Archive for February, 2011

Miskin sangat ke rakyat Malaysia

10

AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai. - Sumber: Kosmo

Pelik tapi benar. Kalau dulu orang ramai berebut – rebut mengutip duit syiling diatas jalan akibat kemalangan sebuah pajero syarikat keselamatan, kali ini beras pula dikutipnya. Lebih mengecewakan, mereka lebih mementingkan beras untuk diselamatkan daripada menyelamatkan nyawa manusia. Ini yang berlaku pada pemandu treler yang kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kuala Kubu. Mangsa dibiarkan lebih sejam dibahu jalan oleh orang ramai yang sibuk mencuri beras yang bertaburan dari membawa mangsa ke hospital.

Sangat memalukan dan menyedihkan kerana terdapat segelintir orang ramai yang sibuk mencuri dari kenderaan dan mangsa kemalangan dari menyelamatkan mangsa tersebut. Miskin sangatkah mereka sampai sanggup menangguk di air keruh?

(more…)

Popularity: 3% [?]

Kisah Malam pertama (18SX)

6

Malam Pertama Pasangan muda yang sama-sama masih perawan akhirnya

menikah.

Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak

ada yang mau mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang

harus dilakukan.

Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya

“Ayah, apa yang harus saya lakukan?”

“Telanjanglah dan naik ke tempat tidur”, jawab ayahnya.

Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya.

Si pengantin perempuan terperanjat setengah mati melihat kelakuan

suaminya, ia kemudian bertanya kepada ibunya.

“Telanjanglah dan ikutlah suamimu”, saran ibunya.

Setelah perempuan itu telanjang dan berbaring beberapa lama, si

pengantin lelaki pergi ke luar bilik dan bertanya lagi kepada ayahnya,

“Apa lagi yang harus saya lakukan?” lalu ayahnya menjawab,

“Lihatlah tubuh isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang

paling keras ke tempat isterimu kencing!”

Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya

kepada ibunya.

“Apa yang harus saya lakukan?”

Ibunya balik bertanya, “Apa yang sedang dilakukan suamimu?”

Setengah mengeluh si pengantin perempuan berkata,

“Ia sedang membenamkan kepalanya ke dalam mangkuk tandas!”

hehe..sori..gua takde isu nak ceritakan kat dalam blog, sebab tue letak lawak sekt.. lagi pun lama tak keluarkan koleksi lawak. ..huhuu

Popularity: 100% [?]

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day

2

Ok, sebelum muda mudi menyambut hari besok dengan cewek – cewek atau balaks – balaks di shopping – shopping complex, di Bukit Bintang, di Jalan P. Ramlee atau dimana – mana pun, sila baca kenyataan dibawah. Lepas tu, renung – renungkanlah. Kalau cerita asal – usul pun bukannya ramai yang nak baca, so, bagi pendek – pendek je. Kalau langgar juga buta kayu lar jawabnya. ;)

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

(more…)

Popularity: 1% [?]

Safee Sali ke Pelita Jaya

3

Teka – teki pasukan yang akan menggunakan khidmat penyerang kebangsaan yang juga penyerang Selangor iaitu Safee Sali akhir terjawab apabila sebentar tadi diumumkan bahawa kelab Indonesia, Pelita Jaya telah membeli pemain tersebut. Sebelum ini, dilaporkan beberapa kelab dari Indonesia berminat untuk mendapatkan khidmat Safee Sali selepas menunjukan aksi memberangsangkan semasa kejohanan piala AFF yang lalu. laporan penghijrahan Safee Sali ke kelab barunya boleh ditonton pada hari ini jam 07.30pm & 11.30pm di saluran 501 Astro Awani. Kontrak Safee Sali akan bermula 14 Februari ini dan berakhir setahun kemudian. Buat Safee Sali, tahniah diucapkan dan semoga beraksi cemerlang di Liga Indonesia dan seterusnya mengharumkan nama negara di sana.

PETALING JAYA, 7 Feb. – Penyerang kebangsaan, Safee Sali hari ini mengesahkan dia akan berhijrah ke kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya dengan kontrak selama setahun.

Safee secara rasmi akan menandatangani kontrak bersama kelab yang berpengkalan di Jawa Barat itu mulai 14 Februari depan dan akan menggunakan jersi bernombor 10.

Perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu ini dan berdepan Kuala Lumpur, pada Sabtu dalam aksi Liga Super akan menjadi perlawanan terakhir buat Safee. – Utusan

Popularity: 4% [?]

Krisis Mesir: Akhirnya segala aset digerakkan

0

Akhirnya, setelah beberapa minggu rakyat Malaysia terutamanya pelajar Malaysia yang hidup dalam ketakutan di Mesir kini mereka sedang dibawa keluar oleh aset – aset tentera Malaysia di luar negara. Kapal Bunga Mas 5 dan 3 kapal terbang C-130 TUDM telah pun dihantar dalam misi membawa keluar rakyat Malaysia yang berada disana, selain itu juga pihak kerajaan telah meminta Air Asia dan MAS melakukan penerbangan Khas ke Mesir dalam membantu rakyat Malaysia keluar dari sana. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada pihak – pihak yang terlibat dan diharapkan semua rakyat Malaysia selamat hendaknya disana.

(more…)

Popularity: 2% [?]

Krisis Mesir: Jangan timbang, cepat bertindak!

0

Semakin hari semakin runcing keadaan rakyat Malaysia terutamanya pelajar yang berada Mesir. Sejak rusuhan rakyat yang berlaku beberapa minggu lalu, keadaan rakyat Malaysia semakin tidak menentu. Kekurangan makanan, terputus hubungan dan terancam dengan keganasan jalanan yang berlaku di Mesir telah menyebabkan rakyat kita disana semakin ketakutan. Keadaan diburukan lagi dengan kebimbangan para waris di Malaysia yang gusar dengan anak – anak mereka disana kerana sukar untuk menghubungi mereka.

Namun, apa yang dikesali sekarang ini ialah kurangnya peka kerajaan Malaysia untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Sedang negara lain sedang bertungkus lumus membawa kapal terbang untuk membawa keluar rakyatnya, kerajaan Malaysia masih mahu mempertimbangkan samada mahu menghantar bantuan kepada rakyat Malaysia. Malah, laporan Buletin TV 3 turut mengatakan yang PM Najib memberitahu bahawa menghantar kapal terbang untuk membawa keluar rakyat Malaysia disana memakan kos yang tinggi.

Diwaktu yang semakin genting di Mesir, sepatutnya pihak kerajaan sepatutnya terus menghantar bantuan kesana tanpa perlu “timbang – menimbang” malah tidak patut membezakan wang dengan nyawa rakyat Malaysia disana. Diharap, pihak kerajaan segera membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir, jangan sampai ada kematian dikalangan rakyat Malaysia, baru kerajaan nak full utilize segala kudrat membawa keluar rakyat Malaysia.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]

Go to Top