Archive for December, 2010
Sudah kalah lagi mahu berbunyi
6Makin geram pula aku tengok fan – fan Indonesia yang masih mengutuk negara kita neh, game dah habis dan teamnya pun dah tewas masih berdentup lagi keyboard diorang mencaci negara kita dengan kata – kata yang kurang ajar. Sebelum game bermula diorang dah start provokasi dengan agak melampau dan kurang ajar. Tak pe fan – fan Malaysia sekadar senyap saja walaupun ada segelintir yang membalas balik caci geng – geng Indon neh. Itu pun mereka menuduh fan Malaysia yang start provokasi melampau sedangkan mereka yang mulakan dulu. Sama macam isu laser yang mana mereka tuduh kita start main laser di kejohanan AFF Suzuki 2010 sedangkan, fan Indon yang start main laser semasa Malaysia tewas 1 – 5 ditangan pasukan Indon. (klik video ini)
Dah lar menuduh fan Malaysia yang mulakan laser – me “laser” neh, diorang kutuk pula fan Malaysia tak “saportif” dan bacul sebab main kotor di Bukit Jalil. Padahal diorang yang tak “saportif” sebab mem”provoke” player – player kita di Jakarta dengan menunjukkan Isyarat Lucah dan mengugut untuk membunuh fan Malaysia yang ingin ke Stadium GBK, sedangkan semasa 1st Leg disini, takde satu pun Fan Indon yang di diapa – apakan malah fan kita boleh bermesra dengan fan – fan Indon yang datang menonton. Player – player Indon pun takde pula dikacau Fan kita semasa disini, sedangkan Fan kita sampai terpaksa dikawal sehingga lima kereta perisai untuk dibawa ke stadium manakala fan kita yang mahu menonton di stadium diorang terpaksa menonton di kedutaan Malaysia kerana bimbang diapa – apakan oleh fan Indon. Kepala hotak dioranglah kata Fan Indon “saportif”! Haktui lah “saportif”!
Popularity: 2% [?]
Rio Ferdinand ucap tahniah kepada Harimau Malaya.
4Tidakku sangka pemain pertahanan tersohor didunia yang juga pertahanan pasukan England dan Manchester United melihat kemenangan pasukan Malaysia merangkul piala AFF Suzuki 2010 dan seterusnya memuji skuad didikan K. Rajagopal. Bangga pula aku tengok status twitter dia sejurus kemenangan pasukan Malaysia. Rupa – rupanya ada player bertaraf dunia yang mahu melihat pasukan ASEAN khususnya pasukan Malaysia beraksi di pentas antarabangsa.
For Rio Ferdinand, Thanks for your wishes, our team deserve to win this cup right? haha!
Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team
dari Twitter Rio Ferdinand (rioferdy5)
Popularity: 3% [?]
Keputusan Final AFF Suzuki: Indonesia – Malaysia
1Tamat sudah perlawanan akhir kedua diantara Pasukan Indonesia dan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia. Satu perlawanan yang didominasi oleh pasukan Indonesia sepanjang 90 minit perlawanan dimana pasukan Indonesia berjaya menewaskan Malaysia dengan jaringan 2 – 1 dalam perlawanan kedua ini. Walaubagaimanapun, jaringan tersebut tidak cukup untuk menjadikan pasukan Indonesia Juara kerana mereka tewas 2 – 4 jika dikira dalam agregat gol.
Separuh masa pertama seperti mana di stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kedua – dua pasukan terikat dengan jaringan 0 – 0. Indonesia hampir mendapat gol pertama diawal permainan apabila dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain pertahanan kanan negara, Mohd Sabree Abu yang dikenakan kad kuning akibat perbuatannya. Namun, layangan badan yang tepat oleh penjaga gol Malaysia, Mohd Khairul Fahmi berjaya mengagalkan sepakan Penalti yang diambil oleh kapten pasukan Indonesia iaitu Firman Utina.
Separuh masa kedua berlangsung dengan pertahanan pasukan Malaysia tidak putus – putus menerima serangan dari pasukan Indonesia. Namun begitu, Malaysia memecah kebuntuan pada minit ke – 53 dengan serangan balas hasil dari sepakan kencang Mohd Shaffe Sali yang berjaya memboloskan diri dari pertahanan pasukan Indonesia. Tersentak dengan agregat 4 – 0, Pemain – pemain Indonesia mengandakan asakan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohamad Nasuha pada minit ke – 71. Pada minit ke – 87, Indonesia merapatkan kedudukan menjadi 4 – 2 secara agregat hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Malaysia Mohamad Muslim yang menanduk gol ke dalam gawang Malaysia. Namun jaringan itu sudah terlambat buat Indonesia untuk menidakkan kejuaraan pasukan Malaysia dengan agregat 4 – 2.
Popularity: 1% [?]
Final AFF Cup: Malaysia 3 – 0 Indonesia (1st Leg)
6Alhamdullilah, syukur diucapkan kepada hadrat ilahi kerana pasukan Malaysia berjaya melepasi ujian pertama pusingan akhir piala AFF Suzuki 2010 dengan membawa bekalan selesa 3 – 0 ke Stadium Bung Karno Indonesia 29hb Disember nanti. Kemenangan pertama yang cukup manis ini berjaya membenam ego pasukan Indonesia dan Penyokongnya yang kerap kali mengecil – ngecilkan pasukan Harimau Malaya sebelum sepak mula lagi.
2 Gol dari Safee Sali dan 1 gol dari Ashaari pada separuh masa kedua sudah cukup memberi tekanan kepada pasukan Indonesia untuk perlawanan kedua nanti. Perlawanan separuh masa pertama boleh dikatakan agak membosankan kerana tiada gerakan – gerakan merbahaya dari kedua – dua pasukan. Namun di separuh masa kedua, corak permainan mula berubah setelah Malaysia mendapat gol pertama hasil kesilapan pemain pertahanan Indonesia dimana, Norshahrul Idlan Talaha berjaya memperdayakan pemain Indonesia sebelum melorongkan bola ke kaki Saffe Sali yang tidak dikawal.
Popularity: 2% [?]
Menjelang pertemuan Malaysia Indonesia
0
Bahang 26 Disember dan 29 Disember semakin dirasai menjelang perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta nanti. Perlawanan ulangan kedua – dua pasukan dari kumpulan B ini boleh dikatakan agak sengit dimana pasukan Malaysia pastinya mahu membalas dendam diatas kekalahan 5 – 1 ditangan Indonesia pada peringkat kumpulan, manakala pasukan Indonesia juga tidak mahu melepaskan peluang menjuarai piala berprestij Asean ini.
Para penyokong juga tidak ketinggalan dalam perlawanan ini dimana pasti berlaku sorakkan sengit diantara penyokong Malaysia yang dijangka membanjiri stadium Bukit Jalil dan juga penyokong – penyokong Indonesia yang rata – ratanya memang berada di Malaysia untuk mencari rezeki. Apa yang pasti, mata penyokong akan tertumpu pada sekumpulan penyokong fanatik Malaysia yang dikenali sebagai Ultras Malaya. Mereka inilah yang bakal meniup semangat menyokong pasukan Malaysia nanti.
Tidak lupa, diharapkan kawalan keselamatan dapat diketatkan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini kerana terdapat ura – ura yang penyokong – penyokong dari Indonesia yang mahu membuat kacau di Stadium Bukit Jalil. Kepada penonton yang membawa keluarga, diminta duduk jauh dari penyokong – penyokong Indonesia dan para penyokong Malaysia juga diharap dapat mengawal tingkah laku semasa didalam Stadium.
Kepada peminat – peminat bola sepak tanah air, tiket – tiket boleh dibeli mulai Khamis ini di Stadium Bukit Jalil dengan harga – harga seperti berikut:
RM 50 – VIP
RM 30 – Open
RM 5 – Kanak – kanak.
Ayuh kita penuhkan Stadium Bukit Jalil dengan sorakan padu kepada pasukan Malaysia dan buatkan penyokong Indonesia duduk diam dikerusi tanpa menjerit sepatah perkataan pun. Buat pasukan Malaysia, semoga berjaya membalas dendam terhadap kekalahan tempoh hari dan seterusnya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 sekali gus menutup ego besar pasukan Indonesia.
Popularity: 1% [?]
Video Highlight Malaysia 2 – 0 Vietnam
32 gol bekalan skuad kebangsaan ke Vietnam. Itulah keputusan 90 minit pertama di Stadium Bukit Jalil dimana pasukan Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Vietnam 2 – 0 hasil jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali di separuh masa kedua perlawanan sebentar tadi. Walaupun diseparuh masa pertama, permainan dikuasai oleh pasukan Vietnam, kekebalan benteng pertahanan berjaya menyerap asakan pasukan tersebut.
Dengan sorakan ala EPL, dan bunga api merah ala Serie A berjaya membangkitkan suasanan gamat didalam stadium sekali gus menaikkan semangat juang anak didik K. Rajagopal. Hasilnya, pasukan Malaysia berjaya meledak 2 gol di separuh masa kedua.
Walaupun hanya menonton di kaca televisyen, aku dapat merasai kehangatan yang dibawa oleh pemain – pemain ke-12 pasukan Malaysia. Cukup meriah, cukup sempoi melihat suasana penyokong yang tidak henti – henti bersorak dan menyanyi. Diharap, dengan bekalan 2 – 0 yang dibawa ke Hanoi berjaya dikekal tanpa melepaskan sebiji gol pun. Semoga berjaya buat skuad kebangsaan apabila menghadapi Vietnam dilaman mereka nanti. Diharap, mereka dapat kekal mutu permainan pada hari ini dan layak ke pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2010.
Video gol – gol Malaysia
Popularity: 1% [?]






Recent Comments