Siapa sebenarnya Wanita Pertama Malaysia?
Maksud wanita pertama atau dalam bahasa inggeris First Lady adalah “The wife or hostess of the chief executive of a country, state, or city” dimana kalau dialih bahasa ke bahasa melayu bermaksud isteri kepada Ketua sesebuah negara seperti President, Raja ataupun Perdana Menteri. Ini bermaksud, mana – mana isteri kepada ketua sesebuah negara, dia akan automatik menjadi wanita pertama negara tersebut. Sebagai contoh wanita pertama negara Amerika Syarikat adalah Michelle Obama yang merupakan isteri kepada Presiden Barrack Obama.
Tetapi timbul kontroversi di Malaysia mengenai siapa yang layak memegang title First Lady of Malaysia. Adakah Isteri Perdana Menteri iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ataupun Isteri kepada Yang Di-Pertuan Agong iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah. Kenapa ia menjadi kontroversi? Sejak title First Lady diwar – warkan kepada rakyat Malaysia, ramai yang kurang senang dengan apa yang didengar oleh telinga mereka kerana wanita yang memengang title tersebut bukanlah dari wanita yang layak.
Kalau mengikut definisi First Lady diatas, title tersebut sepatutnya dipegang oleh isteri kepada Ketua Negara. Jika di Amerika Syarikat, Presiden adalah ketua negara, tetapi di Malaysia, Yang-dipertuan Agong merupakan Ketua Negara selaras apa yang ditulis dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong bukannya Perdana Menteri.
Jika ketua negara Malaysia adalah Yang Di-Pertuan Agong, ini bermakna, isteri kepada Yang Di-Pertuan Agong tersebut merupakan First lady negara Malaysia. Sebagai contoh, Kanada adalah sebuah negara yang hampir sama sistemnya dengan Malaysia dimana Ratu Britain merupakan ketua negara tersebut dan mempunyai Perdana Menteri. Dan disana juga, gelaran wanita pertama negara tersebut adalah kepunyaan Ratu, bukannya Isteri kepada Perdana Menteri Kanada.
The title First Lady is controversial and is challenged that it should not exist in Malaysia on the premise that Malaysia is not a Republic. The same applies in Canada where the wife of the Prime Minister is simply the wife of the Prime Minister and not the First Lady of Canada. That singular privilege belongs to HM The Queen. Hence, the legality of such a status is challenged.
Jadi, gelaran First Lady yang dipegang oleh Datin Seri Paduka Rosmah Mansor boleh dipertikaikan kerana suaminya bukan seorang ketua negara. Hanya isteri kepada ketua negara saja yang layak memegang title First Lady iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah manakala Datin Paduka Seri Rosmah Mansor? hanyalah berstatus isteri kepada perdana menteri semata – mata.
Popularity: 9% [?]

hurmm.. ibuku tetap no1 di hatiku..
heee.. boleh kan camtu?
[Reply]
Zul Murky Reply:
November 2nd, 2010 at 6:30 pm
that right bro ..hehe
[Reply]