeza dengan Bank. Tambah pula, kalau aku beri information yang sama dengan bank pun masih keluar error yang sama. Cerewet juga Yahoo! ini.
Pernah juga haku terfikir untuk membuka akaun Flickr yang baru, tetapi bila dibayangkan berpuluh – puluh akaun Flickr yang bakal dibuka, aku decide untuk bertukar saja ke Picasa, lagipun storage dia yang besar dekat iaitu 1 gig berbanding Flickr yang cuma boleh masuk 200 keping sahaja. So, kalau dah sehari minimum 3 keping gambar aku Upload baik aku tukar ke Picasa dari asyik buka akaun baru Flickr lainlah kalau akaun flickr haku tu akaun Pro.
Kenapa haku tergila – gila sangat nak menggunakan Flickr? sudah tentu feature dan kualitinya. Picasa pun not bad juga, cuma feature dia agak membosankan tambah pula komunitinya yang tidak sehebat Flickr. Kualiti gambar selepas di “upload” pun tidak banyak beza sangat cuma pilihan saiz yang agak terhad jika hendak dibandingkan dengan Flickr. Cuma haku perasan sedikit, gambar yang di”upload” ke Picasa akan kelihatan gelap sedikit, cuma tak banyak, dalam 1 – 5% sahaja.
Popularity: 3% [?]
Misteri kehilangan Sosilawati hampir terjawab
3Misteri kehilangan jutawan komestik, Sosilawati Lawiya hampir terjawab apabila berita mengenai pembunuhannya mula tersebar didada akhbar. Walaupun beberapa surat khabar mengatakan ianya masih spekulasi, tapi surat khabar Utusan sudah mengesahkan mangsa dan 3 lagi mangsa yang turut bersama Sosilawati itu telah dibunuh sebuah ladang pertanian bersepadu di Banting.
Spekulasi telah tersebar mengatakan jutawan tersebut telah dibunuh dan dibakar dan abu mayatnya di buang di Pantai Morib, Selangor.
Apa – apa pun kita tunggu laporan rasmi dari pihak polis mengenai pembunuhan jutawan kosmetik ini.
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
- Utusan –
Popularity: 2% [?]
Katy Lim Li Lian menghina Allah dan Islam di Facebook.
6Declaimer: entry bukan berusur perkauman, tetapi sebagai tindakan terhadap individu yang menghina agama lain secara terang – terangan tidak kira bangsa ataupun agama. Reminder! only 0.001% Malaysian Racist. The true racist is people who like to insult other races, never speak with other races and always see other races SCUMBAG! e.g. Jewish
Malaysia sudah 53 tahun merdeka. Tetapi api perkauman masih lagi menjadi duri dalam daging masyarakt Malaysia. Tetapi sekarang, keadaan semakin menjadi lebih teruk. Bukannya kaum dan bangsa dipermainkan, tetapi Agama!. Terbaru, budak hingusan yang terlampau taksub dengan Namewee telah menghina agama Islam dan Allah dilaman Facebook dengan makian – makian yang cukup kurang ajar.
Budak yang haku maksudkan ialah Katy Lim Li Lian. Budak ini secara terang – terangan menghina agama Islam dan nama Allah dengan tulisan – tulisan yang cuku mengejikan. Kali ini, diharap mereka yang sengaja menyemarakkan api perkauman dikenakan tindakan sekeras – kerasnya tak kiralah dia itu budak hingusan atau tidak. Kalau budak Melayu (ASWARA) yang just mengacah mahu membakar gereja dihukum oleh Mahkamah, inikan pula budak yang secara terang – terangan melakukan kesalahan berat. Diharap, pihak berkuasa tidak memberi muka terhadap golongan seperti ini. Berikan mereka hukuman yang setimpal supaya memberi pengajaran kepada yang lain agar tidak cuba mencurahkan minyak keatas api. Tidak kiranya dia itu Melayu, Cina, India atau kaum lain.
Popularity: 3% [?]





Recent Comments