Fan Malaysia & Fan Indonesia

Alhamdullilah, syukur diucapkan kepada hadrat ilahi kerana pasukan Malaysia berjaya melepasi ujian pertama pusingan akhir piala AFF Suzuki 2010 dengan membawa bekalan selesa 3 – 0 ke Stadium Bung Karno Indonesia 29hb Disember nanti. Kemenangan pertama yang cukup manis ini berjaya membenam ego pasukan Indonesia dan Penyokongnya yang kerap kali mengecil – ngecilkan pasukan Harimau Malaya sebelum sepak mula lagi.

2 Gol dari Safee Sali dan 1 gol dari Ashaari pada separuh masa kedua sudah cukup memberi tekanan kepada pasukan Indonesia untuk perlawanan kedua nanti. Perlawanan separuh masa pertama boleh dikatakan agak membosankan kerana tiada gerakan – gerakan merbahaya dari kedua – dua pasukan. Namun di separuh masa kedua, corak permainan mula berubah setelah Malaysia mendapat gol pertama hasil kesilapan pemain pertahanan Indonesia dimana, Norshahrul Idlan Talaha berjaya memperdayakan pemain Indonesia sebelum melorongkan bola ke kaki Saffe Sali yang tidak dikawal.

Gol kedua hadir hasil dari gerakan Norshahrul yang menghantar bola ke tengah kotak penalti sebelum disudahkan oleh Ashaari dengan rembatan kencang manakala gol ke tiga muncul apabila Safee berjaya menyambut hantaran dengan tandukan kemas yang berjaya menewaskan penjaga gol Indonesia, Marcos.

Fan Malaysia rejoice!!!

Keadaan stadium boleh dikatakan agak – agak bingit dengan sokongan dan jeritan dari penyokong kedua – dua belah pihak, dan penyokong Indonesia juga tidak langsung diancam oleh penyokong Indonesia walaupun Penyokong Indonesia di Indonesia mengancam mahu mengancam penyokong Malaysia yang bakal menonton perlawanan disana. Syabas kepada penyokong Malaysia yang menunjukan sifat beramah mesra dan sopan terhadap penyokong Indonesia walaupun Penyokong Indonesia cuba membuat kacau didalam stadium dengan membaling botol kearah pasukan FRU.

90 minit seterusnya diharap pasukan Malaysia dapat memberi fokus 110%. Biarlah penyokong pasukan lain mengejek corak bertahan yang bakal digunakan nanti, asalkan dapat menutup terus mulut manusia – manusia yang ego dan bongkak dalam kejohanan ini dan menjuarai piala paling berprestij di ASEAN.

Syabas Malaysia dan Syabas penyokong Malaysia!

video gol – gol pasukan Malaysia

Popularity: 2% [?]