Isu kenaikan harga minyak, sampai bila rakyat terus ditipu?
Baru – baru ini rakyat telah menghadapi kenaikan harga – harga barang keperluan dan minyak atas dasar rationalisasi subsidi kerajaan. Bermula dengan kenaikan minyak RON97 pada bulan November yang lalu, harga barang keperluan gula dan juga RON95 telah pun naik sebanyak 20 sen dan 5 sen yang berkuatkuasa 4 Disember baru – baru ini. Kenaikan harga – harga barang dan minyak adalah pekara biasa yang berlaku dinegara ini seiring dengan ketidak ketentuan ekonomi negara.
Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang, sampai bila rakyat akan terus ditipu dengan janji – janji menteri yang memberi jaminan bahawa harga barang dan minyak tidak akan naik dan terkawal? Lepas ini, saranan aku, tak payahlah percaya dengan janji – janji orang – orang politik mengenai harga barang dan minyak tidak akan naik dan terkawal. Hari ini janji harga tidak naik, tup, tup esok keluar berita harga dah naik. Tak ke rakyat terkejut dengan kenaikan ini?
Popularity: 2% [?]

Zul…
Salam maal hijrah 1432H..
harapan semoga hijrah tahun
ini lebih bermakna dari tahun
tahun sebelumnya..
[Reply]
Zul Murky Reply:
December 7th, 2010 at 4:12 pm
salam tahun baru hijrah juga bro..harap2 bro pun mcm tue juga =)
[Reply]