Murkiester Rss

facebook

Featured Posts

Calvin Thoo memeluk agama Islam Pereka fesyen terkenal Calvin Thoo memeluk agama Islam. Beliau mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh Ustaz Dato Ismail Kamus, Dato Dr Asri dan Yb Us Solihin Mokhyi. Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah. Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah...

Read more

4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW 1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh...

Read more

7 tips memandu ketika hujan7 tips memandu ketika hujan Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, jom amalkan 7 tips ini! 1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik...

Read more

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2013 Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2013 Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno) Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno) Prime Minister’s Department: Ministers: 1. Jamil Khir Baharom (Umno) 2. Abdul Wahid Omar (Senator) 3. Idris Jala (senator) 4. Joseph Kurup (PBRS) 5. Shahidan KAssim (Umno) 6. Nancy Shukri (PBB) 7. Paul Low Seng Kwan...

Read more

Cara - cara mandi hadas yang sempurna dan mudahCara - cara mandi hadas yang sempurna dan mudah Soalan: macam mana mandi hadas besar dgn betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. blhkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dal hal ini. Jawapan; Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh...

Read more

Apa yang ada dalam fikiran FAM?

Category : Sukan

PENYOKONG Kelantan hampa apabila penjualan tiket ditangguh gara-gara masalah harga 'naik-turun' di Kota Bharu, petang semalam.

Setelah berjaya menjatuhkan Kedah dan beberapa negeri lain seperti Perak dengan cara halus iaitu memansuhkan pemain import, kini FAM sekali lagi bermain kuasanya dengan keputusan tidak konsisten mengenai isu Jurulatih Kelantan B Sathianathan dan yang terbaru isu kenaikan harga tiket. Apa yang sedang difikirkan oleh badan induk bola sepak negara apabila menghukum jurulatih Kelantan itu seberat – beratnya disaat pasukannya sedang berusaha melangkah ke Final Piala Malaysia dan kemudian menangguhkan keputusannya. Kemudian, secara tiba – tiba FAM menaikkan harga tiket perlawanan akhir sehinggakan berlaku kekecohan dikalangan penyokong terutamanya penyokong The Red Worrior.

Adakah ini salah satu tindakan halus yang cuba dilakukan oleh FAM untuk menjatuhkan sesebuah pasukan sepertimana yang berlaku pada pasukan Kedah dan Perak? Cuba lihat apa yang terjadi pada pasukan Kedah dan Perak yang jatuh mendadak prestasi pasukannya akibat tindakan FAM memansuhkan pemain import dikalangan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia dengan alasan mengurangkan beban kewangan dikalangan Persatuan Bola Sepak Negeri.

Kini, apa yang kita dapat perhatikan, tindakan FAM seolah – olah mahu menjatuhkan pasukan Kelantan dari kancah bola sepak tanah air. Cuba kita perhatikan, kenapa kes yang sudah lama berlaku baru dijatuhkan hukumanya disaat pasukan Kelantan memerlukan seorang jurulatih untuk membimbing pasukan ke peringkat akhir Piala Malaysia. Kemudian setelah pasukan Kelantan berjaya melangkah ke peringkat akhir, dan didesak oleh ramai pihak mereka menangguhkan penggantungan Jurulatih Kelantan itu tetapi, selang beberapa hari kemudian, mereka mengumumkan menaikkan harga tiket pada perlawanan tersebut.

Pada pendapat haku, ini salah satu tindakan FAM untuk mengurangkan jumlah penyokong Kelantan yang bakal menyaksikan perlawanan tersebut dan seterusnya mengurangkan moral support dari penyokong pasukan tersebut. RM30 memang bagi orang ramai is not big deal, tetapi bagi penyokong Kelantan yang terpaksa berjalan jauh dari kampung, pelajar – pelajar ataupun yang kurang berkemampuan, ia sangat besar. Bukan senang menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan kesayang di Bukit Jalil. Tetapi apabila harga tiba – tiba melambung disaat akhir, berkemungkinan mereka terpaksa menyaksikan dikaca televisyen sahaja.

Banyak niat – niat FAM sebenarnya boleh dibaca. Dari dahulu sampai sekarang, adakah keputusan FAM konsisten? tengok isu pemain import, sudah berapa kali diharam dan dihalalkan, kemudian isu Harimau Muda yang gagal ke Liga Super dan sekarang isu jurulatih Kelantan dan harga tiket. Semuanya dilakukan semata – mata mahu menjatuhkan sesebuah pasukan negeri yang tidak digemari oleh orang – orang atasan FAM dan menaikkan pasukan – pasukan negeri pilihan diorang. Itulah di FAM.

p/s: Haku merupakan Penyokong Hijau Kuning yang kerap kali menyaksikan sikap berat sebelah FAM terhadap pasukan – pasukan negeri.

Related Posts with Thumbnails