Gambar kemalangan Plaza Tol Simpang Ampat

Setiap tahun, kemalangan melibatkan bas sentiasa berlaku dinegara kita ini. Dia apabila berlakunya kemalangan, pasti kemalangan jiwa yang akan terjadi tidak kira jumlah tinggi ataupun tidak. Dan semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri melibatkan Bas express, Bas JKM, sebuah Van dan 3 buah kereta yang meragut 15 nyawa dan berpuluh lagi yang cedera. Persoalannya sekarang, adakah Bas merupakan sebuah pengangkutan awam yang selamat?

Rata – rata rakan haku lebih rela menaiki keretapi untuk perjalanan jauh dari menaiki bas kerana bimbangkan kejadian seperti ini berlaku. Bagi mereka, pepatah “biar lambat asal selamat” membuatkan mereka lebih merelakan diri lambat tiba ke destinasi dari menyerahkan 50% nyawa mereka kepada pemandu bas. Bukan niat menyalahkan pemandu bas 100% dalam kemalangan yang melibatkan bas, tetapi jika dilihat dari sejarah – sejarah kemalangan ngeri yang melibatkan bas, rata – ratanya disebabkan kecuaian pemandu bas itu sendiri. Ada yang mengantuk semasa memandu, ada yang memandu laju dan tidak kurang juga yang memandu dibawah pengaruh dadah!.

Sebagai contoh, lihat kejadian kemalangan yang berlaku di Perak beberapa bulan lepas dimana pemandunya dikatakan mengantuk semasa memandu dan akhirnya menyebabkan lebih 10 nyawa melayang. Tidak kurang juga ada kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian orang. Disebabkan mahu mengelakkan kemalangan disebabkan kecuaian pemandu lain, akhirnya terpaksa mengorbankan nyawa sendiri dan penumpang.

Setiap kali kemalangan bas pasti ada kematian

Tetapi bagaimana pula jika pemandu bas itu seorang yang berpengalaman dan memandu dengan cara berhemah semasa memandu?

Beban kesalahan tidak semestinya 100% dibahu pemandu bas, jika dilihat dari sudut keselamatan bas dan jalan raya itu sendiri juga menyumbang kepada kejadian kemalangan ngeri yang melibatkan bas. Bas yang tidak diselenggara dengan baik boleh menjadi punca utama kemalangan sebagai contoh brek dan tayar yang botak. Begitu juga keadaan jalan itu sendiri. Terus terang aku katakan, jalan raya di Malaysia memang boleh dikategorikan jalan maut. Bagaimana sebuah lebuhraya yang dilabel bertaraf antarabangsa mempunyai bongol – bongol kecil dan jalannya licin. Anda boleh rasa bagaimana kereta yang anda pandu selaju 100km/j boleh meloncat – loncat sedikit disebabkan bonjol – bonjol ini. Apatah lagi kenderaan besar seperti bas, lagi kuat henjutannya.

Selain itu, kurangnya penguatkuasaan antara penyebab kemalangan yang melibatkan bas. Walaupun kotak hitam dipasang, ia tidak cukup untuk membantu mengurangkan kejadian kemalangan yang melibatkan bas. Dulu aku mendengar ura – ura yang pihak berkuasa ingin menempatkan penguatkuasa didalam bas. Tetapi sampai sekarang tidak dikuatkuasakan. Adakah mahu menunggu kemalangan bas terjadi setiap hari baru ingin kuatkuasakan?

Sudah – sudahlah kejadian kemalangan yang melibatkan bas ini. Dengan negara yang serba lengkap kemudahan jalanrayanya dan juga teknologi pada kenderaan ini, sepatutnya kemalangan – kemalangan yang melibatkan bas dapat dielak. Ya, setiap kemalangan mungkin sudah ditakdirkan, tetapi kita boleh elakkan jika memandu dengan berhati – hati dan mematuhi segala peratauran – peraturan jalanraya.

Video Kemalangan Ngeri di Lebuhraya Plus Simpang Ampat.

Popularity: 5% [?]