Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana layak dan terima kasih kepada bekas pemain Selangor, Bambang Pamungkas yang berjaya menutup ruang pasukan Thailand dari layak ke peringkat Separuh Akhir Piala AFF. Pasukan Malaysia sebentar tadi berjaya menewaskan pasukan Laos 5 – 1 di Stadium Palembang, Indonesia dalam keadaan hujan lebat. Walaupun mendapat tentangan hebat dari pasukan Laos semasa separuh masa pertama, pasukan Malaysia akhirnya berjaya mengegar 3 gol di separuh masa ke-2 hasil daripada kesilapan – kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan pasukan Laos.

Tetapi sebelum itu, harapan pasukan Malaysia untuk layak hampir tertutup apabila Thailand terlebih dahulu mendahului pasukan Indonesia dengan jaringan 1-0. Namun semangat dan mutu permainan pasukan Indonesia berjaya membenam cabaran Thailand hasil daripada jaringan 2 Penalti yang disudahkan oleh Bambang Pamungkas.

Dengan kemenangan ini, pasukan Malaysia menjadi naib juara kumpulan A dan bakal bertemu dengan pasukan yang menjuarai kumpulan B. Lawan Malaysia pada peringkat separuh akhir pertama nanti samada Vietnam, Filipina ataupun Singapura pada 15 Disember dan perlawanan kedua akan berlangsung pada 18 Disember.

Kepada peminat – peminat pasukan bola sepak diluar sana, ayuh kita penuhi Stadium Bukit Jalil untuk menjadi pemain ke – 12 skuad negara. Tahniah Pasukan Malaysia.

Gol – gol pasukan Malaysia


Popularity: 2% [?]