Archive for January, 2011

Keputusan Pilihanraya Dun Tenang

2

Keputusan rasmi Pilihanraya Dun Tenang (N5) Johor, 30 Januari 2011:

BN – 6,699
PAS -2,992
Majoriti – 3,707

Hujan lebat dan banjir di kawasan pilihanraya Dun Tenang tidak menghalang orang ramai untuk keluar mengundi calon – calon yang bertanding pada pilihanraya kecil pada kali ini. Sebanyak 71.8 peratus yang layak mengundi telah keluar menunaikan tanggunjawab mereka dalam memilih wakil rakyat baru setelah kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis. Walaubagaimanapun, jumlah tersebut menurun sedikit berbanding pilihanraya yang lalu iaitu sebanyak 73.52 peratus.

Pada pilihanraya umum yang lalu, calon BN tersebut berjaya menewaskan pencabarnya dari PAS dengan majoriti 2,492 pada tahun 2008.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan tamat kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Tahniah kepada calon BN Azahar Ibrahim, 30 kerana berjaya menewaskan pencabarnya calon PAS Normala Sudirman, 38 dengan majoriti 3,707. Dengan kemenangan ini, majoriti pengundi yang memilih BN telah meningkat sebanyak 1,215 dari jumlah yang dimilikinya pada piliha

nraya umum tahun 2008.

Kini tamat sudah drama di DUN Tenang, dan penduduk dikawasan tersebut boleh menjalankan aktiviti mereka seperti biasa dengan tenang. Kini, tunggu pula drama di pilihanraya kecil

Merlimau akan datang.

-kronologi pilihanraya di Malaysiakini

(more…)

Popularity: 1% [?]

TLDM Rampas semula kapal MT Bunga Laurel

6

Tentera Laut Diraja Malaysia telah membuktikan kepada dunia bahawa mereka juga merupakan salah satu pasukan elit ketenteraan terbaik dunia apabila berjaya menumpaskan lanun Somalia yang menawan kapal MISC, MT Bunga Laurel di perairan Teluk Aden. Operasi menawan kapal tanker tersebut berjaya menawan semua lanun yang terlibat dengan 3 daripadanya cedera dan tiada kemalangan jiwa berlaku pada anak kapal. Syabas aku ucapkan kepada pasukan TLDM kerana berjaya menawan kembali kapal Malaysia dan membuktikan kepada dunia bahawa tentera Malaysia juga diantara tentera terbaik dunia.

Semoga TLDM terus kekal di perairan tersebut dan menjaga kapal – kapal Malaysia khususnya dan kapal – kapal negara lain am dari serangan lanun dan juga membuktikan kepada dunia bahawa kehadiran TLDM di perairan tersebut penting dalam menjaga keselamatan kapal – kapal yang melalui perairan tersebut.

(more…)

Popularity: 2% [?]

Cik Shida, nak P.A tak?

8

Siapa Cik Shida? Siapa Cikgu Shida? oh! orang yang sama, bintang Youtube dengan aksi miming dia yang menjadi pujaan ramai. Aku? hoho! tak berminat langsung menonton video dia. Tak menarik, tiada humor, tiada apa yang boleh menyebabkan aku duduk melekat diatas kerusi sambil menyaksikan aksi miming “lawaknya”. Tapi aku tidak seperti orang – orang lain yang sibuk mengkondem Cik Shida di blog mahupun di Facebook. Malah aku tak pernah amek tahu pun pasal minah neh SAMPAI hari entry ini ditulis.

Sebab apa aku nak amek tau? Pasal perangai minah neh. Agak jelik pula aku tengok si Cik Shida neh. Semakin hari semakin gila “Glem” pula. Nak buru glemer tu aku tak amek port, lantak kome lar nak popular. Tapi yang aku jadi meluat adalah sifat sombong dan riak dia. Bayangkan, boleh di perlekeh komen seorang mamat yang bagi nasihat secara elok – elok dan bersopan. Nak kata si mamat neh gunakan kata – kata kasar, tak. Nak kata dia menghina, tak. Tapi komennya dibalas secara kasar.

(more…)

Popularity: 3% [?]

5 cara murah untuk kuasai DSLR

6

DSLR merupakan satu fenomena yang cukup biasa dikalangan orang ramai. Dulu, sekiranya kita melihat seseorang mengunakan SLR atau DSLR pasti terdetik didalam hati yang mengatakan orang itu seseorang yang profesional dalam bidang fotografi. Namun begitu, dengan harga DSLR yang semakin murah (jika dibandingkan dengan 2-3 tahun lepas) ditambah pula kualitinya gambarnya yang lagi better dari compact camera telah menyebabkan DSLR menjadi kegilaan ramai. Tetapi DSLR bukan seperti compact camera yang boleh kita angkat dan shoot. Bagi yang baru berjinak – jinak dengan DSLR, ia pasti akan memeningkan kepala apabila mahu menggunakanya. Ya! setiap benda boleh dipelajari untuk menggunakannya, namun Ia bukanlah boleh dipelajari dalam tempoh satu hari. Ia memerlukan pembelajaran secara berterusan untuk menguasai segala fungsi yang ada pada DSLR tersebut.

Tetapi untuk mempelajari dan menguasai DSLR bukanlah sesuatu pekara yang mudah. Ia agak sukar dan memerlukan kita untuk menghadiri kelas seperti kelas menjahit atau kelas memasak. Kalau tidak, tiadalah kelas – kelas fotografi dianjurkan oleh photographer profesional. Tetapi untuk menyertai kelas – kelas yang dianjurkan memerlukan modal yang besar dan banyak. Jadi disini aku ingin kongsikan tips untuk menguasai DSLR dengan cara yang murah dan mudah.

(more…)

Popularity: 13% [?]

Perlukah pengambilan pemain import disemak semula?

6

Sejak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, ramai pula aku tengok orang – orang yang sebelum ini tidak memandang langsung skuad kebangsaan tiba – tiba menjadi begitu perihatin dan mengambil berat mengenai pasukan kebangsaan dan liga Malaysia. Dulu semasa Malaysia asyik kalah, tiada langsung orang mengambil tahu pasal gelaran Harimau Malaya, bila dah menang tiba – tiab ada suara sumbang minta tukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia (wtf!) Sekarang ada pula page kat Facebook yang tiba – tiba menyokong pengharaman pemain Import, aduh lalang sungguh aku tengok orang – orang macam ni. Dah menang baru tunjuk hidung kata yang diorang neh DIE HARD FAN Harimau Malaya.

Apa rasional page Facebook tu pun aku tidak tahu. Nak kata dah lama tubuh, nampak macam baru ditubuhkan iaitu selepas Malaysia menang Piala AFF. Diorang ingat, kejayaan pasukan Malaysia neh ada kena mengena dengan pengharaman pemain Import yang dilakukan oleh FAM beberapa tahun yang lepas. Nampak sangat tidak mengambil berat perjalanan skuad yang menjadi Hero Malaya 2010. Diorang berjaya bukan disebabkan pengharaman pemain Import, diorang berjaya pasal diorang muda, energetic, high team work dan yang paling utama, experience, experience dengan pemain – pemain asing samada pemain Import ataupun semasa melakukan latihan diluar negara. Tengok muka – muka yang membarisi skuad kebangsaan kali ini, hampir 90% pernah compete dengan pemain import dan pemain asing.

(more…)

Popularity: 2% [?]

Siapa FAM nak kacau pilihan pemain

11

Safee dipancing 4 kelab ASEAN

Rasa jaki pula aku tengok komen – komen pegawai tertinggi FAM tentang player – player Malaysia yang mahu berhijrah ke kelab diluar Malaysia. Ada yang kata pikir masak – masaklar, jangan pikir tawaran lumayan lar dan ada juga yang perlekeh standard liga di ASEAN dan demand suruh main di Jepun atau Korea. Kepala Hotak dia tak cermin standard Liga Super dulu sebelum mengeluarkan statement. Apa bagus sangat ke Liga Super Malaysia neh? Dengan tiada pemain Import, gaji selalu tertunggak, format selalu bertukar – tukar dan paling teruk mendapat kelas paling rendah dalam Asia dan layak bermain di Liga AFC sahaja!

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menegur pemain negara yang mahu dipancing oleh kelab negara asing, terutama dari Indonesia berfikir dulu masak-masak sebelum membuat keputusan untuk berpindah mengembangkan sayap kerjaya masing-masing.

Berita Harian Online

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]

Go to Top