Krisis Mesir: Jangan timbang, cepat bertindak!
Semakin hari semakin runcing keadaan rakyat Malaysia terutamanya pelajar yang berada Mesir. Sejak rusuhan rakyat yang berlaku beberapa minggu lalu, keadaan rakyat Malaysia semakin tidak menentu. Kekurangan makanan, terputus hubungan dan terancam dengan keganasan jalanan yang berlaku di Mesir telah menyebabkan rakyat kita disana semakin ketakutan. Keadaan diburukan lagi dengan kebimbangan para waris di Malaysia yang gusar dengan anak – anak mereka disana kerana sukar untuk menghubungi mereka.
Namun, apa yang dikesali sekarang ini ialah kurangnya peka kerajaan Malaysia untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Sedang negara lain sedang bertungkus lumus membawa kapal terbang untuk membawa keluar rakyatnya, kerajaan Malaysia masih mahu mempertimbangkan samada mahu menghantar bantuan kepada rakyat Malaysia. Malah, laporan Buletin TV 3 turut mengatakan yang PM Najib memberitahu bahawa menghantar kapal terbang untuk membawa keluar rakyat Malaysia disana memakan kos yang tinggi.
Diwaktu yang semakin genting di Mesir, sepatutnya pihak kerajaan sepatutnya terus menghantar bantuan kesana tanpa perlu “timbang – menimbang” malah tidak patut membezakan wang dengan nyawa rakyat Malaysia disana. Diharap, pihak kerajaan segera membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir, jangan sampai ada kematian dikalangan rakyat Malaysia, baru kerajaan nak full utilize segala kudrat membawa keluar rakyat Malaysia.
LABIS 1 Feb. — Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
“Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Dewan Kampung Ayer Panas di sini, hari ini.
Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan keluarga pelajar dan rakyat Malaysia yang kini berada di Mesir, berikutan keadaan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu berikutan demonstrasi yang diadakan oleh rakyatnya bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.
Kapal serbaguna TLDM terbabit, KD Bunga Mas kini terlibat di dalam operasi anti-lanun di Teluk Aden. — Bernama
p/s: Kalau “bik mama” mahu keluar negara, bukan main cepat, duit berbillion habis pun xkisah.
Popularity: 1% [?]