Keputusan Pilihanraya Dun Tenang
Keputusan rasmi Pilihanraya Dun Tenang (N5) Johor, 30 Januari 2011:
BN – 6,699
PAS -2,992
Majoriti – 3,707
Hujan lebat dan banjir di kawasan pilihanraya Dun Tenang tidak menghalang orang ramai untuk keluar mengundi calon – calon yang bertanding pada pilihanraya kecil pada kali ini. Sebanyak 71.8 peratus yang layak mengundi telah keluar menunaikan tanggunjawab mereka dalam memilih wakil rakyat baru setelah kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis. Walaubagaimanapun, jumlah tersebut menurun sedikit berbanding pilihanraya yang lalu iaitu sebanyak 73.52 peratus.
Pada pilihanraya umum yang lalu, calon BN tersebut berjaya menewaskan pencabarnya dari PAS dengan majoriti 2,492 pada tahun 2008.
Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan tamat kira-kira jam 5.00 petang tadi.
Tahniah kepada calon BN Azahar Ibrahim, 30 kerana berjaya menewaskan pencabarnya calon PAS Normala Sudirman, 38 dengan majoriti 3,707. Dengan kemenangan ini, majoriti pengundi yang memilih BN telah meningkat sebanyak 1,215 dari jumlah yang dimilikinya pada piliha
nraya umum tahun 2008.
Kini tamat sudah drama di DUN Tenang, dan penduduk dikawasan tersebut boleh menjalankan aktiviti mereka seperti biasa dengan tenang. Kini, tunggu pula drama di pilihanraya kecil
Merlimau akan datang.
-kronologi pilihanraya di Malaysiakini
Popularity: 1% [?]

salam..
tahniah buat pemenang
saya memandang positif
buat calon baru agar
di beri peluang menjalankan
tanggungjawab mereka..
zulkbo´s last [type] ..Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Tenang BN Menang
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 1st, 2011 at 4:21 pm
harap2 adun baru neh dapat menyelesaikan tugas pertama beliau iaitu membantu mangsa banjir disana..
[Reply]