Bahang 26 Disember dan 29 Disember semakin dirasai menjelang perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta nanti. Perlawanan ulangan kedua – dua pasukan dari kumpulan B ini boleh dikatakan agak sengit dimana pasukan Malaysia pastinya mahu membalas dendam diatas kekalahan 5 – 1 ditangan Indonesia pada peringkat kumpulan, manakala pasukan Indonesia juga tidak mahu melepaskan peluang menjuarai piala berprestij Asean ini.

Para penyokong juga tidak ketinggalan dalam perlawanan ini dimana pasti berlaku sorakkan sengit diantara penyokong Malaysia yang dijangka membanjiri stadium Bukit Jalil dan juga penyokong – penyokong Indonesia yang rata – ratanya memang berada di Malaysia untuk mencari rezeki. Apa yang pasti, mata penyokong akan tertumpu pada sekumpulan penyokong fanatik Malaysia yang dikenali sebagai Ultras Malaya. Mereka inilah yang bakal meniup semangat menyokong pasukan Malaysia nanti.

Tidak lupa, diharapkan kawalan keselamatan dapat diketatkan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini kerana terdapat ura – ura yang penyokong – penyokong dari Indonesia yang mahu membuat kacau di Stadium Bukit Jalil. Kepada penonton yang membawa keluarga, diminta duduk jauh dari penyokong – penyokong Indonesia dan para penyokong Malaysia juga diharap dapat mengawal tingkah laku semasa didalam Stadium.

Kepada peminat – peminat bola sepak tanah air, tiket – tiket boleh dibeli mulai Khamis ini di Stadium Bukit Jalil dengan harga – harga seperti berikut:

RM 50 – VIP

RM 30 – Open

RM 5   – Kanak – kanak.

Ayuh kita penuhkan Stadium Bukit Jalil dengan sorakan padu kepada pasukan Malaysia dan buatkan penyokong Indonesia duduk diam dikerusi tanpa menjerit sepatah perkataan pun. Buat pasukan Malaysia, semoga berjaya membalas dendam terhadap kekalahan tempoh hari dan seterusnya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 sekali gus menutup ego besar pasukan Indonesia.

Popularity: 1% [?]