Perlukah pengambilan pemain import disemak semula?
Sejak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, ramai pula aku tengok orang – orang yang sebelum ini tidak memandang langsung skuad kebangsaan tiba – tiba menjadi begitu perihatin dan mengambil berat mengenai pasukan kebangsaan dan liga Malaysia. Dulu semasa Malaysia asyik kalah, tiada langsung orang mengambil tahu pasal gelaran Harimau Malaya, bila dah menang tiba – tiab ada suara sumbang minta tukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia (wtf!) Sekarang ada pula page kat Facebook yang tiba – tiba menyokong pengharaman pemain Import, aduh lalang sungguh aku tengok orang – orang macam ni. Dah menang baru tunjuk hidung kata yang diorang neh DIE HARD FAN Harimau Malaya.
Apa rasional page Facebook tu pun aku tidak tahu. Nak kata dah lama tubuh, nampak macam baru ditubuhkan iaitu selepas Malaysia menang Piala AFF. Diorang ingat, kejayaan pasukan Malaysia neh ada kena mengena dengan pengharaman pemain Import yang dilakukan oleh FAM beberapa tahun yang lepas. Nampak sangat tidak mengambil berat perjalanan skuad yang menjadi Hero Malaya 2010. Diorang berjaya bukan disebabkan pengharaman pemain Import, diorang berjaya pasal diorang muda, energetic, high team work dan yang paling utama, experience, experience dengan pemain – pemain asing samada pemain Import ataupun semasa melakukan latihan diluar negara. Tengok muka – muka yang membarisi skuad kebangsaan kali ini, hampir 90% pernah compete dengan pemain import dan pemain asing.
Safee Sali, Norsharul, Sabree Abu, dan pemain – pemain yang bukan dari pasukan Harimau Muda, semuanya pernah menimba pengalaman dengan pemain Import negeri masing – masing. Kat situ saja dah nampak kepentingan pemain Import. Pemain import bukan saja penting buat pemain tempatan untuk menimba pengalaman dan skill dari pemain luar, ia juga penting untuk menjadikan pasukan kelab/negeri lebih kompetatif dalam perlawanan liga dan juga diperingkat continental. Selain itu, ia dapat merancakkan kembali Liga Malaysia yang sekian lama suram tanpa pemain import.
Bagi aku, import sangat – sangat penting dalam membantu menaikkan mutu permainan Liga Malaysia. Kita tidak usah menjadi seorang yang bodoh sombong. Sudahlah pasukan negara lemah dikalangan negara – negara Asia, sombong pula tidak mahu orang asing bermain dinegara ini. Kalau pergharaman ini kekal sampai bila – bila, aku yakin skuad Malaysia hanya mampu pergi sehingga ke peringkat Asean saja. Sebenarnya, kebangkitan skuad kebangsaan bukan dari pengharaman pemain import, tetapi dari pemain tempatan itu sendiri.
Popularity: 2% [?]


salam..
ermmm..
buatlah yang mana
terbaik demi masa
depan bolasepak
negara..
zulkbo´s last [type] ..Layan Gambar Lucu Santai
[Reply]
Zul Murky Reply:
January 17th, 2011 at 10:59 pm
wsalam bro..
harap2 sinar liga Malaysia kembali seperti awal 90-an dan 2000..amin
[Reply]