Siapa yang tidak kenal kumpulan Fotograf yang popular dengan lagu di Alam Fana Cinta. Tetapi, petang tadi kita dikejutkan dengan berita dari media massa yang penyanyi utamanya, Shamrin Abd Samad telah pun meninggal dunia. Arwah dikatakan rebah semasa menyertai perlawaan bola sepak persahabatan diantara artis Malaysia dengan pasukan MAA Insurance di padang HKL pada jam 6.30 petang semalam. Kepada keluarga Shamrin, diucapkan takziah atas dugaan yang menimpa. Semoga tabah menghadapi dugaan dan al-fatihah buat arwah.

KUALA LUMPUR: Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad, 43, meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak dalam satu perlawanan persahabatan di padang Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Menurut rakan baiknya yang juga penyanyi kumpulan Bumiputera Rockers, Johari Mat Rozekhi atau Joey, Shamrin sempat memaklumkan badannya kejang ketika kejadian itu berlaku.

“Kami terus mengangkatnya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital, tetapi pada masa itu, wajahnya sudah kebiruan,” kata Joey yang turut menyertai perlawanan antara artis Malaysia dengan pasukan MAA Insurance itu. - Berita Harian

Popularity: 4% [?]