Keputusan Final AFF Suzuki: Indonesia – Malaysia
Tamat sudah perlawanan akhir kedua diantara Pasukan Indonesia dan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia. Satu perlawanan yang didominasi oleh pasukan Indonesia sepanjang 90 minit perlawanan dimana pasukan Indonesia berjaya menewaskan Malaysia dengan jaringan 2 – 1 dalam perlawanan kedua ini. Walaubagaimanapun, jaringan tersebut tidak cukup untuk menjadikan pasukan Indonesia Juara kerana mereka tewas 2 – 4 jika dikira dalam agregat gol.
Separuh masa pertama seperti mana di stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kedua – dua pasukan terikat dengan jaringan 0 – 0. Indonesia hampir mendapat gol pertama diawal permainan apabila dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain pertahanan kanan negara, Mohd Sabree Abu yang dikenakan kad kuning akibat perbuatannya. Namun, layangan badan yang tepat oleh penjaga gol Malaysia, Mohd Khairul Fahmi berjaya mengagalkan sepakan Penalti yang diambil oleh kapten pasukan Indonesia iaitu Firman Utina.
Separuh masa kedua berlangsung dengan pertahanan pasukan Malaysia tidak putus – putus menerima serangan dari pasukan Indonesia. Namun begitu, Malaysia memecah kebuntuan pada minit ke – 53 dengan serangan balas hasil dari sepakan kencang Mohd Shaffe Sali yang berjaya memboloskan diri dari pertahanan pasukan Indonesia. Tersentak dengan agregat 4 – 0, Pemain – pemain Indonesia mengandakan asakan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohamad Nasuha pada minit ke – 71. Pada minit ke – 87, Indonesia merapatkan kedudukan menjadi 4 – 2 secara agregat hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Malaysia Mohamad Muslim yang menanduk gol ke dalam gawang Malaysia. Namun jaringan itu sudah terlambat buat Indonesia untuk menidakkan kejuaraan pasukan Malaysia dengan agregat 4 – 2.
Jadi keputusan penuh kedua – dua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 adalah Malaysia 4 – 2 Indonesia. Penjaring terbanyak kejohanan dimiliki oleh penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali dengan jaringan 5 gol dan pemain paling bernilai sepanjang kejohanan dimiliki oleh pemain Indonesia, Firman Utina. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya. Harimau Malaya sudah terubat lukanya. Tahniah Coach Rajagopal, Tahniah buat para pemain dan tahniah buat penyokong Malaysia yang tidak putus – putus menyokong skuad kebangsaan. Target seterusnya, layak ke kejohanan Piala Asia.
Indonesia 2 – 1 Malaysia (Full Time)
Mohamad Nasuha 71′ Shafiee Sali 54′
Mohamad Muslim (o.g) 87′
Popularity: 1% [?]


konfem menang punye!
namarahsia roy´s last [type] ..Followers giveaway!
[Reply]