Archive for October, 2010
Siapa sebenarnya Wanita Pertama Malaysia?
20Maksud wanita pertama atau dalam bahasa inggeris First Lady adalah “The wife or hostess of the chief executive of a country, state, or city” dimana kalau dialih bahasa ke bahasa melayu bermaksud isteri kepada Ketua sesebuah negara seperti President, Raja ataupun Perdana Menteri. Ini bermaksud, mana – mana isteri kepada ketua sesebuah negara, dia akan automatik menjadi wanita pertama negara tersebut. Sebagai contoh wanita pertama negara Amerika Syarikat adalah Michelle Obama yang merupakan isteri kepada Presiden Barrack Obama.
Tetapi timbul kontroversi di Malaysia mengenai siapa yang layak memegang title First Lady of Malaysia. Adakah Isteri Perdana Menteri iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ataupun Isteri kepada Yang Di-Pertuan Agong iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah. Kenapa ia menjadi kontroversi? Sejak title First Lady diwar – warkan kepada rakyat Malaysia, ramai yang kurang senang dengan apa yang didengar oleh telinga mereka kerana wanita yang memengang title tersebut bukanlah dari wanita yang layak.
Popularity: 9% [?]
Apa yang ada dalam fikiran FAM?
8
PENYOKONG Kelantan hampa apabila penjualan tiket ditangguh gara-gara masalah harga 'naik-turun' di Kota Bharu, petang semalam.
Setelah berjaya menjatuhkan Kedah dan beberapa negeri lain seperti Perak dengan cara halus iaitu memansuhkan pemain import, kini FAM sekali lagi bermain kuasanya dengan keputusan tidak konsisten mengenai isu Jurulatih Kelantan B Sathianathan dan yang terbaru isu kenaikan harga tiket. Apa yang sedang difikirkan oleh badan induk bola sepak negara apabila menghukum jurulatih Kelantan itu seberat – beratnya disaat pasukannya sedang berusaha melangkah ke Final Piala Malaysia dan kemudian menangguhkan keputusannya. Kemudian, secara tiba – tiba FAM menaikkan harga tiket perlawanan akhir sehinggakan berlaku kekecohan dikalangan penyokong terutamanya penyokong The Red Worrior.
Adakah ini salah satu tindakan halus yang cuba dilakukan oleh FAM untuk menjatuhkan sesebuah pasukan sepertimana yang berlaku pada pasukan Kedah dan Perak? Cuba lihat apa yang terjadi pada pasukan Kedah dan Perak yang jatuh mendadak prestasi pasukannya akibat tindakan FAM memansuhkan pemain import dikalangan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia dengan alasan mengurangkan beban kewangan dikalangan Persatuan Bola Sepak Negeri.
Kini, apa yang kita dapat perhatikan, tindakan FAM seolah – olah mahu menjatuhkan pasukan Kelantan dari kancah bola sepak tanah air. Cuba kita perhatikan, kenapa kes yang sudah lama berlaku baru dijatuhkan hukumanya disaat pasukan Kelantan memerlukan seorang jurulatih untuk membimbing pasukan ke peringkat akhir Piala Malaysia. Kemudian setelah pasukan Kelantan berjaya melangkah ke peringkat akhir, dan didesak oleh ramai pihak mereka menangguhkan penggantungan Jurulatih Kelantan itu tetapi, selang beberapa hari kemudian, mereka mengumumkan menaikkan harga tiket pada perlawanan tersebut.
Popularity: 3% [?]
Laporan Ketua Audit Negara, apa tindakan SPRM?
4Laporan Ketua Audit Negara mengenai pembelanjaan jabatan sangat – sangat mengejutkan rakyat kerana terdapat beberapa kepincangan yang dilakukan oleh individu – individu tertentu dalam membelanjakan kewangan jabatan. Penyelewangan yang berlaku ini telah menyebabkan perbelanjaan negara melebihi apa yang dari sepatutnya.
Sebagai contoh, artikel dari Malaysiakini.com bertarikh 21 Oktober 2009 yang diambil dari Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan Kementerian Pendidikan telah membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan. Harga terbabit terlalu mahal sedangkan apabila mereka membandingkan harga tersebut dengan harga dari pembekal yang berlainan, harganya jauh lebih murah dari yang dibeli oleh pihak Kementerian.
Begitu juga dengan kes Kementerian Belia dan Sukan yang membeli peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (KKBN) pada tahun 2007 didapati telah membeli dengan harga yang begitu mahal jika dibandingkan dengan harga pasaran. Yang terbaru, “sandwich kosong” yang diterima oleh pelajar di Sabah yang dikatakan bernilai lebih rendah dengan apa yang dibayar. Persoalannya sekarang, apa yang menyebabkan kes – kes sebegini berlaku? Adakah terdapat penyelewengan didalam sesebuah jabatan itu sendiri, ataupun pihak kontraktor menipu dalam memberi perkhidmatan?
Popularity: 6% [?]
Apa Rasionalnya bina bangunan 100 tingkat?
14
RM5 Billion. Itu angka yang bakal digunakan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk membina bangunan Warisan Merdeka yang setinggi 100 tingkat di tengah – tengah kesesakan ibu kota. Apa rasionalnya membina bangunan 100 tingkat? membuka peluang pelaburan? membina mercu tanda? atau mengejar status bangunan tertinggi di dunia yang akhirnya hanya burung dan Jin yang duduk dibangunan itu. Terus – terang aku katakan, jika pembinaan yang dijalankan ini sekadar membina mercu tanda, baik dilaburkan sahaja wang tersebut ke tempat – tempat yang lebih memerlukan. RM5 billion bukanlah satu jumlah yang sikit. RM5 billion adalah jumlah yang boleh digunakan untuk memajukan rakyat dinegara ini.
Walaupun pihak PNB menafikan menggunakan wang kerajaan dalam pembangunan bangunan Warisan Merdeka ini, kita tidak tahu samada Presidennya bercakap benar ataupun bohong mengenai dana yang bakal digunakan dalam pembinaan ini. Bukan hendak menuduh PNB bohong dalam kenyataannya mengenai dana yang bakal dikeluarkan oleh mereka, cuma agak ragu – ragu dengan kenyataan yang dikeluarkan. Yalar, sekadar cakap ada dana RM140 billion, aku pun boleh kata yang duit yang bakal diorang guna itu dikorek dari kantung kerajaan dan dari para pelabur unit amanah.
Permodalan Nasional Berhad (PNB)- pemaju mercu tanda baru ibu kota – Warisan Merdeka yang akan dibina di tapak sekitar Stadium Merdeka dengan nilai kos pembangunan RM5 bilion tidak akan menggunakan wang pelabur unit amanah dan juga wang kerajaan.
Popularity: 3% [?]
Intipati bajet 2011
11
Bajet sudah pun dibentang oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada hari Jumaat yang lalu dan banyak respon – respon telah didengari dari rakyat setelah selesai pembentangan itu. Ada yang berpuas hati dan ada juga yang merasakan bajet kali ini tiada yang istimewa melainkan cerita – cerita biasa sahaja. Apapun, terima sajalah belanjawan bijaksana ini dengan fikiran yang terbuka. Mana tahu, kelak dimasa hadapan, Malaysia akan menjana pendapatan yang lebih tinggi dari hari ini. Insyallah kalau diizinkan tuhan.
Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat:
* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
* Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
Popularity: 8% [?]



Recent Comments