Archive for November, 2010
Wow! kutipan 2 Alam mencecah RM2 Billion?!
26
Terkejut aku bila membaca laporan hiburan Akhbar Sinar Harian yang mengatakan kutipan filem Dr. Rozmey iaitu 2 Alam mencecah RM2 Billion setelah ditayangkan lima hari di 84 pawagam – pawagam terkenal seperti GSC, Parvillion dan juga pawagam filem tamil di Jalan Penang, Pulau Pinang. Agak terkebil – kebil mata aku membaca laporan akhbar tersebut kerana terlampau banyak angka kosong di belakang no. 2. Yang hairannya, didalam akaun Facebook nya tiada pula shout – shout darinya yang mengatakan kutipan tiket sudah mencecah 2 billion. Kalau hari pertama tayangan filemnya pada 18hb yang lalu, setiap 5 minit ada je post – post baru yang mengatakan pawagam kat Jitra penuh sampai tokey pawagam tersebut kena membeli kerusi baru untuk penonton.
Tapi bila aku kira balik jumlah nombor yang ada dalam laporan tu, ceh rupanya ada 5 je nombor kosong dibelakang nombor dua. Jadi yang sebenarnya RM200,000 lah, bukan 2 billion. Maklumlah, lupa hendak memakai spek mata masa baca paper Sinar Harian tu (hehe). Takpe Dr. Rozmey, ada lagi sembilan hari nak kutip lagi RM32.8 juta, saya yakin yang Dr. Rozmey mampu mencapai target RM 40 juta tue..dalam masa 40tahun.. hehe
Popularity: 17% [?]
Menanti filem The Malay Chronicles: Bloodlines
11
Puas sudah menonton filem 2 Alam? Filem tipikal Malaysia yang boleh dijangka jalan ceritanya. Tetapi filem yang ingin aku kongsikan sangat – sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan filem – filem Malaysia yang lain. Filem yang penuh dengan aksi dan teknologi CGI. Filem yang dimaksudkan ialah The Malay Chronicles: Bloodlines atau dan versi bahasa Melayunya Hikayat Merong Mahawangsa.
Filem epik Malaysia yang dikeluarkan oleh KRU Studios dibawah arahan Yusri KRU ini dikatakan filem kedua termahal yang pernah dicipta selepas filem Puteri Gunung Ledang. Filem ini bukan saja ditayangkan di Malaysia, malah hampir 24 buah negara bakal memaparkan filem buatan Malaysia ini. Satu pencapaian yang membanggakan dari produksi 3 beradik ini.
Sinopsis
Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. (full synopsis)
Popularity: 3% [?]
Mampukah Filem 2 Alam menjadi Blockbuster
2Hari ini Filem 2 Alam telah pun ditayangkan di 83 buah pawagam seluruh tanah air. Ada yang menyokong usaha doktor pelangsing badan dan ada juga yang membencinya kerana hari – hari terpaksa menatap wajahnya selama berbulan – bulan di dalam perut akhbar. Adakah RM40 juta dapat dikutip seperti yang diwar – warkan oleh Dr. Rozmey? adakah 1Malaysia menyerbu pawangam pada hari ini semata – mata mahu menonton filem RM40 juta ini? Filem Sembilu yang dilakonkan oleh Awie, Ziana Zain & Erra Fazira pun dapat RM3 juta, mampukan Dr. Rozmey mencapai targetnya mendapat RM40 juta dalam tempoh masa satu bulan lebih? Jika filemnya berjaya mendapat kutipan RM40 juta, maka filem beliau akan tercatat didalam buku Malaysia Book of Record dan Buku tajaan minuman arak iaitu Guiness World Book of Record kerana menjadi filem Malaysia pertama mendapat kutipan yang boleh membina separuh ketinggian menara Warisan Merdeka.
Tetapi tayangan perdananya hari ini telah mendapat pencabar yang tidak kurang hebatnya. Target pencabarnya juga RM 40 juta. Cerita yang hampir sama, rambutnya pun hampir serupa. Filem apakah itu?
Popularity: 6% [?]
Selamat Hari Raya Aidiladha
4
Buat kali keduanya aku tidak beraya di Hari Raya Korban kerana menjalankan khidmat kepada rakyat. Walaupun terasa bila mendengar takbir raya dan melihat ternakan – ternakan yang bakal dikorban, aku tetap rilex menaiki motorsikal ke pejabat. Tetapi, mujur officemate aku membawa ketupat rendang ke pejabat, kurang sikit perasaan tidak dapat beraya. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat islam seluruh dunia dan rakyat Malaysia.
Berqurban merupakan amal yang paling dicintai Allah SWT pada saat Idul Adh-ha. Sabda Nabi SAW :
“Tidak ada suatu amal anak Adam pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah selain menyembelih qurban.” (HR. At Tirmidzi) (Abdurrahman, 1990)
Berdasarkan hadits itu Imam Ahmad bin Hambal, Abuz Zanad, dan Ibnu Taimiyah berpendapat,“Menyembelih hewan pada hari raya Qurban, aqiqah (setelah mendapat anak), dan hadyu (ketika haji), lebih utama daripada shadaqah yang nilainya sama.” (Al Jabari, 1994).
setiap titisan darah haiwan qurban akan memintakan ampun bagi setiap dosa orang yang berqurban. Sabda Nabi SAW :
“Hai Fathimah, bangunlah dan saksikanlah qurbanmu. Karena setiap tetes darahnya akan memohon ampunan dari setiap dosa yang telah kaulakukan.. .” (lihat Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah XIII/165)
Popularity: 3% [?]



Recent Comments