Tentera Laut Diraja Malaysia telah membuktikan kepada dunia bahawa mereka juga merupakan salah satu pasukan elit ketenteraan terbaik dunia apabila berjaya menumpaskan lanun Somalia yang menawan kapal MISC, MT Bunga Laurel di perairan Teluk Aden. Operasi menawan kapal tanker tersebut berjaya menawan semua lanun yang terlibat dengan 3 daripadanya cedera dan tiada kemalangan jiwa berlaku pada anak kapal. Syabas aku ucapkan kepada pasukan TLDM kerana berjaya menawan kembali kapal Malaysia dan membuktikan kepada dunia bahawa tentera Malaysia juga diantara tentera terbaik dunia.

Semoga TLDM terus kekal di perairan tersebut dan menjaga kapal – kapal Malaysia khususnya dan kapal – kapal negara lain am dari serangan lanun dan juga membuktikan kepada dunia bahawa kehadiran TLDM di perairan tersebut penting dalam menjaga keselamatan kapal – kapal yang melalui perairan tersebut.

Kapal Auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia Bunga Mas 5 (TLDM BM 5) pada Jumaat, menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel bersama 23 krew kapal itu yang dirampas lanun di perairan Teluk Aden semalam.

Kejadian rampasan kapal MT Bunga Laurel itu berlaku kira-kira 300 batu nautika timur negara Oman pada pukul 11.40 malam, dua jam selepas ia dipisahkan di kawasan ‘selamat’ setelah diiringi kapal TLDM itu melalui perairan Teluk Aden.

Kapal MT Bunga Laurel adalah kapal jenis ‘Chemical Tanker’ yang disewa khas oleh MISC bagi membawa muatan minyak pelincir dan ethylene dichloride dari Timur Tengah ke Singapura.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam kenyataan di sini, Jumaat, berkata kapal MT Bunga Laurel telah dinaiki tujuh lanun yang berasal dari Somalia bersenjatakan senapang AK-47 dan pistol dengan menaiki bot jenis ‘skiff’.

Pihak lanun seramai 18 orang itu juga dipercayai menggunakan sebuah kapal induk bagi melancarkan serangan, kata kenyataan itu.

Krew kapal MT Bunga Laurel bagaimanapun sempat mengaktifkan ‘Ship Security Alert System’ sebelum berlindung di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal.

Kenyataan itu berkata Helikopter Fennec TLDM yang dilancarkan dari kapal Auxiliary TLDM BM5 turut terlibat dalam operasi itu dengan memberi bantuan pemantauan dan tembakan dari udara.

“Seramai tiga orang lanun mengalami kecederaan dalam kejadian ini dan diberi rawatan di atas Kapal Auxiliary TLDM BM 5.

“Bagaimanapun status kerosakan kapal induk dan kecederaan pada lanun yang berada di atasnya pada ketika ini tidak dapat dipastikan oleh kerana serangan itu dilakukan pada waktu malam,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Foto – foto lain.

Popularity: 2% [?]