Hidup dalam satu organisasi yang besar memerlukan seorang leader untuk memimpin organisasi itu. Sama ada ia di pejabat, pertubuhan, unit, persatuan atau lain – lain lagi. Ini kerana seorang leader bertanggungjawab dala mengurus pergerakan organisasi tersebut dari pengurusan kakitangan sehinggalah perjalanan organisasi tersebut. Tanpa seorang leader dalam organisasi tersebut, pecayalah, segala pengurusan dan perjalanan organisasi tersebut tidak akan berjaya. Tetapi, leader yang kurang cekap dan tidak baik juga kadang – kala menjadi punca kegagalan sesebuah organisasi tersebut. Kegagalan mengurus, mengawal staf dan enggan menerima pendapat orang lain atau dalam arti kata lain berpimpinan diktatorship boleh menjadi punca sesebuah organisasi tersebut gagal dalam misi dan visinya. Ini kerana, kejayaan sesebuah organisasi tersebut merupakan hasil kerjasama yang baik diantara leader itu dengan orang bawahannya disamping pengurusan yang cekap.

Tugas seorang leader dalam menguruskan sesuatu organisasi bukan tugas yang mudah. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang leader itu dalam memastikan perjalanan sesebuah organisasi itu berjalan lancar. Unutk memastikan kelancaran sesebuah organisasi itu, kerjasama diantara orang bawahan dan leader sangat – sangat diperlukan. Ingin ditegaskan disini, untuk mendapatkan kerjasama diantara leader dan orang bawahan bukanlah sesenang membuat cucur pisang atau memasak maggi. Kalau Leader terlampau tegas sehingga enggan menerima pendapat orang lain, kerjasama sukar dilakukan, begitu juga dengan orang bawahan. Jika orang bawahan enggan menerima arahan seseorang leader, kerjasama tidak dapat dilakukan.

Berbalik kepada tajuk entry diatas. Apa yang dikatakan leader yang baik? adakah beliau seorang yang baik? atau beliau seorang sangat cekap dalam mengurus sesebuah organisasi. Seorang leader yang baik tidak semestinya cekap dalam menguruskan sesebuah organisasi, malah hubungan diantara leader dan orang bawahan juga boleh menunjukkan ciri – ciri yang menunjukan beliau leader yang baik dan disenangi ramai.

Bagaimana mehu menjadi leader yang baik?. Kaedah perhubungan, tolak ansur dan bersifat terbuka sangat penting dalam menjadi seorang leader yang baik. Orang – orang bawahan ini kebiasaannya melihat leader mereka dari perspektif diatas kerana dari situ kita boleh lihat tahap emosi dan mental orang – orang bawahan semasa didalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh, PR (public relation) diantara leader dan orang bawahan. Kalau seseorang leader itu suka meninggi suara dalam memberi arahan dan suka menengking orang bawahannya, leader tersebut tidak akan disenangi oleh orang bawahannya, dan hasilnya orang – orang bawahan akan berkerja dalam keadaan strees dan tidak harmoni. Begitu juga dengan sikap mengarah dari satu tempat saja (hanya duduk diatas kerusi) dan gemar membuat orang bawahannya sebagai kuli, ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan orang bawahan.

Selain itu juga, bersikap terbuka dan sanggup menerima pendapat orang lain juga menunjukan ciri – ciri seorang leader yang baik. Apa perasaan anda sekiranya cadangan bernas anda ditolak bulat – bulat oleh leader anda malah siap dikritik lagi sedangkan cadangan yang cuba disampaikan bagus dalam menjayakan misi dan visi organisasi? Kecewa bukan. Jika situasi ini kerap berlaku dalam sesebuah organisasi, majoriti orang bawahan akan menjadi pasif dan lebih gemar mendiamkan diri apabila didalam mesyuarat dan menjadi meluat apabila hanya suara leader saja yang berbunyi dalam memberi pendapat dan cadangan.

Terdapat satu sifat leader yang cukup buruk semasa mentadbir sesuatu organisasi. Melarikan diri dari masalah atau gemar menghumban masalah kepada pembantunya atau orang bawahan. Ini bukan satu sikap yang baik bagi seseorang leader itu bahkan beliau tidak layak untuk mentadbir. Seorang leader yang baik ialah leader yang sanggup menjadi orang pertama menyelesaikan masalah yang timbul. Bukan melonggokannya pada orang lain dan kemudia mendapat pujian hasil dari penat lelah orang lain yang menyelesaikan masalah itu.

Dalam keadaan suasana kerja yang semakin mencabar, keharmonian dan keseronokan bekerja dalam sesebuah organisasi sangat penting. Orang – orang bawahan tidak gemar bekerja didalam keadaan stress. Jika orang bawahan menganggap diri mereka sebagai banduan didalam organisasi, kerjasama sukar dikecapi diantara mereka dengan leader. Disebab itulah, seseorang leader mesti bijak mengambil hati orang – orang bawahan dalam melaksanakan sesuatu tugas.  Tidak menekan orang bawahan, tidak ego, cool dalam semua situasi terutamanya situasi tegang, mencipta suasana ceria semasa memberi arahan, memberi kebebasan semasa menjalankan tugas dan tidak melempiaskan amarah kepada orang bawahan adalah ciri – ciri yang perlu diambil kira oleh seorang leader dalam mencipta keharmonian dan keseronokan dalam sesuatu organisasi.

Turun padang dan menganggap orang bawahan sebagai famili ditempat kerja juga penting dalam menjadi seorang leader yang disenangi. Sesetengah orang bawahan berharap bahawa leader mereka turun padang untuk mendengar keluhan dan permasalahan mereka. Dengan adanya sikap turun padang ini, seseorang leader itu dapat melihat situasi sebenar orang bawahannya semasa melakukan tugas. Dan bagi orang bawahan, ini dapat memberikan sedikit suntikan moral pada mereka untuk menjalankan tugas mereka.

Hakikatnya susah seorang leader itu untuk mengurus sesebuah organisasi dengan baik tanpa mendapat kerjasama yang diantara leader dan orang bawahan. Leader tugasnya memang memberi arahan, tetapi outcome kepada arahanya bergantung pada sifat – sifatnya semasa mentadbir organisasi itu. Jika dia memberi arahan kepada orang bawahan dan mereka melaksanakan tugas tersebut dengan baik dan bersungguh-sungguh maka itu adalah antara tanda-tanda anda seorang bos yang baik atau sebaliknya.

Fikir sejenak apa yang kamu buat sekiranya seseorang itu memuji kamu atau memarahi kamu?

-Quote dari Bos haku =)

isi – isi diatas diambil hasil pembacaan diblog – blog ini:

Popularity: 8% [?]