Apa Rasionalnya bina bangunan 100 tingkat?
RM5 Billion. Itu angka yang bakal digunakan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk membina bangunan Warisan Merdeka yang setinggi 100 tingkat di tengah – tengah kesesakan ibu kota. Apa rasionalnya membina bangunan 100 tingkat? membuka peluang pelaburan? membina mercu tanda? atau mengejar status bangunan tertinggi di dunia yang akhirnya hanya burung dan Jin yang duduk dibangunan itu. Terus – terang aku katakan, jika pembinaan yang dijalankan ini sekadar membina mercu tanda, baik dilaburkan sahaja wang tersebut ke tempat – tempat yang lebih memerlukan. RM5 billion bukanlah satu jumlah yang sikit. RM5 billion adalah jumlah yang boleh digunakan untuk memajukan rakyat dinegara ini.
Walaupun pihak PNB menafikan menggunakan wang kerajaan dalam pembangunan bangunan Warisan Merdeka ini, kita tidak tahu samada Presidennya bercakap benar ataupun bohong mengenai dana yang bakal digunakan dalam pembinaan ini. Bukan hendak menuduh PNB bohong dalam kenyataannya mengenai dana yang bakal dikeluarkan oleh mereka, cuma agak ragu – ragu dengan kenyataan yang dikeluarkan. Yalar, sekadar cakap ada dana RM140 billion, aku pun boleh kata yang duit yang bakal diorang guna itu dikorek dari kantung kerajaan dan dari para pelabur unit amanah.
Permodalan Nasional Berhad (PNB)- pemaju mercu tanda baru ibu kota – Warisan Merdeka yang akan dibina di tapak sekitar Stadium Merdeka dengan nilai kos pembangunan RM5 bilion tidak akan menggunakan wang pelabur unit amanah dan juga wang kerajaan.
Katalah projek ini mengalami kerugian, silap hari bulan abis duit pelabur unit amanah diambilnya untuk menyelamatkan projek ini dan kerajaan terpaksa guna duit rakyat untuk menutup malu seperti yang berlaku pada MAS. Lagipun, apa yang haku lihat rasional pembinaan projek ini 90% lebih untuk meng “kaya”kan orang kaya dan juga kroni. Untuk rakyat biasa? hanya untuk shopping complex (entah ada ke tidak) dan juga car park (yang bakal dicas Rm10 sejam)
Pada pendapat aku, cukuplah KLCC sebagai mercu tanda bangunan tinggi dinegara ini, dan tidak perlu bazirkan duit RM5 billion ini membina seekor lagi gajah putih. Bayangkan dengan wang sebanyak itu, berapa banyak rumah yang boleh dibina? berapa banyak pusat – pusat pendidikan boleh didirikan dan berapa banyak klinik kesihatan yang boleh digerakkan. Sedangkan KLCC masih lagi kosong, dan berlambak lagi bangunan – bangunan tinggi boleh dijadikan pejabat, so buat apa bina bangunan yang belum tentu dapat memberi pulangan kepada rakyat? ini dah bukan konsep “pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan”. Kalau mahu mendahulukan rakyat, laburkan RM5 billion untuk rakyat, bukan untuk orang kaya ataupun kroni.
saya bangkang projek mega ini.
Popularity: 3% [?]
salam..
saya kurang setuju..
perbaiki mutu jalan bandar dulu
sistem pengangkutan awam..
selalu buang masa di jalanraya
sahaja di bandar ni..jem…jem…jem!!
New Entry “Palestine Will Be Free?”
[Reply]
Zul Murky Reply:
October 21st, 2010 at 10:00 pm
betul..perbaiki segala kemudahan dan sistem yang ada kat Malaysia dulu, bila dah jadi terbaik baru fikir buat benda2 mcm tue,,
[Reply]
Faris Al-Muhandisu Reply:
October 26th, 2010 at 9:30 am
Totally agree!
sistem pengangkutan awam stil unreliable x mcm kat jepun n europe. mcm mana nk majukan ekonomi?
projek2 gini takde manfaat papepun utk rakyat kebanyakan. last2 yang berpendapatan rendah dan sederhana bukannya mampu nk jalan2 atau beli kedai utk berniaga kat situ.
alih2 orang singapura/europe jugak yg ramai. rakyat Malaysia? kempunan.. hmmm
Faris Al-Muhandisu´s last [type] ..Is the Bird Alive
[Reply]
Zul Murky Reply:
October 26th, 2010 at 11:52 am
ada bajet untuk pengangkutan.. tp perlaksanaannya? tah lar..
dalam serba rakyat yg menghadapi kesukaran untuk menjalani hidup, sepatutnya bajet ditumpukan kepada golongan sasar..bukan untuk golongan kaya..
[Reply]