Laporan Ketua Audit Negara mengenai pembelanjaan jabatan sangat – sangat mengejutkan rakyat kerana terdapat beberapa kepincangan yang dilakukan oleh individu – individu tertentu dalam membelanjakan kewangan jabatan. Penyelewangan yang berlaku ini telah menyebabkan perbelanjaan negara melebihi apa yang dari sepatutnya.

Sebagai contoh, artikel dari Malaysiakini.com bertarikh 21 Oktober 2009 yang diambil dari Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan Kementerian Pendidikan telah membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan. Harga terbabit terlalu mahal sedangkan apabila mereka membandingkan harga tersebut dengan harga dari pembekal yang berlainan, harganya jauh lebih murah dari yang dibeli oleh pihak Kementerian.

Begitu juga dengan kes Kementerian Belia dan Sukan yang membeli peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (KKBN) pada tahun 2007 didapati telah membeli dengan harga yang begitu mahal jika dibandingkan dengan harga pasaran. Yang terbaru, “sandwich kosong” yang diterima oleh pelajar di Sabah yang dikatakan bernilai lebih rendah dengan apa yang dibayar. Persoalannya sekarang, apa yang menyebabkan kes – kes sebegini berlaku? Adakah terdapat penyelewengan didalam sesebuah jabatan itu sendiri, ataupun pihak kontraktor menipu dalam memberi perkhidmatan?

Teorinya senang sahaja, wujud hubungan diantara individu didalam sebuah jabatan dan juga pihak kontraktor telah menyebabkan penyelewangan kewangan berlaku. Kalau tiada hubungan diantara kedua – dua pihak ini pasti kes – kes seperti diatas tidak akan berlaku kerana pemilihan kontraktor akan dilakukan dengan secara telus dan pemantauan mengenai kualiti dan harga perkhidmatan atau barang sentiasa dititikberatkan.

Dalam hal ini, pihak SPRM perlu kerap menyiasat penyelewengan pengurusan kewangan dan salah guna kuasa yang berlaku didalam jabatan. Ini kerana, kebanyakkan kes – kes ini terjadi adalah bermula dari individu yang mempunyai kuasa dalam menguruskan hal – hal yang melibatkan perbelanjaan jabatan itu sendiri. Mereka berkuasa memilih pihak kontraktor dan mereka juga berkuasa untuk mengaudit pihak kontraktor.

Pekara ini bukan saja terjadi pada peringkat jabatan sahaja, ia juga terjadi diperingkat yang lebih tinggi seperti yang melibatkan projek – projek besar kerajaan. Sebagai contoh, kes bumbung Stadium di Terengganu yang runtuh secara tiba – tiba dan juga kes tiang – tiang MRR2 yang retak sedangkan dengan kos pembinaan yang begitu tinggi, kejadian seperti itu tidak akan berlaku. Ini kerana dengan kos projek yang tinggi, pihak kontraktor akan mengunakan barang yang berkualiti dan apabila siasatan dilakukan setelah berlaku kes – kes tersebut, didapati bahan – bahan yang digunakan dalam pembinaan itu berkualiti rendah. Jadi lebihan budget untuk projek itu pergi kemana?

Oleh itu, dengan ketelusan SPRM menjalankan siasatan sajalah dapat menyelamatkan kewangan kerajaan dari ditipu oleh mereka ini. Ketelusan yang haku maksudkan bukan sekadar memburu ikan – ikan bilis, buru sekali ikan jerung yang begitu rakus meragut hasil – hasil pembayar cukai negara ini. Ini kerana, semakin hari, semakin kerap berlaku penyelewangan tidak kira diperingkat jabatan sehinggalah diperingkat yang lebih tinggi yang melibatkan projek berbillion ringgit. Negara sedang mengalami kerugian disebabkan penyelewangan ini dan semakin berhutang.

Dan satu lagi, sepatutnya SPRM menjadi badan yang betul – betul bebas supaya mereka lebih efisyen dalam membanteras penyelewangan wang pembayar cukai dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat “atasan” tanpa campur tangan dari mana – mana “pihak”.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan dan penyiasatan serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan, hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dikeluarkan tahun lalu.

-malaysiakini

p/s: Sepatutnya banyak kertas siasatan dapat dibuka, tapi..?

Popularity: 6% [?]